23.11.16

Persiapan awal



Assalamualaikum ..

Tarikh majlis sedang bergerak satu ke satu hari. Kehidupan maq makin bertambah sibuk sekarang ni . Sambil urus dua orang anak asuhan yang masih dihantar hingga akhir bulan november ni , maq turut sama membuat satu persatu persediaan nak dapat menantu.

Alhamdulillah , biarpun pertama kali ,namun dengan bantuan anak anak dan suami , serta kaum keluarga terdekat, maq dapat tanganinya dengan tenang. Terima kasih semua , terima kasih Allah. Mohon semua urusan dipermudahkan lagi ..aamiin.

Harini , waktu ini , maq sedang sibuk menghias cenderahati buat para tetamu. Maq buat sendiri ? Ye.. mana yang maq mampu buat ,maq akan lakukannya sendiri . Kalau semua nak order , tokeh balak pun boleh bankrup dik oii . Hehehe




Hasil keras tangan 😊

No comments: