14.11.16

Pukau



Assalamualaikum ..

Minggu ni rata rata group whats app yang maq join , bagi info tentang kes PUKAU yang terjadi  di daerah Batu Pahat baru baru ni . Ini maklumatnya .


*Assalamualaikum. Mohon perhatian sahabat taman semua.... Sekiranya ada orang perempuan yang datang ke rumah kalian dengan niat tuk ajar kelas jahitan. Mohon call polis atau sekecil2 usaha ignorekan sahaja. Kerana maklumat yang saya terima dari Taman Wira , perempuan ini apabila diberi peluang mendengar penjelasannya, dia akan meminta puan2 mengisi borang dan akan MEMUKAU puan2 dan mengambil barangan berharga dirumah puan2. Hari Sabtu lepas modus operandinya di Taman Wira...saya khuatir dia akan ke taman kita juga.
Mohon juga jaga anak2 kecil supaya tidak keluar tanpa pengawasan kita. Sekian, terima kasih. Wallah hualam.*

**Copy paste dari group whatss app .


 Tapi betul ke tidak kes ini ada terjadi ? Mesti ramai yang was was kalau ada info datang dari group whats app . Takut kes tidak sahih ,termasuklah maqnie sendiri . Bagaimana pun pagi tadi , seorang jiran telah berkongsi maklumat terkini . Katanya  ;


👆🏽👆🏽
"betul, hari sabtu dah dtg rumah mertua.biras dpt kertas atas ni ( gambar atas tu ), so dtg mmg dia ajar jahit siap 1 baju tuk anak biras tu... nasib lah takde apa2.. ada jugak dah kena rm300 lesap. Kg sebelah.. Hati2 dia mengajar dgn jual mesin jahit sekali.. Moga di warwarkan "

Allah huakbar, kiranya memang sahih lah terjadi. Sebagai langkah berjaga jaga , maq kongsikan pula doa untuk mengelakkan kena pukau dibawah ini :



1, baca doa diatas tu ☝

2. Baca Ayatul Kursi

3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)

4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.



Nota orang tua : sumber maq dapat dari blog sebelah , semoga kita semua terhindar dari segala bala sihir dan pukau ..aamiin .

2 comments:

Illya LeYa said...

Aaminn...
Semoga kita terhindar dari ancaman pukau ini.

Terima kasih kerana sudi berkongsi.

MaQnie Rokani said...

Aamiin .. sama sama :)