24.1.17

Hujan di Januari 2017

Assalamualaikum ,
Salam kedinginan. Sudah dua hari hujan turun tanpa henti di tempat maq ( bandar Batu Pahat,Johor). Dinegeri Terengganu , Di Singapura ,katanya dah 4 hari hujan turun. Mana maq dapat info ? Dari saudara mara di group whatsapp lah. Antara kebaikan group whatsapp .

Sejuk air hujan dan hembusan anginnya cukup dah buat mata maq terlelap lepas makan tengahari. Dan maq baru dapat info , Di daerah Batu Pahat ada pusat pemindahan banjir sudah pun dibuka. Dan sudah ada mangsa sudah pun dipindahkan ,hari ini.

Air .. Bila sedikit tak cukup kerana keperluannya amat penting tapi bila berlebihan ramai yang gelisah .

Apa pun , apa jua yang kita hadapi saat ini , teruskan bersyukur kerana memang itu ketentuanNya.

Usah dirungut bila banjir sebab anda akan bersungut juga ketika kemarau.

Redha , pasrah dan tawakkal . Inshaa Allah pasti yang datang membawa hikmah dan rahmat .

7.1.17

Teh untuk cuci usus perut



Assalamualaikum

Bila dah sebulan lebih duduk rumah tanpa menjadi baby sitter , kini maq dah tergolong menjadi suri rumah tanpa matawang yang dihormati. Hehe sabo maq , rezeki tu milik Allah , setiap hamba Allah pasti akan perolehinya . Antara cepat dengan lambat je.

Okey muktamad !  Maq rehat sahaja untuk satu jangka masa yang dirasa sesuai untuk aktif semula . Tapi bila ? Allah je yang maha mengetahui ..

Bila 24 jam masa maq di isi dengan hanya buat kerja kerja rumah , pastinya mulut pun mengunyah 24 jam jugak . Almaklum aktif lebih banyak didapur.  Sebulan apa jadi ? Allah huakbar ..pipi bukan lagi pau , dah macam kek marble pulak dah ni . Pakai tudung je mesti pelik tang pipi . Kenapa pipi tak muat tudung ? Tak boleh disorok sorok lagi ?  Bila pipi dah tak boleh disorok , maq dah dapat hint , berat badan dah bertambah la tu . Masyaallah ..apa maq buat ?

1 - kurangkan makanan manis
2 - kurangkan makan nasi
3 - kurangkan tidur siang

Berkesan ke ? Hahaha hampeh !!  Langsung tak berkesan 😂😂

Okey percubaan terakhir ,maq cuba produk berasaskan teh. Baru minum 2 kali , hasilnya kita tunggu seminggu ya . maq buat apa ? Maq ambil ini ha..

Taddaa..




Teh ini ialah teh  yang boleh membuang bahan berlebihan dalam usus perut . Bahan yang tak diperlukan la ya ,bukan bahan yang kita nak guna untuk proses pencernaan tu .

Setakat ni , lepas 7-8  jam maq minum , proses  pembuangan memang puas hati . Tidak ada kesan sampingan langsung . Perut pun ringan semacam je . Okay , keputusan tunggu minggu hadapan , jangan cakap banyak !

Komen maq ?

Teh ni tak lah berbau sangat

Minum sekali setiap pagi sahaja

Mengandungi kefin jadinya jangan minum pada waktu malam

Boleh didapati di Watson diseluruh negara

Boleh kurangkan selera makan maq , selera orang lain tak tahu lah 😆

Okey , rasanya cukup lah memuji produk ni . Nanti tak berhasil orang marah maq pulak hahha . Selamat mencuba !

Nota teh : kalau nak jalan jalan keluar rumah, jangan ambil minuman teh ini , nanti menjajo nak cari toilet  ( ayat orang Johor )

5.1.17

Ciri seorang sahabat mengikut islam

Assalamualaikum

Sekali lagi berpeluang untuk satu perkongsian dari maq. Di group tanya ustaz, difacebook milik maq , seorang hamba Allah mengajukan soalan mengenai ciri seorang kawan/sahabat yang dititik beratkan dalam islam. Ini jawapan dari ustaz :

Untuk mencari sahabat sejati sila baca nota ini : Watak Sahabat Sejati

Setiap mukmin perlu kepada sahabat, kerana sahabat yang baik akan mendorong kita untuk mentaati Allah SWT dan menjauhkan larangan-Nya. Dalam hadis Nabi SAW ada menyatakan ciri-ciri sahabat yang baik iaitu :

1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya.

Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Jika seseorang kasih kepada seseorang makanya hendaklah dia memberitahu temannya" (Hadis Riwayat Abu Daud)

2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.

Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya." (Hadis Riwayat Muslim)

3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria"
(Hadis Riwayat Muslim)

4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.

Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah."
(Hadis Riwayat Abu Daud)

5.Amalan ziarah-menziarahi.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu."

6.Memberi Hadiah.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang." (Hadis Riwayat Thabrani)

7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan." (Hadis Riwayat Hakim)

Selain daripada hadis Nabi SAW di atas terdapat kata-kata nasihat daripada seorang ulama muktabar yang  bernama Al-Qamah . Beliau berpesan kepada puteranya :

"Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu bersahabat, maka pilihlah sifatnya yang berikut:

1.Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2.Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu.

3.Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4.Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5.Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.

6.Jika ia melihat yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7.Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9.Jika datang suatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10.Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11.Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12.Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan."

Oleh itu apabila kalian ingin mencari sahabat maka carilah ciri-ciri atau sifat-sifat mulia yang dinyatakan di atas. Sekiranya tidak bertemu ciri-ciri tersebut maka carilah sahabat yang mempunyai sebahagian atau menghampiri ciri tersebut nescaya kalian akan berjaya dalam bersahabat. Janganlah bersahabat dengan mereka yang buruk akhlaknya atau mementingkan diri sendiri kerana dikhuatiri peribadinya akan mempengaruhi kalian.

Semuga memberi manfaat buat semua .

Candy dan coklat


Assalamualaikum

Harini maq beroperasi benteras semut. Memandangkan kelibat semut halus yang berkawan kawanan berlibur dimeja makan maq yang kosong itu . Kesan punya kesan ,akhirnya bertemulah jua jawapan.

Alhamdulillah , sebuah usaha yang tidak sia sia . Nak tengok puncanya kehadiran semut semut itu ? Mari ...







Tu diaaaaa ...

Manisan yang berbagai jenis . Gula gula , choki choki , coklat Langkawi , candy homemade , Allah huakhbar . Dimana ada gula ,disitu ada semut nya.  Entah siapa punya kerjalah dah ambil manisan ni tapi tidak ditutup ketat semula.

Sebetulnya semua jajan ini adalah baki candybooth masa majlis 24.12 lalu . Dan ada juga yang dibeli untuk jajan peribadi , tapi takda siapa yang nak makan .

Al maklom ,manis itu kan pada senyuman , bukan pada makanan .

Makanya maq nak buat apa ni maq ? Ha .. Buat tugu semut mungkin ...

                        🐜
🐜
                                  🐜
                   🐜
                                         🐜


😂😂😂

4.1.17

Jumpa kawan lama


Assalamualaikum..

Kawan . Apa erti kawan ? Kawan tu cermin kita.  Kalau dia kawan sebenar  kita , pastinya kita takkan rasa keseorangan bersama mereka.

Bila sembang pasal kawan , kita lebih terpandang seperti adik beradik. Ada selisih faham , ada gelak tawa , ada usik mengusik , ada pengorbanan dan ada rahsia yang perlu disimpan.

Allah maha adil . Selepas ditemukan dengan kawan sekolah rendah , maq berjumpa pula dengan kawan sekolah menengah . Bukan saja jumpa digroup whats app , tapi kali ini face to face . Ha , Tak percaya !?

Ya ,sempena majlis pernikahan anak sulong tempohari , maq memang tak sangka kami akan bertemu semula. Yang datang tu bukan saja dari Johor , malahan dari Putra jaya pun sudi datang untuk meraikan bersama. Syukur Alhamdulillah..

Mari maq kongsi detik sejarah itu . Ada antara kami telah terpisah hampir 30 tahun. Anda cuba bayangkan betapa jauhnya jarak itu. Ada setengah orang , baru je berkahwin 10 tahun,  dah pun lupa asal usul , apatah lagi dengan kawan sekolah , memang payah nak diingat. Allah hu ..

Throwback 24.12.2016








Ini antara wajah kawan maq yang sempat bergambar . Sebenarnya ada ramai lagi yang sudi hadir tapi tak sempat nak berselfie huhu alMaklom  Emak pengantin busy ..

Apa pun terima kasih tak terhingga dari maq dan keluarga , atas kesudian semua untuk hadir dimajlis tempohari . Allah je yang dapat membalas kebaikan semua. Inshaa Allah..Aamiin.