Posts

Showing posts from December, 2016

Majlis Pernikahan anak pertama Maq

Image
Assalamualaikum.

Alhamdulillah wasyukurillah. Ucapan terima kasih pada Allah s.w.t. kerana telah mengizinkan urusan perkahwinan anak perempuan pertama Maq berjalan lancar.


Majlis yang berlangsung pada 24hb Disember 2016 ,dimulai dengan upacara akad nikah pada pukul 10.30 am dan berakhir dengan majlis makan beradab pada pukul 3.00petang . Disusuli pula dengan majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki pada 25hb Disember 2016 pada pukul 9.00 malam .

Terima kasih Allah.
Terima kasih kaum keluarga.
Terima kasih jiran tetangga.
Terima kasih kawan kawan jauh dan dekat.
Terima kasih kaki tangan katering.
Terima kasih mr Dj.
Terima kasih mak andam.
Terima kasih budak kompang.
Terima kasih Tuan dan Puan besan.
Terima kasih kepada keluarga pihak lelaki.
Terima kasih pada semua yang terlibat yang turut  serta menjayakan majlis dan memeriahkan majlis hingga ke penutupnya.

 Alhamdulillah.

Dan selaku tuan rumah , maq dan suami ,menyusun 10 jari, memohon ampun dan maaf , andai ada hal yang kami te…

Khasiat buah nenas

Image
Assalamualaikum

Selamat tengahari. Harini genap 2 minggu maq jadi pengganggur terhormat .  Hidup maq sekarang sepi tanpa suara kanak kanak dan bayi . Setelah hampir 20 tahun beroperasi , maqnie nurseri and the kids kini dah terhenti di titik penamat. Sunyi sangat rumah ini , bak hang!

"Bertabahlah maq " - maq pujuk hati ini

Harini maq nak kongsi apa yang maq dapat dari group whats app. Ianya mengenai nenas .ya, buah nenas.



Rupanya Buah Nenas Boleh Dimakan Setiap Hari, Buah Nenas Mampu Merawat 1001 Penyakit. Share Supaya Ramai Tahu Manfaatnya..

Ramai yang berpendapat buah nenas tidak boleh dimakan terlalu kerap kerana risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak 'tajam'.

Sehinggakan ada yang tak suka langsung makan buah nenas. Sedangkan jika anda menolak buah nenas ini, bermakna anda tergolong orang yang rugi kerana buah nenas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penyakit.

Nenas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin…

Hidup ini satu perjalanan

Image
Assalamualaikum ..

Alhamdulillah wasyukurillah . 2016 hampir ke garisan akhir . Pahit manis dalam melalui detik 2016 , sudah mengajar kita erti kehidupan. Anak anak ,pasangan ,ahli keluarga dan masyarakat sekeliling turut sama memainkan peranan untuk kita .

Bersama mereka :

 kita belajar betapa tinggi  nilai kehidupan ,

 kita boleh kenal erti sebuah kasih sayang ,

 Kita mantapkan usia menjadi semakin  matang ,

 Kita perluaskan fikiran yang dewasa bersama usia ,

 Kita hangatkan semangat jadi kuat untuk keperluan jati diri,

 Kita  yakin kita memang boleh  bejaya untuk hidup dalam  dunia kita sendiri. Ya, sejujurnya kita memang mampu lakukannya. Yang  buat kita gagal hanyalah apabila kita tak yakin dengan kerja kita dan ditambah lagi dengan kritikan negetif  orang yang tidak selesa dengan diri kita .

Masyarakat kita terkini ,ada banyak kelompok manusia .

Ada jenis yang suka burukkan orang.

Ada jenis  yang suka memuji orang.

Ada jenis yang langsung tak fikir masaalah orang.

Sebagai hamba…

Ke Tanah Suci

Image
Assalamualaikum .

Pagi Selasa yang indah . Terima kasih Allah untuk tiap nikmat yang tak mungkin bakal terbalas oleh hamba Mu ini. Hari ini maq nak kongsi cerita keluarga je.

Awal pagi tadi di KLIA , dalam lingkungan 1:00 am, emak dan abah maq , adik adik maq ,adik adik ipar maq , anak anak buah maq,  beberapa orang sepupu dan beberapa orang mak cik maq , telah selamat diterbangkan ke tanah suci untuk mengerjakan umrah . Umrah yang dipanggil sebagai umrah musim sejuk ( pada bulan disember ).

Sayu , gembira,bangga dan rasa bersyukur yang tak terhingga bila melihat wajah wajah kesayangan telah berada didalam kapal terbang , yang lelaki kemas berpakaian ihram . Yang wanita senyum tenang disebalik wajah.

Semoga Allah permudahkan semua urusan mereka disana , diberi sebaik baik perlindungan dan selamat pergi , selamat kembali ketanah air . Aaamiin ya Robbal A'lamin ..












Terima kasih kepada adik adik maq yang bersungguh sungguh untuk menjayakan perjalanan ini. Moga  Allah murahkan lagi re…