27.12.16

Majlis Pernikahan anak pertama Maq

Assalamualaikum.

Alhamdulillah wasyukurillah. Ucapan terima kasih pada Allah s.w.t. kerana telah mengizinkan urusan perkahwinan anak perempuan pertama Maq berjalan lancar.


Majlis yang berlangsung pada 24hb Disember 2016 ,dimulai dengan upacara akad nikah pada pukul 10.30 am dan berakhir dengan majlis makan beradab pada pukul 3.00petang . Disusuli pula dengan majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki pada 25hb Disember 2016 pada pukul 9.00 malam .

Terima kasih Allah.
Terima kasih kaum keluarga.
Terima kasih jiran tetangga.
Terima kasih kawan kawan jauh dan dekat.
Terima kasih kaki tangan katering.
Terima kasih mr Dj.
Terima kasih mak andam.
Terima kasih budak kompang.
Terima kasih Tuan dan Puan besan.
Terima kasih kepada keluarga pihak lelaki.
Terima kasih pada semua yang terlibat yang turut  serta menjayakan majlis dan memeriahkan majlis hingga ke penutupnya.

 Alhamdulillah.

Dan selaku tuan rumah , maq dan suami ,menyusun 10 jari, memohon ampun dan maaf , andai ada hal yang kami terlepas pandang yang menyulitkan anda semua sewaktu majlis berlangsung. Kerana ini merupakan majlis pertama kali buat kami berdua . Kami tiada apa apa pengalaman lagi.

Dibawah ini antara detik detik indah yang bakal menjadi kenangan keluarga paling berharga pada diri maq sekeluarga .

Persiapan goodies disaat akhir sebelum majlis.




Majlis akad nikah.




Majlis bersanding.











Majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki.





Buat pasangan pengantin , maq doakan kalian tabah dalam mengharungi bahtera perkahwinan ini . Kerana bila lafaz  akad terucap ,maka bertambah lagi tanggung jawab kalian dan semakin banyak sudut pahala yang menanti kalian berdua . Manfaatinya ! Jadikan penyatuan ini sebagai salah satu landasan yang buat kalian dekatkan diri dengan Allah.

Inshaa Allah.

Selamat datang ke kelompok keluarga kami wahai " anak menantu lelaki pertama " .😊

No comments: