Jumpa pada usia 47


Assalamualaikum ..

Bila usia dah mencecah lewat akhir 40an. Apa je yang ada dalam minda?  Amalan dan keluarga itu merupakan fokus utama .

Dan bila application whats app maq sudah aktif , maq dikesan oleh kawan kawan sekolah menengah kemudian dimasukan dalam group whats app bekas pelajar sekolah menengah - SMKS  , ramai tak kenal maq kerana maq yang dulu bukan maq yang sekarang. Kehilangan selama 30 tahun ,bukan kejap . Ye ,maq menyepi dari kawan kawan sekolah selepas berkahwin. Fokus 200% kat keluarga sahaja.

Lagi pun usia sweet 17teen nak disamakan dengan sweet 47 , ketara sekali penampilannya kan? Namun pada maq ,dalam usia yang makin singkat ini , hidup kena lebih tenang dan santai . Tak perlu dibebani dengan tekanan dan masaalah yang remeh yang hanya mengusutkan minda .

Hilang dan muncul maq dalam 2 dunia yang berbeza . Remaja dan dewasa . Pastinya ada yang tidak suka , ada yang nak manja manja , ada yang setia dijiwa , ada yang teruja , ada yang kerap menyakat , ada yang anggap , ada macam tiada . Itulah kawan !

Sebagai seorang yang dewasa , kita hanya kena fikir yang positif , sentiasa bersangka baik ,namun dalam  masa yang sama , sentiasa lah berwaspada. Kadang kawan boleh jadi lawan . Jiwa kena sentiasa peka pada sekeliling , selalu kena ingat ,tak semua orang suka kita  , tak semua orang ikhlas dengan kita . Hati hati .

Maq tak kisah ke bercampur dengan kawan kawan waktu sekolah menengah yang tak jumpa lama ?

Pada maq , bila dengan kawan kawan sebaya , bila diajak bergurau , berguraulah , bila diajak berbincang ,bincanglah . Bila diberi ilmu ,kongsilah ,manfaatilah . Ambil yang elok , ketepikan yang buruk . Mungkin kehadiran sekejap kita itu boleh buat hari hari mereka lebih ceria. Al maklom , orangtua ni cepat terasa , cepat sentap . Jiwa pun sensetif .

Manakala , amalan itu  hak mereka dengan Allah , sebagai insan , kita ini serupa sahaja . Namun sebagai kawan ,selit selitkanlah ilmu kerohanian yang berguna . Baru group boleh berguna buat semua. Terima kasih.

Ada kawan takut maq sentap dengan gurauan gurauan mereka. Tapi sebenarnya maq hargai mereka , selagi hayat masih dikandung badan , mereka layak dihargai . Entah esok ,entah kejap lagi maq akan pergi ,masa tu tiadalah mereka nak tumpang happy .


                       
Gambar kelas kami , kelas  5 science 2 sweet 17teen ! ( 1986 - SMKS ☝) mana satu maqnie ? Ada tu . Cuba tengok betul betul .






Inilah 2 gambar kelas pada usia 47 tahun. Hasil "pembelajaran" selama 23 tahun ,alhamdulillah . Mana satu maqnie ? Ada tu ,kecil sangat kot , ramai tak perasan .


Nota orang tua  : setiap hal di dalam dunia ini , mesti ada limitnya , segala yang berlebihan ,bakal memudaratkan .

 Wa allah hua' lam

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi