Ke Tanah Suci



Assalamualaikum .

Pagi Selasa yang indah . Terima kasih Allah untuk tiap nikmat yang tak mungkin bakal terbalas oleh hamba Mu ini. Hari ini maq nak kongsi cerita keluarga je.

Awal pagi tadi di KLIA , dalam lingkungan 1:00 am, emak dan abah maq , adik adik maq ,adik adik ipar maq , anak anak buah maq,  beberapa orang sepupu dan beberapa orang mak cik maq , telah selamat diterbangkan ke tanah suci untuk mengerjakan umrah . Umrah yang dipanggil sebagai umrah musim sejuk ( pada bulan disember ).

Sayu , gembira,bangga dan rasa bersyukur yang tak terhingga bila melihat wajah wajah kesayangan telah berada didalam kapal terbang , yang lelaki kemas berpakaian ihram . Yang wanita senyum tenang disebalik wajah.

Semoga Allah permudahkan semua urusan mereka disana , diberi sebaik baik perlindungan dan selamat pergi , selamat kembali ketanah air . Aaamiin ya Robbal A'lamin ..












Terima kasih kepada adik adik maq yang bersungguh sungguh untuk menjayakan perjalanan ini. Moga  Allah murahkan lagi rezeki kalian , menjadi anak yang soleh dan solehah , berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat . Aamiin ,aamin ,aamiinn  ya Allah ..

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi