Khasiat buah nenas


Assalamualaikum

Selamat tengahari. Harini genap 2 minggu maq jadi pengganggur terhormat .  Hidup maq sekarang sepi tanpa suara kanak kanak dan bayi . Setelah hampir 20 tahun beroperasi , maqnie nurseri and the kids kini dah terhenti di titik penamat. Sunyi sangat rumah ini , bak hang!

"Bertabahlah maq " - maq pujuk hati ini

Harini maq nak kongsi apa yang maq dapat dari group whats app. Ianya mengenai nenas .ya, buah nenas.



Rupanya Buah Nenas Boleh Dimakan Setiap Hari, Buah Nenas Mampu Merawat 1001 Penyakit. Share Supaya Ramai Tahu Manfaatnya..

Ramai yang berpendapat buah nenas tidak boleh dimakan terlalu kerap kerana risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak 'tajam'.

Sehinggakan ada yang tak suka langsung makan buah nenas. Sedangkan jika anda menolak buah nenas ini, bermakna anda tergolong orang yang rugi kerana buah nenas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penyakit.

Nenas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, dan kalium. Kaya dengan serat dan kalori, malah nenas juga rendah lemak dan kolesterol. 14 kelebihan nenas termasuklah seperti yang berikut. Cepat semak!




1. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah nenas dikatakan mampu menentang virus yang menyebabkan batuk-batuk dan demam selesema.

2. Nenas mempunyai bromelain, yang berkesan dalam menyaring batuk-batuk dan melonggarkan mukus.

3. Bromelain dalam buah ini juga dikatakan mampu bekerja untuk meneutralkan cecair dalam badan bagi memastikan tidak terlalu berasid. Dikatakan mampu membantu mengatur perembesan dalam pankreas untuk membantu pencernaan.

4. Nenas juga bagus untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Ini kerana nenas mengandungi mangan, sejenis mineral surih yang diperlukan tubuh untuk membina tulang dan tisu penyambung.

5. Jika memakan secawan nenas, anda sudah pasti mendapat kira-kira 73 peratus keperluan mangan untuk tubuh secara keseluruhannya.

6. Dikatakan juga memakan nenas mampu menguatkan gusi sekali gus memastikan gigi anda sihat dan kuat.

7. Buah nenas mengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan.

8. Dikatakan juga nenas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Nenas mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang.

9. Mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom carpal tunnel dan gout.

10. Nenas boleh dimakan mentah mahupun dijadikan jus.

11. Jus nenas bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.

12. Amalan minum jus nenas juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.

13. Enzim yang terdapat pada nenas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok.

14. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

Jika anda ramai artikel ini menarik, boleh kongsikan dengan keluarga dan kenalan anda dengan share artikel ni ke profile media sosial anda. Terima kasih!

Kredit pd :
Pertubuhan peladang Kawasan Kampong Gajah, Perak

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi