Proses Nikah 2016



Assalamualaikum

Setiap tahun satu persatu sistem di Malaysia diperbaiki dan diperbaharui disemua sudut . Ini mengikut keperluan mengikut peredaran masa dan keperluan semasa. Alhamdulillah.

Bila anak sulung maq makin hampir menamatkan zaman bujangnya hujung tahun ini , PERTAMA kali maq lalui detik menjadi 'emak pengantin ' . Pengalaman ? Maq takda pengalaman jadi emak pengantin , tapi jadi pengantin pernah lah 23 tahun yang lalu. Dan ini merupakan pengalaman pertama kali bagi maq sebagai emak pengantin. Mohon dipermudahkan ya Allah. Aamiin..

Ternyata jadi pegantin dan emak pengantin tu jauh bezanya ya. Dulu cuma tahu cakap nak itu ini je dari orang tua ,sekarang .. haa berpeluh otak nak fikirkan serba serbi nak di siapkan .

"Slow and steady maq" ( bisik kat diri sendiri )

Untuk permulaan proses , bakal pengantin wajib mengambil krusus pra perkahwinan terlebih dahulu . Yang tak tahu nak bernikah bila pun boleh menyertainya. Yang nak bernikah kali ke dua  ? Ops sorry  anda pergi tanya tuan kadi ! Maq tak grenti !

Rupanya ada banyak perubahan berlaku dalam sistem nak nikah ini. Selain pemeriksaan HIV yang kita semua sedia maklum . Pengantin juga perlu mengisi borang pemohonan untuk nikah. Borang ini boleh didapati pejabat agama daerah masing masing ataupun boleh dibuat secara online.

Bila sudah dilengkapkan , borang tersebut perlu ditandatangan oleh 2 saksi lelaki yang mengenali keluarga pengantin dan bakal pengantin itu sendiri . Yang penting  saksi bukan wali  atau saudara kandung  lelaki bakal pengantin perempuan. Dalam kes anak maq , beliau minta tanda tangan dari pakcik dan sepupu lelakinya .

Bila selesai ditandatangan oleh saksi , dan selepas buat pemeriksaan HIV , borang dan hasil keputusan pemeriksaan  tersebut akan dihantar kepejabat agama berhampiran bersama "salinan sijil nikah ibubapa" . Pegawai jabatan agama  akan memastikan bahawa semuanya adalah sahih dan tepat .

Kegunaan salinan sijil nikah ibubapa pengantin pula adalah untuk memastikan bahawa  anak yg bakal dinikahkan itu cukup 9bulan dalam dikandungan ibunya . Anda tak faham ? Nanti  minta penjelasan dipejabat agama mengenai kegunaan sijil nikah ibubapa itu. Sebab maq bukan pakar , maq tak boleh buat penjelasan yang sempurna , takut silap cakap , maaf ye.

Okey , selepas itu bakal pengantin akan ditemuduga oleh pegawai pejabat agama yang berkenaan. Ramai gugup disegmen ini , ada yang mengucap pun lintang pukang , ada yang doa kunut pun terbalik balik . Ada yang baca surah alFatihah pun gagap gagap . Makanya bila hendak pergi ke pejabat agama ketika hari temuduga tu , sila banyakkan beristighfar kepada Allah , doa mohon permudahkan semua urusan . Sebab darah gemuruh akan buat anda tak tentu rasa . Silap silap kena interview semula minggu depan. Sebabnya pegawai jabatan agama tak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Apabila semua soalan berjaya dijawab dengan jawapan yang memuaskan hati penemuduga. Pengantin akan di arahkan mencari juru nikah untuk ditempah . Anda boleh cari Tok kadi kegemaran di tempat anda , kerana tok kadi yang tidak serasi dan yang banyak soalan juga boleh buat pengantin nak pitam didepan pelamin .

Bila selesai menempah juru nikah ( tok kadi ), pengantin dah boleh siap sedia kan diri  ,untuk majlis akad nikah yang telah ditetapkan . Apa kah persiapan bakal pengantin untuk menanti tarikh nikahnya ? Sediakan wali , saksi saksi  dan sediakan pengantin lelaki  . Waras  dan akhir baligh sudah tentu.

Lain lain persediaan , sudah pasti dekatkan diri dengan Allah ,mohon segala urusan dimudahkan dan semoga penyatuan yang bakal terjalin akan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Selepas ini makin banyak dugaan demi dugaan yang bqkal ditempohi , jika tak kuat iman , merana diri .

Kata orang waktu inilah DARAH TENGAH MANIS , lagi manis jika lepas balik kerja terus duduk rumah , tak perlu keluar lagi untuk jalan sana sini . Sebabnya kalian itu masih belum SAH ya anak anak.

Harap sangat penjelasan  serba sedikit ini dapat memberi manfaat buat semua  . Semua ni perkongsian dari pengalaman anak sulung maq yang telah melalui proses demi proses yang diatas. Pengalaman dimana ketika beliau mahu buat permohonan nikah . Ianya sistem dari pejabat agama di Negeri Johor. Negeri lain maq tak pasti macamana sistemnya .

Dan harini ,lebih kurang 50+ hari majlis tersebut akan berlangsung. Si gadis  hanya menanti lafaz yang bakal diucapkan oleh sang jejaka pujaan hatinya  ,iaitu " aku terima nikahnya" .

Semoga Allah permudahkan semua urusan . Dari mula majlis hingga keakhirnya nanti . Aamiin ..


Comments