Posts

Showing posts from 2017

Jiran perihatin

Image
Assalamualaikum.

 Esok dah muncul 2018 . Di negeri Johor tak semua perkerja meraikan tahun baru. Esok ada warganegeri yang berkerja dan ada yang bercuti. Dan begitu juga dengan hari  Jumaat yang dianggap cuti hujung minggu . Namun hakikatnya tak semua Johorean bercuti pada tiap hari Jumaat. Ternyata kerjaya telah memaksa manusia nampak berbeza walaupun hakikatnya mereka berpijak dibumi yang sama.

Cewah ayat kemain lagikan.

Zaman sekarang manusia bebas bersuara. Rata rata orang sekarang boleh dikatogerikan sebagai orang yang berani! Ya semua sudut mereka sudah berani . Termasuk berani jumpa isteri orang ! Opss

Tempohari rumah maq didatangi seorang hamba Allah yang berani. Beliau mengadu perihal kelakuan anak maq . Alhamdulillah , ini merupakan perkara terbaik yang dilakukan oleh sesaorang yang sangat perihatin. Maq terima semua kata kata beliau. Maq kenal perangai anak maq , maka aduan beliau memang maq terima . Malahan maq berterima kasih kepada beliau kena sudi menegur silap anak ma…

Baca je bila free

Assalamualaikum.

Perkongsian yang banyakkali dah maq jumpa dari group whatsapp. Okey ,hari ini dikongsikan dalam blog pula.


🍏Orang yang *menghidapi buasir*
*TIDAK BOLEH makan makanan atau minuman yang berkaitan limau nipis, tomyam dan cili padi*..

🍏Sakit gout seperti 7x ganda sakit gigi.*


🍏sebenarnya makanan yang kita suka makan itulah merupakan punca penyakit kita.


🍏orang yang sakit tulang dan mengambil ubat untuk cair darah*TIDAK BOLEH makan sebarang makanan yang berasaskan kacang seperti kicap, air soya, tempe, kacang panjang dan segala jenis kacang yang ada di dunia ni.*

🍏Kanser paru paru adalah 95% terdiri daripada perokok*

🍏95% kanser berlaku kerana stress*

🍏Tapak tangan kanan mempunyai 18 enzim* dan *tapak tangan kiri 81 enzim* yang *mampu membunuh bakteria*

🍏kalau nak kurus* senang aje. *Makan ikut sunnah Rasulullah* iaitu *40-100 kunyahan….*

🍏Nak mandi* kenalah *mula dari kaki (elak kena gout),kemudian lutut (elak sakit lutut),tempat sulit (elak cyst),pinggang( tak …

Manfaati cuti yang sehari

Image
Assalamualaikum.
Sekali lagi maq menaip. Sekarang ni maq post entry pun kena yang biasa biasa je.  Kebanyakannya maq copy and paste dari whatsapp group.

Allah hu , sekarang ni susahnya nak bersuara ,walaupun kat blog sendiri. Sikit sikit kena kecam , sikit sikit kena viral . Sikit sikit ada yang terasa ,sikit sikit ada yang nak sentap .

Ntahlah.. Malas dah nak fikir lelebih , hidup  ini bukan lama pun lagi. Entah esok , entah lusa , entah entah kejap lagi. Kalau boleh detik tersisa ni sepenuhnya nak buat baik, nak senantiasa gembira dan ceria disamping ahli keluarga yang disayangi.

Bulan 12 ni anak anak maq yang belajar tu dah berkumpul sebab cuti sem akhir tahun. Selain menghadiri undangan perkahwinan ,maq ada juga bawa budak budak yang bercuti ni bersiar siar. Namun disebabkan encik suami hanya dapat cuti pada hari Ahad iaitu hari "offday" aja, makanya kami tak dapat nak jalan jauh. Keluar pagi balik petang jelah mampu.

Minggu lepas bawa anak anak jumpa Atuk dan mak tuk m…

Doa khatam

Image
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Ya Allah,
rahmatilah kami dengan al Quran,
jadikanlah ianya sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami.

Ya Allah,
Ingatkanlah apa yang kami lupa daripadanya,
berikanlah ilmu yang belum kami ketahui mengenainya,
anugerahkanlah kepada kami untuk membacanya di tengah malam dan penghujung siang.
jadikanlah ia sebagai hujah bagi kami wahai tuhan seru sekalian alam.

Ya Allah,
perbaikilah bagi kami agama kami kerana dialah penjaga urusan kami,
perbaikilah bagi kami dunia kami kerana di dalamnya kami hidup,
perbaikilah bagi kami akhirat kami kerana ia tempat kembali kami,
jadikanlah hidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagi kami dan
jadikanlah kematian sebagai kerehatan kami dari segala kejahatan.

Ya Allah,
jadikanlah sebaik-baik umur kami pada penghabisannya dan
sebaik-baik amal kami adalah penutupnya dan sebaik-baik hari bagi kami ialah hari berjumpa denganMu.

Ya Allah,
kami memohon kepada Mu kehidupan yang tenteram, kem…

Hidayah Dari Allah

Image
Assalamualaikum. Sedikit perkongsian.

NASIHAT DARI SYEIKHUL HADITS MAULANA SA'AD SAHAB AL KANDAHLAWI BARAKATUHUM

Agar ALLAH tetapkan Hidayah pada kita:
1. jangan lihat keburukan orang lain dan jangan lihat yg bukan muhrim.

2. Niat amal untuk islah diri : semua perintah ALLAH anggaplah baru mengatahuinya.

3. Ada fikir dan risau seperti Rasulullah SAW :
- bagaimana umat selamat dari azab ALLAH
- bagaimana Amal Rasulullah SAW bisa hidup di seluruh alam
- bagaimana usaha Nabi SAW bisa hidup di seluruh alam.

4. Pandanglah kebaikan orang lain dan selalu muhasabah diri & bertaubat atas kekurangan pada amal kita dan keburukan² diri kita.

Untuk mendapatkan sifat ini semua, hendaklah jadikan maksud hidup Nabi SAW juga maksud hidup kita, yaitu hidup untuk dakwah, dakwah sampai mati dan mati dalam dakwah.

 Asbab turunnya Hidayah:
1. Tholab , rasa ingin tahu & mujahadah
2. Ikuti perintah ALLAH : ibadah, usaha dakwah tabligh, hijrah & bermujahadah
3. Amalkan sunnah, muamalah, muasy…

Anak susah makan nasi?

Image
Assalamualaikum.
Alhamdulillah wasyukurillah. Harini maq nak kongsi sikit perihal makan anak anak kecil. Semua yang maq kongsi kan ini berdasarkan pengalaman maq sahaja ya.

Bila anak dah boleh makan nasi , tak semua antara mereka suka makan nasi. Ibu ibu ada yang rajin melayan tapi tak kurang juga yang ambil sikap sambil lewa mengenainya.

Apa maq nampak ,kebanyakkan ibubapa suka bagi anak makan makanan segera. Ini amat kurang sesuai. Lebih lagi makanan seperti nugget , sosej , fishball ,fishcake dan lain lain lagi. Kenapa?

" anak kecil mengunyah tak lama" mereka kunyah dan terus telan , maka makanan yang pejal seperti diatas tu tidak akan hancur sempurna. Biasa kita akan lihat bila mereka buang air besar , dalam najis ada kismis , taugeh , sayur sawi kan? 😂. Haa ya ke tak? Ok jawab lah sendiri. Namun apa yang kita nampak dalam najis tu masih ok lagi ,apa yang dikhuatiri , makanan pejal seperti sosej yang tak hancur tu akan tersumbat di usus terlebih mereka . Yes , tersumba…

Wish 27/11 dari GBGS

Image
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dapat menaip lagi . Hampir 10hari pintu blog tutup . Tuan rumah sibok katanya hehe.

27.11.2017 - genaplah 24tahun maq dan encik suami menjadi pasangan suami isteri. Terima kasih Allah. Meraikannya? Takda pun , hanya ucap syukur sebab Allah dah bagi banyak sangat nikmat disepanjang perjalanan 24tahun ini. Insha Allah , anak anak balik berkumpul nanti , ajak lah mereka sambut reramai. Tak janji , tapi hanya mampu merancang jek ni.

Apa yang lagi buat maq terharu pada tarikh keramat tersebut. Kawan maq dari group whatsapp sekolah menengah dan sekolah rendah sudah pun berpusu pusu beri ucapan. Malah bukan je ucapan anniversery malah terselit jugak ucapan selamat hari lahir ,😂. Masa tu awal pagi kot , maq pun belum sempat jengah whatsapp tapi mereka dah meriah dah ! Allah hu terharu sangat sangat. Apa kata anda baca screenshoot yang maq dapat dari group tu.


















Ibubapa jenis apakah kita?

Image
Assalamualaikum.

Salam jumaat penuh barokah. Bila pagi tadi Batu Pahat mendung seharian, lepas asar ni mentari menyinari cuaca cerah penduduk disini. Alhamdulillah.

Bila online twitter, anak anak muda mula berborak berkenaan kes rogol pelajar sekolah yang belaku baru baru ni.Yang jadi tajuk utama,

KENAPA NAK SALAHKAN PEROGOL, SEDANGKAN GADIS TU PERGI KERUMAH BF NYA PADA PUKUL 4PAGI?

ahha ,pengguna twitter dengan aktifnya mengeluarkan pendapat masing masing. Sehingga ada kekeliruan timbul dikalangan mereka. Al maklom orang muda , darah cepat panas .

Maq sebagai orang dewasa dan seorang ibu yang punya 3orang anak perempuan hanya memerhati apa yang mereka bincangkan.

Ada yang salahkan si gadis kerana keluar pada waktu awal pagi macam tu.

Ada yang salahkan ibubapa sebab membiarkan anak gadis keluar rumah pada waktu yang tidak sesuai.

Ada yang salahkan perogol dan teman lelaki.

So maq nak salahkan siapa?



Itu saja yang ayat maq yang mampu maq share kat mereka. Sebab pada maq , dalam kes se…

Negara kita terkini.

Image
Assalamualaikum.

Alhamdulillah , minyak naik lagi katanya harini? Apakah rakyat layak bersyukur? Ya , bersyukurlah jika minyak  naik dari minyak takda dijual langsung harini.

Akhirnya semua pengguna pasrah. Nak kata apa lagi sebab nak bising satu dunia pun ,harga tetap serupa. Naik ,naik dan naik.  Untuk mengelakan dari dipandang sebagai tidak bersyukur ,rakyat terpaksa terima kenyataan. Teruskan kehidupan dengan macam macam lagi dugaan demi dugaan mendatang.

Allah maha mengetahui pada tiap kejadian. Dan DIA hanya menduga pada hambaNya yang DIA sayang.

Pasrah dan redha. Dengan cara itulah saja rakyat mampu buat untuk tenangkan keadaan ini. Apa yang lebih penting, kehidupan , anak anak , ahli keluarga kita masih boleh bergerak aktif . Tidak melarat ,tidak mengemis dinegara sendiri. Walaupun kehidupan zaman sekarang ni serba serbi tak masuk dek akal. Bak kata seorang rakyat Malaysia dibawah ini.


Ya , harga diri paling penting dijaga! Kena berharga tinggi !

Maq ada tonton satu video sec…

Makanan kegemaran Maq ?

Image
Assalamualaikum,
Selamat menjalankan tugas buat semua yang bertugas.Amboi lamanya maq perap entri ya. Idea tu ada datang bila mana maq tengah sibok buat kerja tapi bila dah berehat , lupa dah nak taip apa , kadang tu terus lupa dunia (  tidurlah tu jawabnya heee ) okey fine , ini disebabkan oleh faktor usia katanya .


Bulan November 2017 - genaplah usia rumahtangga maq selama 24 tahun. Kalau manusia usia 24 tahun ni,pastinya dah matang berfikir ,walaupun dia hanya mampu berfikir hal cinta dan kerjayanya sesaja,kan?

Tempohari masa maq dan encik suami sedang bersarapan dirumah kami. Maq ada ajukan soalan untuk beliau.

Maq : Ani kenal abang dari 1989  sampailah harini. Dan Ani pun dah masak dengan perangai abang , makanan kegemaran abang , kelemahan abang ,keistemewaan abang . Haaa .. Abang suka makan nasi goreng , apa jenis nasi goreng abang memang suka ,kan? Sekarang kalau abang dah kenal siapa isteri abang ni , abang tahu tak "apa makanan kegemaran Ani ?"

Encik suami senyum …