Hidup ini satu perjalanan



Assalamualaikum ..

Alhamdulillah wasyukurillah . 2016 hampir ke garisan akhir . Pahit manis dalam melalui detik 2016 , sudah mengajar kita erti kehidupan. Anak anak ,pasangan ,ahli keluarga dan masyarakat sekeliling turut sama memainkan peranan untuk kita .

Bersama mereka :

 kita belajar betapa tinggi  nilai kehidupan ,

 kita boleh kenal erti sebuah kasih sayang ,

 Kita mantapkan usia menjadi semakin  matang ,

 Kita perluaskan fikiran yang dewasa bersama usia ,

 Kita hangatkan semangat jadi kuat untuk keperluan jati diri,

 Kita  yakin kita memang boleh  bejaya untuk hidup dalam  dunia kita sendiri. Ya, sejujurnya kita memang mampu lakukannya. Yang  buat kita gagal hanyalah apabila kita tak yakin dengan kerja kita dan ditambah lagi dengan kritikan negetif  orang yang tidak selesa dengan diri kita .

Masyarakat kita terkini ,ada banyak kelompok manusia .

Ada jenis yang suka burukkan orang.

Ada jenis  yang suka memuji orang.

Ada jenis yang langsung tak fikir masaalah orang.

Sebagai hambaNya yang berakal , jangan lah kita sewenang wenangnya  ikut ketiga tiga jenis masyarakat ini , kerana kesemua jenis diatas itu , ialah jenis masyarakat yang gagal .

Jika kita nak hidup kita  penuh bermakna ,jadilah diri sendiri , yang boleh membantu ketiga tiga kelompok manusia diatas tu , sebab kita memang mampu lakukannya ..

Pesanan Orang Tua  :  Umur kita cuma dipinjamkan, makanya umur yang ada ni,manfaati sebaik mampu. Takkan rugi hidup nanti.



Hidup adalah sebuah perjalanan .

     


Photo kiriman sorang sahabat lama,sahabat sekolah rendah dan sekolah menengah Maq . Thank you Mr R 

Comments