28.2.17

Muslim Pro


Assalamualaikum ...

Bila serba serbi dah canggih ni , maq pun terikut ikut juga untuk menambah ilmu siber dengan berbagai aplikasi di playstore tu. Tapi maq bukan cari game atau smule yang melekakan tu ya, ha sebagai women 40 an yang senantiasa  suksess , game tu bila tengah bosan kering baru maq layan . Kalau tidak , ada lain lagi yang maq akan cari bila online. Salah satunya Muslim Pro.

Mungkin ada diantara anda yang dah tahu pasal Muslim Pro. Aplikasi mengenai ibadah harian kita . Aplikasi ni anak bongsu maq yang perkenalkan kat maq 2 tahun lepas , rupanya mereka dah install lama dah , huhhu , orang dah tua katakan , tak tahu ada lagi aplikasi lebih memberi manfaat selain facebook dan twitter. πŸ™ˆ


Pada yang belum kenal apa itu Muslim Pro ,mari maq kongsikan dibawah ni. Aplikasi ini mengandungi :

1 - info masuk waktu solat .

Anda cuma perlu masukan lokasi anda berada waktu itu , dan hasilnya anda akan dapat tahu bila masanya masuk waktu solat ditempat tersebut . Dan ada amaran masuk waktu yang anda boleh setting kan . Penggera boleh bunyi pada 15 minit atau 30 minit sebelum waktu solat tiba. Tepat pada masanya nanti, akan kedengaran suara azan yang menandakan telah masuk waktu solat ditempat anda itu,


2 -  penunjuk arah kiblat.


Bila kita berada disatu kawasan yang asing ,kita boleh buka penunjuk arah kiblat . Settingkan lokasi anda berada , dan lihat jarum kompas yang bergambar Kaabah tu , ha ,itulah arah kiblat . Dalam gambar tu arah kiblat dari rumah maq . Lain lokasi ,lain arahnya ya.


3 - mencari kawasan solat yang berdekatan.


Anda boleh cari surau ,masjid yang berdekatan dengan tempat anda berada waktu tu. Contoh di tempat maq , Taman Bukit Perdana , nah , itulah kawasan tempat yang boleh digunakan untuk jadi tempat solat , antara nak pergi dengan tak je ya. SubhanaAllah , sungguh mudah zaman ni nak buat ibadah. Terutama orang lelaki , kemudahan hanya dihujung jari. Cuba tengok ,jari ada rokok tak tu , πŸ™Š


4 - kawasan tempat makanan halal.


Anda juga boleh kesan mana mana kedai makanan halal yang berada dikawasan anda berada, hanya set kan lokasi macam biasa, akan keluarlah senarai kedai makan halal Malaysia di skrin smartphone anda. Mudah tak? Opss .. nasi lemak anak dara takda dalam list atas tu la pulak. Itu list kedai makan kat area maq tinggal la.


5 - Al Quran sehingga 30 juzuk.


Muslim Pro mengandungi  30 juzuk al Quran yang bertajwid , siap dengan maknanya sekali dan ada juga bacaan dalam bahasa melayu sebagai rujukan . Kita juga boleh download suara untuk bacaan surah yang kita kehendaki. Sangat sangat mudah.  Anda boleh baca dimana juga , asalkan jangan masa berhadas besar. Dalam kereta pun boleh baca , tapi dengan syarat anda bukan driver kereta itu πŸ™Š.

Lain lain menu yang anda boleh dapati dalam aplikasi ini ada dibawah ini. Okey ,selamat mencuba. Benda baik jangan abaikan ya. Ingat , ambil yang positif , inshaa Allah semuanya akan baik baik sahaja.

Nota perempuan muslim : kalau anda dah masuk bahagian alQuran tu , anda off data pun masih boleh scroll sampai mana anda mampu nak baca . Ha ,menarik tak ? Semoga dipermudahkan .




- pesanan ringkas yang berbagai gambar menarik.



- hajat yang akan diaminkan oleh puluhan pengguna lain.


-kalender dalam tahun hijrah

- Doa Doa harian.

-  tasbih.

Maq demand ?


Assalamualaikum

Kejap je dah hari Selasa , padahal rasanya baru je jumpa Selasa minggu lepas ,  harini jumpa lagi.  Bak kata Jep Sepahtu yang baru bernikah dengan Sari Yanti baru baru ini ,




" lepas kahwin , malam rasanya macam sekejap "

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ - Jep memang pelawak orignal pada  pendapat maq !


Ha , tu masa baru jadi pengantin baru ya Jep , belum ada anak dan tanggungjawab lain sebagai suami isteri lagi tu , nanti dah banyak bagai tanggungjawabnya ,  siang malam pun dah rasa kejap ,kadang tu macam takda dah siang malamnya lagi, sebab kesibokkannya serupa je . Siang sibok ,malam pulak menyibok huhhu πŸ™Š

Maq pun dah mula sibok sekarang ni ,aktiviti mengasuh dah aktif semula. Bermula march 2017 , maka aktiflah semula maqnie nurseri and the kids . Tapi untuk permulaan maq ambil anak asuhan yang lama je sebab mereka dah biasa buat urusan dengan maq. Ya , hampir masuk tahun yang ke 5. Keserasian mungkin ada pada kami . Tapi  kali ni syarat taska dirumah maq kali ni macam demand sikit . Haha macam ok , bukan demand betul betul tau. Tapi semua bersebab, bukan maq suka suka nak buat aturan macam tu.

Hari penjagaan  : lsnin ,selasa,rabu dan khamis .
Waktu penjagaan : waktu office hour sahaja , shif tak ambil.
Hari tak aktif :  Jumaat , sabtu dan ahad
Harga bergantung pada umur kanak kanak yang dihantar.
Lain lain  : nak tahu lebih lanjut , pm je maq , senang cerita.😊

Maq demand sebab cuti lama sangat dalam seminggu ? Mari maq beritahu.

Mengasuh itu adalah kerjaya maq. Maq bantu jaga anak orang , parent  bagi hasil mereka bekerja sebagai upah kepada hasil kerja maq. Okey ni semua orang paham.

Dalam 1 minggu ada 7 hari. ✔

Dalam 7 hari ,maq korbankan masa untuk mencari rezeki selama 5 hari.✔ ( termasuk sabtu )

Maq ambil jumaat sebagai hari untuk maq belajar ilmu akhirat yang wajib maq tuntut. Sebab dulu dulu , masa orang tua hantar sekolah agama, maq lebihkan  memain , nah , sekarang dah insaf la kot ni . Hee takdalah , maq belajar ilmu akhirat tu semata mata kerana Allah. Takda sebab lain. Sebabnya bila cakap pasal ilmu ,semakin banyak kita belajar , semakin banyak rupanya yang kita tak tahu.


Kenapa maq tak jaga baby pada hari sabtu ? Okey ini sebab nya , dinegeri Johor sekarang ini , cuti kelepasan nya adalah jumaat dan sabtu. Makanya kerap kita dapat undangan kemajlis majlis adalah hari sabtu. Tapi cuti maq pada hari sabtu adalah tidak menentu, benda boleh bawa bincang lagi. Andai kata parent kena kerja dan maq tak kemana mana , anak boleh dihantar jugak. Melainkan maq ada urusan lain , makanya tiada penjagaan lah pada hari tersebut.

Dan kenapa maq cuti lagi pada hari Ahad? Ya , jawapan yang mudah. Encik suami kan offday nya hari ahad ,makanya ahad itulah hari untuk maq bersenang lenang disisinya. Keluar jalan jalan bersama , pergi ziarah orang tua bersama , pergi beli barang keperluan bersama , bawa anak makan kat luar sama sama , boleh kata hampir 80%  aktiviti ahad tu bersama encik suami. Uissshh.. salah satu jalan ke syurga tu cik jemah oi , kena ingat ya...πŸ˜‰

Makanya kesimpulannya , dalam seminggu kerja maq terbahagia kepada :

4hari fokus kepada anak asuhan (office hour)

1hari fokus  ke kelas fardhu ain ( lepas solat jumaat)

1hari fokus pada masyarakat dan keluarga (jarang jarang)

1hari fokus kepada suami ( celik mata  sampai malam )

Income dapat , ilmu akhirat dapat , suami pun dapat. Eah .. maksud maq , suami dapat perhatian le hehhe.

Kadang bila dah berusia ni , orang kata , kerja kuat sangat tak boleh , nak duduk goyang kaki sesaja pun tak boleh jugak. So , berpada padalah . Yang penting niat kena ikhlas ,kerja kena jujur dan semuanya Lilla hi taala.. 😊

Nota kerja 5 hari : miskinnya kita bukan sebab kita kurang pada harta , tapi disebabkan banyaknya yang kita hendak.

"pesanan buat diri sendiri"

Waallahua'lam..

27.2.17

Menghitung hari


Assalamualaikum

Alhamdulillah wasyukurillah. Sehari lagi bernafas. Terima kasih Allah untuk kehidupan sehari ini . Kau beri peluang hambaMu memperbaiki dirinya untuk sehari lagi .

Hidup umpama pelayaran..


Bila dikatakan bahawa hari mati tiada berisyarat , manusia seharusnya lebih berhati hati untuk penambahan usia yang makin bertambah .

Maksud hati hati di sini , bila umur semakin meningkat , kita sudah layak kikis sedikit demi sedikit perangai yang memberi timbangan dosa jadi berat itu. Dah boleh dah rasanya kurangkan aktiviti menonton program hiburan kat tv tu , rajin rajinkanlah bawa kaki berjemaah dimasjid bagi orang lelaki , perempuan tak perlu sangat solat diluar ,dirumah lagi elok.


Ya , Buatlah amalan yang sememangnya mendatangkan pahala. Kerana pahala dan dosalah yang akan menjadi bekal diakhirat nanti.

Kita mati tak bawa rumah,
Kita mati tak bawa harta,
Kita mati tak bawa anak isteri ,
Kita mati tak bawa semua hasil yang tunggang langgang kita cari masa kat dunia ini . Semua itu bakal ditinggalkan.

Kita mati bawa kain putih dan kapur barus,
kita mati bawa amalan yang dilakukan,
Kita mati bawa pahala dan dosa,
Kita mati bawa teman , iaitu Al Quran.
Kita mati bawa doa dari anak isteri

( tu pun kalau isteri tak nikah baru huhhu )

Al  Quran , bilakah tarikh akhir ianya disentuh dan dibaca? Bacalah alQuran selagi nafas masih melekat ditubuh. Kerana bila dah mati , takda dah alQuran tu lagi , walaupun anda di Syurga , anda dah tak perlu lagi baca alQuran ,kerana di syurga sudah tiada lagi erti dosa ,pahala , kerana orang yang masuk syurga dia akan selamanya akan hidup bahagia.

Sebab itu kita selalu terbaca komen " semoga kekal bahagia till jannah " , bila tengok gambar pengantin kawan kawan ,  ucapan ulangtahun perkahwinan kawan kawan. Ya , semua orang nak sangat bahagia tu hingga ke syurga pada tiap perhubungan.

Tapi apakah kita sedang berusaha untuk kekal bahagia till jannah itu? Atau kita terlalu terbeban dengan urusan dunia?

Suami isteri kerja siang malam untuk kesenangan anak anak dah besar nanti?

Hendak anak bahagia dan senang bila dia dah besar nanti ialah , berilah dia didikan agama secukupnya ,inshaa Allah anda pasti dapat apa yang anda hajatkan untuk anak anak itu dengan izin Allah.

Yang penting jadilah ketua keluarga yang bijak , bila ketua bijak , anak dan isteri pasti berjaya dikehidupan mereka. Jika ketua keluarga bijak  dan bijak lagi , inshaa Allah , anak anak dan isteri isteri  berjaya dikehidupan dunia dan akhirat mereka.


Dan doa doa dari mereka itulah bekalan anda diakhirat nanti. Lihat ! Makin ramai anak dan isteri ,ishaa Allah makin banyak doa dari mereka bila anda mati nanti.

Dah ada chance.. Kata encik suami 😍

Sesungguhnya Syurga itu bukan semudah yang diucapkan , ianya perlukan pengorbanan.  Dalam usaha kita berusaha untuk membina empayar pada kehidupan didunia , kita  masih layak lagi berusaha untuk mengejar kehidupan di Syurga.


Semua jawapannya ada padamu..


Nota penghitung hari :  Pesanan pada diri sendiri , hidup kita dah tak lama , usah dipersia sisa masa yang ada . Buat lah baik sesama manusia . Harimau mati meninggalkan belang ,manusia mati meninggalkan nama. Nama maq  , Noraini Rokani. Sekian.

WaAllah hualam..

25.2.17

Saya cikgu yang gagal


Assalamualaikum ..

Hari jumaat kalini maq tak dapat pergi ke kelas fardhu ain seperti jumaat yang lepas lepas. Jiran yang selalu pergi kelas dengan maq tu tidak sihat harini. Untuk maq pergi sorang  diri , agak mustahil kerana maq serik . Selepas kena gossip beberapa tahun lepas hanya kerana maq keluar rumah sendirian . Sedangkan waktu tu maq keluar semata mata untuk ke majlis yasin. Itulah perempuan , langkahnya  tidak sebebas lelaki. Silap langkah , niat baik dapat padah. Okey , maq benar benar dah serik !


Bila dah tidak keluar rumah , aktiviti lain pada hari jumaat ialah pantau anak bongsu buat kerja sekolah . Lihat gambar atas tu . Sebenarnya ada kisah disebalik gambar diatas. Mari maq bisik bisik , ni rahsia kita kita je ya. 😁

Kalau anda nak tahu , sejak dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 , maq hanya belajar dalam aliran Sains Rumah Tangga. Belajar masak masak ,jahit jahit , hias hias rumah ,  senang cakap ,waktu itu maq hanya tahu semua ilmu urus rumah tangga sahaja ,lain lain ilmu tak tahu menahu.

Kemudian naik tingkatan 4 dan 5 , maq dimasukan ke kelas aliran Sains . Belajar biologi , kimia ,fizik dan add math .

Bila orang tua tak mampu nak sambungkan  pelajaran maq ke peringkat lebih tinggi , maq sambung belajar  kat Mitsumi sdn bhd (haha ni kerjalah bukan study ) . Ya ,maq terus berkerja sebab dulu memang tak ada kemudahan seperti PTPTN yang  membolehkan pelajar kurang mampu meneruskan pelajaran.

Lepas beberapa tahun jadi minah karen ,akhirnya maq study dalam bidang rumah tangga sekali lagi ,tapi kali ni lebih mencabar sebab kena belajar buat dan jaga anak anak . Lumayan dong πŸ˜‚ .

Okey untuk jangka masa yang diambil dari tingkatan 1 hingga jadi emak orang ,memang takda pun maq cakap maq belajar seni kan ? Takda kan ? So maknanya bila takda belajar ,maq memang tak pandai part lukis lukis kan? Maq boleh melukis , tapi mewarna maq memang gagal !

Nak jadikan cerita disebalik tabir , anak bongsu maq tadi tu , seboleh boleh suruh maq ajar dia buat lukisan atas tu . Hahaha ya ampun . Nak buat macamana?  Cahaya arah mana? Cerah kat mana? Gelapnya kat mana? Samar samarnya besar mana? Allah huakhbar .. Besar sungguh dugaan harini.

Maq cakap , buat je lah apa yang dia termampu , takkan nak all out kalau itu bukan kuasa upaya minda dia. Tapi sambil nangis dia jawab .

" dah buat dah , tapi cikgu bagi A- ,dan cikgu suruh buat semula ... "

Ya Allah.. Dia tak puas hati dengan A- , maknanya dia nak buat yg kali ni untuk A++kah ?

MasyaAllah..

Inilah perangai anak bongsu maq ini. 24jam asyik nak kan yang terbaik. Aduh mana ada yang sempurna 100%  dalam dunia ini kecuali 100 plus ! πŸ˜‚

So , cara maq menangani masaalah beliau , maq cakap , stop melukis dulu , buat kerja yang lain lain dulu. Rehat kan minda dan mata . Nanti malam sambung lagi sebab esok masih ada waktu untuk dia sambung kerja sekolah itu.

Ya ,alhamdulillah ,kali ini dia dengar pesanan maq ,sama ada dia ikut cakap atau dia dah mula give up, waallah hualam. Itupun entah berapa cawan airmata dah tumpah , sudah beberapa helai kertas lukisan dah koyak , entah berapa batang pensil dikorek .πŸ˜†


Taddaa.. Semua letak tepi dulu ya !  ✔

Ya , bila kita rasa terlalu  terbeban dengan sesuatu kerja dan tugasan , nanti satu idea pun takkan datang dalam otak kita yang kecil dan lembut itu. Sebab ianya terlalu letih untuk berfungsi. Sel sel otak jadi lemau dan kesan nya kita akan buntu ! Naik angin ,marah marah dan akhirnya menangis. Senang cakap , kita akan jadi stress !


Kalau dah merajuk , semua tak kena dimata dia . Aduhai lah anak.


Nota student tua : Untuk pelajaran awak pada zaman 2017 ini , sejujurnya maq mengaku , maq gagal menjadi 'cikgu ' yang baik untuk awak . Maafkan maq. Sistem pelajaran kita jauh berbeza dan maq memang tak reti mewarna lukisan tu ..

😭😭😭 i am sorry ..

23.2.17

Ibadah yang dilupakan

Assalamualaikum..



TANYALAH USTAZ TV9
(Ustaz Shamsuddin Maner)

Tajuk : lBADAH YG DILUPAKAN.
.......................................
Tajuk berkaitan dgn ibadah2 sunat yg sering kita tak buat. Ibadah Sunnah adalah satu ajaran dari Rasulullah. Ibadah Sunat pula ibadah yg bila kita buat dapat pahala dan bila tak buat tidak berdosa.

APAKAH IBADAH SUNAT YG RINGAN TETAPI BESAR PAHALANYA?Contohnya pergi masjid.Adab masuk masjid sebelum duduk kita disunatkan solat sunat tayahtul masjid. Rugi jika dah masuk masjid berbual~bual dulu.Sepatutnya sebelum kita duduk,sunatnya adalah terus solat tahayatul masjid.

AMALAN SUNAT MASUK TANDAS ADAKAH PERLU NIAT? Tidak perlu berniat secara formal.Kita masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan ini sahaja sudah dapat pahala. Sebelum masuk tandas.. baca doa masuk tandas.Tidak perlu dilafaskan cukup sekadar dalam hati.

Rasulullah tidak pernah tinggal solat sunat sebelum dan selepas solat wajib(Solat sunat ini sangat dituntut)

Dua rakaat sebelum subuh
Dua rakaat sebelum zohor
Dua rakaat selepas zohor
Dua rakaat selepas maghrib
Dua rakaat selepas isyak

SOLAT2 SUNAT INI TIDAK PERNAH RASULULLAH TINGGALKAN.

APAKAH MENJADI AMALAN YG BAIK,JIKA SOLAT WITIR SEBELUM TIDUR? SOLAT WITIR..adalah solat penutup.Witir adalah solat sunat yg ganjil.Selesaikan witir dulu sebelum tidur tapi kalau kita yakin boleh bangun malam,bolehlah kita buat selepas terjaga dari tidur.Jika tidak yakin boleh bangun malam,adalah lebih baik solat witir dulu sebelum tidur.

APAKAH BERSIWAK BOLEH GUNAKAN JARI SAHAJA?BOLEH...Ini juga dikira sebagai amalan membersihkan gigi. Sudah dikira bersugi jika gunakan berus gigi.Jika tidak menjadi keberatan,Nabi seolah~olah nak wajibkan sebelum solat mesti bersugi.

KETIKA SAYA SAMPAI MASJID,IMAM SUDAH BACA KUTBAH,APAKAH PERLU SAYA SOLAT SUNAT TAHAYATUL MASJID?DENGAR KUTBAH DULU. Hari jumaat digalakan pergi awal ke masjid.Mendengar kutbah adalah rukun solat jumaat.

MENJADI KEWAJIBAN BAGI SEORANG PESAKIT UTK SOLAT WALAUPUN DALAM KEADAAN BERBARING. KITA YG SIHAT KENA INGATKAN YG SAKIT DAN JIKA TERTINGGAL WAJIB QADA.

DULU MASA SIHAT SAYA BUAT SOLAT2 SUNAT,SEKARANG SAYA DAH TAK MAMPU,BAGAIMANA USTAZ? Solat2 sunat boleh buat secara DUDUK. Yang penting kita berusaha utk buat solat2 sunat yg Rasulullah tidak tinggalkan.

BOLEHKAH SAYA SOLAT SUNAT TAYAHTUL MASJID JIKA SUDAH TERDUDUK TERLEBIH DULU KETIKA MASUK MASJID?
Boleh...Boleh bangun semula dan boleh buat solat tahyatul masjid.

BOLEHKAH HANYA BACA AL~FATIHAH JIKA TIDAK BACA SURAH2 LAZIM KETIKA SOLAT QADA?Kalau boleh buatlah secara sempurna walaupun dgn membaca surah2 ringkas.
Tidak menjadi kesalahan jika tidak membaca surah2 lazim selepas Al~Fatihah. Solat tetap sah cuma lebih baik kita menjaga adab kita dgn Allah.

BAGAIMANA NAK JADIKAN SOLAT2 SUNAT INI,TIDAK HANYA DIBUAT SECARA BERMUSIM? Cara nak istiqamah...lazimkan buat solat sunat di rumah. Rasulullah buat solat2 sunat di rumah. Walaupun solat di masjid dan buat juga solat sunat di rumah.

BOLEHKAN SOLAT SUNAT MALAM PUKUL 5 PAGI DAN BAGAIMANA DGN IBU YG NYANYUK,WAJIBKAH LAGI SOLAT?
Yg pentingnya solat malam ini selepas isyak. Boleh dibuat pada pukul 12 dan sebelum masuk subuh. Tapi yg afdal adalah sepertiga malam. Bila doktor telah sahkan dia nyanyuk maka dia sudah tidak wajib lagi buat ibadat2.

Dan bangunlah sebahagian malam serta kerjakanlah solat tahajjud semoga Allah bangkitkan kita dalam keadaan yg mulia.
Ibadah yg dituntut adalah solat malam..  Rasulullah buat solat tahajjud 6rakaat dan witir 3rakaat.Selepas solat2 fardu.Solat yg lebih afdal adalah solat tahajjud.

Sesungguhnya solat malam,jika dilakukan akan membersihkan sifat takbur,riak dll. Sebab bila bangun malam hanya kita dan Allah sahaja yg tahu kita solat malam.

BOLEHKAH SOLAT SUNAT ZOHOR BILA SUDAH TERLAMBAT?Contoh zohor masuk pukul 1,tapi kita solat pukul 2,masih boleh lagi buat solat sunat sebelum zohor.

APA PANDANGAN USTAZ,KENAPA SOLAT FARDU TIDAK SERAMAI SOLAT TERAWIH? Ini kerana kita rasa bulan Ramadhan ada kelebihan.Ini satu kebaikan dan berusaha juga utk meramaikan solat fardu dihari~hari biasa.

KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA.Solat sunat dhuha 2rakaat dari 8.30pagi hingga sebelum zohor.Hadis dari Abu Hurairah Rasulullah mengingatkan:

1)Berpuasa 3hari dalam sebulan
2)Solat dhuha
3)Solat Witir


Rasulullah menggalakkan kita solat sunat dhuha.Mohon pada Allah dipermudahkan urusan kita,diberi rezeki dan kesihatan yg baik. Org yg sedang menoreh juga boleh menunaikan solat sunat dhuha walaupun hanya pakai baju yg sudah terkena susu getah.
Susu getah itu tidak najis dan pastikan pakaian itu tidak terkena najis serta masih dalam wuduk.Boleh tunaikan dimana sahaja dan boleh buat secara duduk.

BOLEHKAH BUAT SOLAT ISTIHARAH UTK TUJUAN LAIN SELAIN UTK MENCARI JODOH? Solat istiharah bukan hanya utk mencari jodoh sahaja.Apa sahaja pekerjaan yg kita nak buat dan ingin petunjuk dari Allah,boleh buat solat istiharah.

BOLEHKAH SOLAT FARDU DGN CARA DUDUK BAGI YG SAKIT KAKI? Solat fardu mesti dgn syarat berdiri.Seboleh~bolehnya semasa mengangkat takbir hendaklah berdiri.Jika langsung tidak boleh berdiri sebab lumpuh. Bolehlah duduk.

SELAIN SOLAT DHUHA,BOLEHKAH SOLAT TAUBAT DAN HAJAT DIWAKTU PAGI?Boleh.

BOLEHKAH MENGIKUT IMAM DARI RUMAH YG BERDEKATAN MASJID DGN SEBAB UZUR(lumpur)? Tidak boleh mengikut imam yg terpisah dari masjid walaupun kita dengar bacaan imam kecuali di Masjidi Haram. Kerana di Masjidi Haram walaupun kita solat dikaki lima tetap dikira berjemaah.

BILAKAH WAKTU YG BAIK UTK SOLAT TAUBAT? Boleh dibuat bila2 masa dan tidak semestinya kita dah buat dosa baru nak buat solat taubat. Boleh juga buat waktu malam sebelum solat tahajjud.

KENAKAH QADA SOLAT YG TELAH LAMA TERTINGGAL ya...Wajib qada ! Qada disetiap selesai solat fardu.

SESIBUK MANA SEKALI PUN,BUATLAH IBADAH2 SUNAT. SUPAYA DAPAT MENAMPUNG KEKURANGAN IBADAH2 WAJIB...

Waallah hualam..



Nota larut malam  : perkongsian dari seorang sahabat dari group pengetahuan alQuran. Beliau berkongsi , maq panjangkan perkongsiannya, semoga kita sama sama dapat kebaikan dalam perkongsian ini.  Selamat beramal ..

22.2.17

Rezeki



Assalamualaikum..


Rezeki itu hadiah . Hadiah yg datangnya dari Allah , untuk hambaNya. Rezeki datang dari berbagai sudut. Bagaimana nak mendapat banyak hadiah ? Maq kongsi dibawah ini.


Formula menjemput Rezeki:

1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT..

2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya..

3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..

4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari..

5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih..

6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang..

7. BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali..

8. SOLAT AWAL WAKTUSolatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat..

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana..

10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:
1. Minumlah air masak 3 liter sehari.

2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH..

Wallaahua'lam..

Nota rezeki  : rezeki tiap manusia sudah tersenarai , anda cuma kena berusaha tanpa jemu ,lain lain serah pada yang Esa. Terima kasih pada yang sudi berkongsi . Allah selamat kan kamu.

21.2.17

Komen tentang yes


Assalamualaikum..

Alhamdulillah , bulan Februari ni genap setahun maq guna line internet dari yes . Penyambung hayat internet yang membolehkan maq berblog , berwhats app , bertweet , dan jual beli cara online. Wah kemain , shopping dah pakai internet dah orang tua ni ..huhu



Gambar atas tu , itu lah dia wifi yes yang maq pakai selama ni. Boleh angkat mana mana maq suka, dalam bilik , didapur , dianjung , ya,di mana mana sahaja ! Bila dah setahun rasanya dah layak dikomen tentang perkhidmatannya. Setahun? Lama jugak tu kan.12 bulan !  365 hari ! Hari hari pakai kecuali takda elektrik dan maq berada diluar kawasan. Okey bawah ini antara komen maq sebagai pengguna. Pertama komen pasal istimewanya dulu lah ya.

1 -  Line memang tip top bagi kawasan bentuk muka bumi macam tempat maq . Kawasan bergunung ganang dan berbukit bukit.

2 -  Dengan bayaran rm 93 sebulan , maq boleh online tanpa had setiap hari. Tapi hari hari tu bukan bermakna maq ngadap gadjet 24 jam . Busuk pulak ikan dalam peti ais tu nanti .

3 - Semua cuaca boleh layan . Panas ke ,hujan ke , ribut ke , mendung ke , cuma nya bila hujan tanpa henti , line akan sangkut sangkut ,itu hal biasa bagi semua line kan.

4 - boleh diangkut keluar kawasan jugak, macam balik kampung ke , bercuti ke , atau senang cakap mana tempat nak pasang wifi , silakanlah , yes senantiasa berkhidmat untuk anda.

Mengampu macam ter over pulak maq .. πŸ˜‚

Aip .. bila dah nampak yang baik ,pasti ada nampak yang buruknya . Tu lah perempuan , dia bukan cerewet , tapi teliti ! Haha

Dan bak kata orang ,muka yang cantik pun , ahh tentu kentut tetap busuk, betul tak ? Haha mana ada kentut yang wangi kan? Kalau ada , sila pm tepi , maq nak share tips . Okey yang tak best pasal yes setakat harini bagi maq.

1 - kat Batu Pahat ni maq perasan dah bayar pada 2 kaunter pembayaran yes. Satu di Aeon Big , lagi satu di BP mall. Pengalaman buat bayaran di Aeon Big , maq dah bayar dua bulan , dan dah nak masuk bulan ke tiga , tetapi center cakap ,maq tak bayar dah 3 bulan . Berderau darah ! Check punya check punya check ,akhirnya dapat kesan yang bil dua bulan sebelum tu tidak dimasukkan dalam akaun yes maq. Makanya jika anda orang Batu Pahat , dan berminat dengan yes , sila buat urusan di BP mall , khidmat di situ tidak mengecewakan.

2 - ada ketika tetiba line kosong ! Tak boleh service katanya. Berjam jam cari punca . Dan bila call center katanya line ada problem. Adeh ,kenapa lah tak beri notis awal awal , takdalah pengguna bingung sebab whats app tak berbunyi .  Kacau betul orang nak jual beli online kan.,hmm .

Tapi ini jarang terjadilah ,hanya setahun tu 2,3 kali je . Bukan  kes serious. Kalau dah bayar tapi cakap tak bayar ,ha..tu serious tu !! Huh !! Melampau !

Untuk 2017 , maq janji maq akan pantau corak perkhidmatan terkini dari yes . Jika memain je khidmatnya , lebih baik kita putus !!! Cewah ..macam tajuk lagu ya.

Nota line  : senang cakap , setakat ni memang tak banyak hal lah yes ni , tapi tahun tahun mendatang , maq tak janji macamana nak komen pulak ya.

Manfaati tiap yang ada didepan mata. Jangan fikir teruk teruk untuk hari  esok sebab harini pun belum tentu kita dapat penuhkannya dengan 24jam sehari. Waallah hualam..






Hati sakit punca sakit mata

Assalamualaikum ..

Bila kita dikecam atau disalah anggap oleh sesaorang, jangan  bangkitkan rasa benci untuk dia , tapi cubalah jauhkan darinya supaya hati kita tenang ,mata pun terang.

Dalam masa yang sama , bila dah tak nampak batang hidung kita lalu dihadapan mata dia ,besar kebarangkalian , dia juga sukar nak buat apa apa andaian atau  spekulasi tentang kita. Andainya dah jauhkan diri pun dia masih nampak buruk kita , ternyata kita memang hebat!  Sebab diperhatikan pada setiap sudut , walaupun pada jarak jauh . Ketika itu kita dah boleh bajet retis huhu.




Ini satu penyakit hati yang menyerang manusia. Dia tak berani bertindak sorang tetapi dia bangkitkan isu yang kadang sepertinya tidak masuk dik akal . Ajak membenci orang secara berjemaah . Arh kejam sekali ini.

"Biarlah luncai terjun dengan labu labunya you.. "   ltu lah pesan pak pandir kepada mak andir sambil mendail handphone anaknya yang tertinggal dirumah.

" aduh ! dah lenguh jari i  mendail , tak dapat dapat , mana tah pergi budak bertuah ni agaknya " suara pak pandir merungut perlahan.

"you buat apa tu you..."  tanya mak andir perlahan sambil memerhatikan gelagat pak pandir yang  sedang asyik menekan nekan keypad handphone anaknya itu.

"Yelah , handphone anak kita ni tertinggal kat rumah ni ha , i dah  cuba call berkali kali tapi tak dapat dapat , i try hantar sms pulak lah you oi.." bersemangat sekali pak pandir berusaha.

Haha caiyok pak pandir !

Okey , kita biarkan luncai dengan labunya. Kita biarkan juga pak pandir dan mak andir dengan handphone anak nya itu ya.

Kita buat hal kita. Kita nak buat apa? Yok baca ni ..

SURAT CINTA DARIPADA ALLAH TENTANG SOLAT

... Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajipan, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

... Anggaplah solat itu pertemuan yang kau sentiasa nanti-natikan dengan Tuhanmu,Allahuakbar.

...Anggaplah solat itu suatu bentuk hubungan cinta dengan PenciptaMu

... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah, Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai keadaan terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT , Allahuakbar.

..Anggaplah solat itu sebagai suatu situasi kau diberi darjah kebesaran oleh Raja Segala Raja, Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya, Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu, Allahuakbar.

... Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ,Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." Allahuakbar.

... Bayangkan kau bersama Allah dengan kebersamaan yang khusus didalam solat pada setiap pergerakan, diam dan ucapanmu

... Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ,Subhanallah.

Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.

Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah .

* Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yang sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita,  dan kita pula mengejar dunia...Wallah hualam..

Nota pendek : atikel surat cinta daripada Allah tentang solat itu disalin dari group zikir Hajah Fatimah . Perkongsian dari Bonda Ida Norlaila . Terima kasih Bonda. Semoga memberi manfaat kepada pembaca yang lain. Alhamdulillah .



Amalan bacaan Tahlil

Assalamualaikum..

Tahlil bermaksud bersama-sama berkumpul bagi membacakan ayat-ayat al-Qur’an terpilih serta berzikir dan berdoa untuk orang yang sudah meninggal dunia.

Antara kandungan ayat-ayat al-Qur’an yang dibaca ketika tahlil ialah Surah al-Fatihah, Surah al-Ikhlas, Ayat Kursi dan beberapa bahagian ayat-ayat dari surah al-Baqarah. Sementara zikir-zikir yang dibaca ialah kalimah la ilaha illallah serta kalimah-kalimah tayyibah yang lain seperti tahmid, takbir, tasbih dan salawat.

Hukumnya adalah harus kerana ia melibatkan perkara-perkara yang baik dan tidak di larang oleh syarak.

Kalimah serta ayat-ayat yang dibacakan dalam tahlil adalah kalimah-kalimah yang baik dan bakal diberi ganjaran kepada pembacanya. Sementara berdoa kepada mereka yang telah meninggal dunia adalah sesuatu yang disarankan Islam sepertimana yang disebut oleh al-Qur’an:

(Surah Muhammad :Ayat 19): “Oleh itu tetapkanlah pengatahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)”

Dalam Surah al-Hasyr, ayat 10 “Dan orang-orang yang datang kemudian daripada mereka berkata, “Wahai Tuhan kami, Ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan Kami sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”

Dan dalam Surah Ibrahim disebut: “Wahai Tuhan kami! berilah keampunan kepadaku dan kedua-ibubapaku serta orang-orang yang beriman, pada berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”

Sementara menjemput orang ramai dan menjamu dan memberi makan adalah sesuatu yang digalakkan sepertimana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w:

 “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, “Yang manakah pekerjaan Islam yang lebih baik? Jawab Nabi, “Memberi makan kepada manusia dan sebarkan salam kepada orang yang kamu kenali ataupun tidak”  (hadis riwayat Bukhari)

Namun antara perkara-perkara yang harus diambil perhatian ketika membuat tahlil ialah:

i.Tidak mengadakan khenduri dengan perbelanjaan dari harta pusaka si mati yang warisnya masih belum baligh.

ii. Tidak menetapkan hari-hari tertentu seperti 3 hari, 7 hari, 40 hari atau 100 hari.

iii.Tujuan dan tumpuan utama tahlil adalah terhadap doa dan zikir dan bukannya terhadap jamuan yang diadakan. Sekiranya baru kematian, sebaiknya makanan disediakan oleh jiran dan rakan dan bukannya dari kalangan ahli waris.

iv.Tidak melibatkan pembaziran

v. Tidak meratapi kematian arwah

Wallahu a’lam


Perkongsian dari Ustazah Normahizan dari group whatsapp AlRaudhah..Terima kasih ustazah.

20.2.17

Apa function PM Tepi?


Assalamualaikum ..

Salam penuh kebahagiaan.  Syukur Allah bagi peluang sehari lagi disini. Esok ? Waallahualam.

Manusia dan kematian itu adalah bersaudara. Bersaudara itu maknanya jika ada manusia ,makanya adalah kematian. Jika harini Allah panjangkan umur kita sehingga 48 tahun , tu maknanya sudah 48 tahun kematian menanti kita. Sila hadam ayat maq ini. Kalau silap,mungkin pendapat kita berbeza dan itu perkara biasa sebagai manusia. Zahir je serupa , pendapat berbeza beza .  So , jangan kita cuba perlekehkan idea orang lain kerana itulah hak dia. Cuma..jika pendapat dia bertentangan dengan hukum Allah ,haruslah ditegur.

 Bagaimana nak tegur ?

Ya , ini yang maq cuba nak kongsikan. Cara menegur kawan yang silap di group whats app , group parti pinggan mangkok , group jual online , group kaki movie , group kereta api , atau apa apa je jenis group sekali pun.

Sering kita jumpa kawan yang suka menegur kawan yang lain didalam group dialam maya ini. Walaupun kawan yang ditegur itu ternyata buat salah 100% dari segenap sudut sekali pun , anda sebenarnya tidak layak menegur dia didalam group atau dihadapan kawan kawan lain yang kadang tu hanya memerhati .

Apa function  ayat " pm tepi " yang sering diguna pakai dialam maya era terkini ini ? Ha , gunakan lah !!  Jika anda seorang sangat pakar sekali pun , amalkan lah amalan pm tepi untuk menegur . Bukan direct dalam group , bukan dikomen status facebook dia , bukan di komen tweet dia , bukan di komen moment wechat dia.

Ya , dia manusia yang punya hati dan perasaan . Mungkin dia silap , mungkin dia hanya copy and paste , mungkin dia tidak perasan atau mungkin dia memang sengaja sekali pun , tegurlah dengan berhemah , barulah anda nampak lebih hebat dan pro!

Kita jaga aib orang , Allah jaga aib kita .

Bila ditegur di depan orang ramai , dia mesti rasa malu , anda puasati kah dia dimalukan ? Ha , berbalik pada niat asal . Kita tegur dia kerana dia silap , tapi jangan sampai nak betulkan kesilapan orang lain , orang lain lain pulak nampak kesilapan anda. Ha , rugi je kan.


Lepas ini ingatlah , jika nak menegur , gunakan lah istilah PM tepi . Tapi jangan pm tepi ajak bergossip ahhaa , tak jadi pulak pahala nak masuk stock nanti , aiyokkk ! πŸ˜€





Nota hati : Pesan untuk diri sendiri , jangan rosakkan hati anda hanya semata mata anda rasa anda bijak. Setiap orang cuma ada 1 hati , dan sakitnya tu selalu disitu .

15.2.17

Sembang tentang perkahwinan

Assalamualaikum

Alhamdulillah wasyukurillah. Sekali lagi bersembang di alam maya. bila maq kongsikan gambar dibawah ni dengan caption

' seakan licin saja lantai kehidupan pada riak wajah ,padahal berdarah tapak kaki menapak keruang bahagia itu'

seorang sahabat sekolah bertanya : apa maksud ' licin pada lantai kehidupan ? apakah yang nampak licin? maq pulak lupa nak tanya kat dia , apa maksud  soalan nampak licin dia tu?  , apakah pada dahi perempuan digambar itu atau licin pada umbun umbun si lelaki itu ?

Allah hu lupa sesangat..


Kehidupan itu bermaksud perkahwinan. Lantai licin tu maksudnya kehidupan yg sangat mudah , sepertinya rumahtangga tiada bermasaalah , hari hari suami dan isteri boleh tersenyum sampai telinga , rumahtangga setiap masa bahagia dengan gelak ketawa dan kasih sayang bersama pasangan. padahal ? apa maksud padahal ? maksudnya disebalik cerita sebenarnya adalah lain.

apa yang lain tu ?


Okey , bila sebut pasal kahwin , pasal rumah tangga ,semua orang nak bahagia sampai syurga. tapi tak semua orang berjaya tarik tangan pasangan dia masuk syurga , kekadang tu , sepertinya dia sorang je yg nak ke syurga , pasangannya tak payah ! Dibiarkan aja hanyut dengan tanggungjawab dunia yang tak pernah cukup. Ini sangat tidak adil.

Bila kita perhatikan masyarakat keliling , kes rumah tangga dah macam iklan kat tv 3 , kejap ada ,kejap ada ,kejap ada .  maklomlah kan , makin ramai yang mendirikan rumah tangga , makin macam macam karenah kita tengok . puncanya apa ?

Sebenarnya , bila perkahwinan masuk 5 tahun pertama itulah Allah bagi kita ruang untuk berkenal kenalan. kenal apa perangai pelik dia , dia tidur hasilkan melodi code apa , dia kentut bunyi tune apa , kapasiti bau badan dia bila baru bangun tidur macamana , gelojoh dia makan macamana , dan ada 1001 perangai dia yang selama bercinta tu yg dia sorok ,akhirnya kita tahu !

Adatlah kan , masa bercinta , lepas tu alam pertunangan , semua nak cover. nak jaga hati pasangan takut terlepas pulak kalau dah tau perangai pelik tu . Sebab tu kalau kita lihat banyak kekecohan ,keruntuhan rumahtangga berlaku pada 5 tahun pertama perkahwinan . Ini berlaku bila mereka tergolong dari golongan susah nak terima keburukkan orang lain. Mana yang kurang perihatin , maka perpisahan jalan terakhir , dan anak anak yang masih kecil jadi mangsa.

Dalam usia 10 tahun perkahwinan pulak , peluang Allah bagi ini adalah  waktu untuk kita perbetulkan kekurangan pasangan dan kekurangan kita . Kalau 5 tahun tu waktu untuk berkenalan , 10 tahun ini pulak , kita adjust dia ,dia adjust kita . Kalau ada anak ramai , masa ni lah dugaan kewangan jadi tunggak paling utama . Makan minum ,kos persekolahan , bil yang datang dari  macam macam sumbernya , lebih lagi dalam zaman serba serbi duit ,serba serbi berbayar. Kadang nak pecah kepala dok mikir celah mana nak dibuat lagi , semua duit ,duit ,duit . Tapi Alhamdulillah , di Malaysia ini kentut masih percuma !! Syukur sangat sangat . Tapi kadang 10 tahun berkahwin  sekali pun ,biar pun kentut percuma , isu kentut pun boleh jadi gaduh dan punca penceraian .

Allah huakhbar ,kejamnya ..

Pada 20 tahun perkahwinan , masa ni anak anak dah besar panjang ,  dah nak macam macam , nak sambung belajarlah ,nak kahwinlah , nak tunanglah , ya ! Sekali lagi rumahtangga diduga . Zaman serba serbi mahal ini ,bukan memain kalau cakap nak nikahkan anak. Buat majlis kecil kecil ,panggil orang surau baca doa selamat ,nanti orang cakap nikah atas sebab terdesak . Buat majlis ala kadar nanti orang cakap ,majlis asal boleh sebab ramai kawan kawan tidak diundang . Buat majlis besar besaran , sampai ke cucu pulak hutang tak habis bayar nanti. Adeh

Hello ..jemputan 350 kad pun dah mencecah rm 20K mak Jemah oii ! Ha , mana nak cekau duit kalau kerja kais pagi ,makan pagi ,kais petang makan petang ?  Boleh botak kepala emak bapak pengantin. Boleh bergolak laki bini bila nak pusing duit ,tapi duit apa pun tak ada. Dapat pihak lelaki yang understanding ,boleh lah bagi hantaran lebih , dapat yang berkira ??  Ada nanti dikata menjual anak !! MasyaAllah , minta dijauhkan lah ya. Fikirlah ya ayahnya , fikirlah ya ibunya ,apa nak buat pada hal  sulit macamni .  Tu belum mulut kiri ,mulut kanan dok perhati tak henti henti,

Kehkehkeh.. tampal tape tau lah πŸ˜‚


Pada 25 tahun perkahwinan pulak , bila cerita pasal gaduh susah lah kot , sebab nak menengking pun nafas dah semput haha , lagi pun gaduh depan anak anak , depan menantu ,depan cucu dah segan sikit lahkan . Nanti emak bapak bergaduh ,anak dengan menantu dok bercakau , ha!! Masa usia macam ni , maq cadangkan ,kalau ada tak puas rasa dihati ,baik selesaikan elok elok. Kalau tak mampu face to face ,baik whats app . Ha ..taip lah puas puas bagi dia tahu apa mahu mu .  Usia macam ni , gaduh tak perlulah lama lama , esok lusa belum tentu bernyawa . Dia silap ,kita tegur dalam gurauan atau dalam ciuman , amboi sweet gitu. 😍 nanti trylah wak eah . Ojo isin isin ..hehe

Pada usia perkahwinan 40 - 50 tahun ,masa ni kalau masih ada selisih faham tu pun masih adat lagi, mungkin pak cik terpandang  mak janda anak 5 tu secara tak sengaja , mak cik pulak terasa . Alahai terus jiwa tak selesa ,mulakan merepek , asyik berkata :

"Yelah ...saya dah tua , dah tak power . Awak jangan ngada ngada pak nya.."

Hahaha makcik oh makcik ,makcik jangan takut , kalau dah jejak  50 tahun hidup  bersama , ternyata pakcik memang setia dan pandang mak janda anak 5 tu sebetulnya dia lupa . Maklom orang dah tua , Fikirnya perempuan tu kawannya sekolah dulu dulu , nak diinvite masuk group whatsapp " buluh perindu ". Hehehe masa ni makcik dah tak boleh update tweet kat twitter macam selalu,  nak kecam pakcik curang bagai,  anggap je dia dah mamai , esok lusa tanah kubur melambai . Ajak je dia ke surau ,ajak je dia ke masjid  berjemaah ramai ramai . Ajak je dia pergi ke kelas agama . Doa kan aja cinta makcik dan pakcik kekal sampai syurga. Plan Allah sangat cantik , sebagai manusia kita hanya mampu berdoa , agar bahtera berjalan lancar. Kerana hanya dengan doa , takdir mungkin berubah. Wallah hualam.


Nota perkahwinan : bukan mudah nak jalani bahtera perkahwinan ini. Berkongsi segalanya  dengan orang lain yang belum dikenali. Janji terpatri dengan lafaz nikah ,berwali dan bersaksi . Ya ,jadikan perkahwinan itu seperti lantai yang licin ,biarpun tapak kaki dah berdarah darah untuk menuju ke ruang bahagia .

*ini pendapat maq ,bukan copy paste ,bukan perli ,bukan dengki. Bercakap atas pengalaman dan pemerhatian sendiri , jika ada terasa dihati ,itu cuma kebetulan , lebih baik abaikan... wassalam. 😍😍




14.2.17

Perempuan ,bersolek dan hukum



Assalamua'laikum.

Perkongsian sesama kita , semoga bermanfaat .

TANYALAH USTAZ TV9
13.2.2017 (Da'i Izzhar&Ustaz Dr Sukki Othman)

BERSOLEK.
•••••••••••••••
Allah perintah hendaklah kamu tetap diam didalam rumah dan jika mahu keluar jangan bersolek berlebihan seperti dizaman jahiliah.

Dan ada dizaman jahiliah bersolek dgn tidak tutup aurat dan menunjukkan perhiasan. (ini adalah solekkan yg dilarang dalam islam) Bersolek didalam rumah tak mengapa kerana itu utk suami.

APAKAH HUKUM ISTERI BERSOLEK UTK MENUTUP CELA? Niat bersolek itu utk apa.Bila niat utk dipamerkan utk org lain.Niat itu sudah tidak betul.Jika sekadar utk menutup parut atau jerawat,tidak mengapa.Seorang isteri sepatutnya kena bersolek dihadapan suaminya sahaja.

APAKAH HUKUM SOLEKKAN PENGANTIN DAN SAHKAH WUDUK ATAS SOLEKKAN?
Pengantin hanya boleh bersolek utk mahram sahaja.Sekiranya dipaparkan utk dilihat org,maka akan mendatangkan fitnah.

TIDAK SAH WUDUK DIATAS SOLEKKAN KERANA AIR TIDAK KENA PADA KULIT.

JIKA SESEORANG ISTERI KEMATIAN SUAMI,BOLEHKAH KELUAR RUMAH WALAUPUN HANYA MEMAKAI BEDAK?
Isteri yg kematian suami tidak boleh berhias selama 4bulan10hari.Dan tidak boleh bebas utk keluar rumah kecuali utk bekerja.

SUAMI TIDAK SUKA ISTERI BERSOLEK TAPI SUAMI SUKA LIHAT WANITA LAIN BERSOLEK DILAMAN SOSIAL,BAGAIMANA USTAZ? Isteri memang berkeinginan utk cantik.Bila suami tidak membenarkan bersolek maka isteri kena ikut suami.

HARAM PAMERKAN GAMBAR DIFACEBOOK DGN SOLEKKAN BERTUJUAN DILIHAT ORG.

APAKAH KONSEP BERSOLEK YG DIHARUSKAN DALAM ISLAM?Bersolek itu fitrah bagi wanita.Boleh bersolek utk suami atau utk diri sendiri dirumah sahaja.Tidak boleh bersolek diluar rumah utk dilihat oleh org lain.

APAKAH HUKUM MEMAKAI WANGIAN BAGI WANITA YG BERSOLAT?Boleh memakai wangian ketika bersolat didalam rumah dan TIDAK BOLEH berwangian ketika keluar rumah walaupun utk pergi masjid.

JIKA SUAMI MINTA ISTERI BERSOLEK KE TEMPAT KERJA,BAGAIMANA USTAZ?Tidak ada KETAATAN pada kemaksiatan pada Allah.Isteri tidak boleh mengikut kata suami bila suami suruh bersolek dan berwangian ketika keluar rumah.

APA LAGI UTK MEMBUKA AURAT DILUAR RUMAH SANGAT DILARANG WALAUPUN SUAMI SURUH.  (tidak perlu ikut).

Boleh bersolek secara nautral.Sekadar lipstik tidak mengapa tapi boleh menjadi fitnah bila pakai lipstik yg berwarna terang sehingga boleh menarik perhatian org lain tengok berkali~kali,ini tidak dibenarkan.

APAKAH HUKUM MERWARNAKAN KUKU?
TIDAK BOLEH.Jika bertujuan utk dilihat org.

CUKUR ATAU CABUT KENING ITU HARAM DAN ADA SUAMI SURUH CUKUR KENING,BOLEHKAH IKUT APA YG SUAMI SURUH?Allah melaknat org yg membuat tatu dan org yg mencukur kening.

TIDAK ADA KETAATAN DALAM MAKSIAT PADA ALLAH (tidak boleh ikut apa yg suami suruh)

PASTIKAN ADA COP HALAL JAKIM KETIKA MEMBELI BARANG² SOLEKKAN.

ADAKAH DIBENARKAN MELUKIS INAI BERCORAK DIHARI PERKAHWINAN?
Inai ini adalah adat.Adat ini asalnya harus.
Jika melukis inai sehingga menjadi bahan tarikan,ini tidak dibenarkan.

ORG BERSOLEK DAPAT JODOH DAN ORG YG TIDAK BERSOLEK TIDAK DAPAT JODOH,BAGAIMANA USTAZ? Jodoh ketentuan Allah.Ada juga org tidak bersolek dapat jodoh. Bukan solekkan yg tiruan itu utk mendapatkan jodoh tapi akhlak yg baik yg boleh menjadikan org suka.

APA SAHAJA YG MENARIK PERHATIAN ORG MAKA DIHARAMKAN.

BAGAIMANAKAH ADA ORG YG MENGGUNAKAN SEJENIS MINYAK RAMBUT BERWARNA? Jika memakainya sehingga meniru kaum bukan islam maka tidak dibenarkan.Jika minyak rambut yg berwarna dan boleh hilang dgn menggunakan air,dibenarkan.

BOLEHKAH LELAKI BERSOLEK?Lelaki yg bersolek utk meniru perempuan tidak dibenarkan dan Nabi melaknat lelaki yg menyerupai wanita dan wanita yg menyerupai lelaki.

APAKAH HUKUM WANITA TAK SOLEK DAN ADA SUAMI SURUH ISTERI SOLEK KETIKA BERSAMA SUAMI KETIKA KELUAR RUMAH DAN ADA PULA YG KENYET MATA PADA ISTERI,BAGAIMANA USTAZ? Jika isteri tak bersolek tidak mengapa jika memang isteri tak suka .Bersolek utk suami secara natural dibolehkan dan jika ada org lain kenyet mata pada isterinya,isteri tidak salah sebab bukan isteri yg mulakan kenyet mata.

TIDAK SALAH BERSOLEK SECARA SEDERHANA UTK KEYAKINAN DIRI TAPI JIKA MELAMPAUI DGN WARNA YG TERANG SEHINGGA MENARIK PERHATIAN ORG LAIN, ITU TIDAK DIBENARKAN.

APA HUKUM KELUAR RUMAH UTK MAJLIS PERKAHWINAN KAKAK,SEDANGKAN SAYA DALAM EDAH? Seeloknya tidak perlu pergi.

APAKAH HIKMAH TIDAK BOLEH BERSOLEK KETIKA EDAH? Menunjukkan isteri menghargai suami dan tidak gembira dgn kematian suami.

PENDAKAP GIGI DIBENARKAN DGN TUJUAN MENCANTIKKAN GIGI DGN SEBAB GIGI ITU JONGGANG MAKA DIBENARKAN.

PAKAI KANTA MATA BUKAN UTK MENARIK PERHATIAN ORG. ITU DIBENARKAN.

PENGANTIN YG BERSOLEK DARI ZOHOR HINGGA ASAR, BOLEHKAH MENJAMAKKAN SOLATNYA? Solat jamak dibolehkan jika dalam keadaan tertentu atau mendesak (cth doktor yg sedang buat pembedahan)

PENGANTIN TIDAK BOLEH MENJAMAKKAN SOLAT HANYA KERANA  UTK MENJAGA SOLEKKANNYA. INI SANGAT TIDAK DIBENARKAN.

SEMOGA KITA CANTIK DI DUNIA DAN CANTIK JUGA DI AKHIRAT SERTA AKAN MENDAPAT REDHA ALLAH..

Maha suci Allah yang mentadbir sekelian alam


Copypaste dari group AlRaudhah Taman Bukit Perdana.

10.2.17

Top up ilmu


Assalamualaikum ...

Seperti biasa rutin jumaat maq sekarang ini, pergi ke kelas fardu ain . Selain dapat jumpa masyarakat setempat , berkenalan dengan wanita lain di kawasan sekitar , sedikit sebanyak dapat juga tambah ilmu yang dulu dulu belajar tapi tak fokus sangat.Sekolah agama sampai darjah 5 je , darjah 6 dah malas.

Menuntut ilmu itu wajib bagi tiap umat islam. Semakin banyak kita belajar , semakin banyak yang kita tak tahu dan semakin banyak yang kita terasa ingin nak tahu.

Tetapi bila kawan kawan lain  sedang fokus pada penerangan ustaz , kita tak perlulah banyak soal jawab ,banyak bertanya , kerana ini boleh mengganggu fokus jemaah lain yang sedang khusuk mendengar dan fokus ustaz yang sedang gigih menerangkan.Khidmat pengajar adalah berbayar dan masa adalah sangat terhad . Boleh jadi nanti , soalan soalan anda bakal membazirkan masa kawan kawan lain. Kalau nak bertanya , ambil satu masa yang khas untuk bersoal jawab.

Mudahkan ?

Maq belajar ilmu apa je maq kat situ ?

Selain belajar tafsiran alQuran , maq juga belajar perihal solat wajib dan solat sunat dengan lebih terperinci , perihal pengurusan jenazah , pengkebumian dan beberapa lagi bahagian yang membabitkan kehidupan ,amalan dan iman harian kita.

Antara kitab yang Ustaz kami rujuk



Walaupun masa terlalu singkat , syukur alhamdulillah , setakat ini banyak persoalan yang menjadi keraguan telah terjawab.

Untuk persoalan orang perempuan boleh ke pergi ke acara pengkebumian jenazah ? Ini penjelasan ustaz,

🍏Kebumikan jenazah adalah fardhu kifayah yang dilakukan oleh orang lelaki BUKAN orang perempuan .

🍏Orang perempuan HARAM kekubur ketika proses pengkebumian berlangsung kerana mengelakkan fitnah tetapi dibenarkan pergi apabila semua orang lelaki sudah balik. Kata ustaz lagi , masa tu ,nak tidur atas kubur pun takpa . Nak mengaji Quran sampai khatam pun boleh . 😊

Dan dua penjelasan  yang diatas adalah dari fahaman Mazhab Shafie . Pegangan umat islam Malaysia .

Apa pun  jika ada kesilapan pada ayat maq ini, sila tegur dan beri tunjuk ajar , kerana  ..

"Buah cempedak diluar pagar , emak budak sedang belajar "

πŸ™ˆ eh , maq dah macam buah cempedak la pulak ya ..huhu

Wa allahu alam..

9.2.17

Sembang khamis


Assalamualaikum ..

Selamat pagi . Bila umur makin bertambah , umur juga makin berkurangan. Kita tak tahu bila berhentinya perjalanan ini . Esok ? Lusa ? Atau kejap lagi ? Semua itu telah tertulis dalam diary hayat kita tapi hanya Allah je yang maha mengetahui akannya. Tugas kita cuma melengkapi setiap garis panduan hidup , berlandaskan hukum hakam agama dan peraturan dunia.



Bila sembang dengan kawan kawan sebaya, Maq cakap jadilah orang tua , sebab orang tua lebih kuat berkerja dari orang muda . Seorang sahabat maq beri pendapatnya .

Kata beliau "  orang tua tua dah pencen tu ,aku tengok melepak je kat warung. Itulah time diaorang rehat , dan hanya tunggu duit pencen"

Jawab maq : kat rumah kita tak tahu diaorang buat apa..

Kata beliau : nak kena tau ke apa diaorang buat?

Jawab maq : of kos , buat pedoman kita kelak..

Dan dengan bebesar harapan beliau beri ayat ni :  inshaa Allah kalau diizinkan , panjang umur  ,jumpalah kita pengalaman tua tu . Bila tunggu anak membesar , tak sedar  kita dimamah usia .

Inshaa Allah , aamiin..

Sebetulnya dalam perbualan singkat ini , maq nak beritahu kawan maq tu . Maksud 0rang tua lebih kuat berkerja dari orang muda itu ialah , orang muda  kerjanya lebih untuk  fokus persediaan dunia , sedangkan orang tua  pulak kerjanya lebih fokus untuk kehidupan diakhirat .."

Dalam usia kami sekitar 48 tahun ini , bila anak anak dah meningkat besar , keperluan kami dah berbeza. Si lelaki akan dianggap masih muda sedangkan si perempuan sudah pun tua .

Pada usia 48 tahun bagi seorang lelaki , dia baru nak mulakan kehidupan . Ini disebabkan mereka mendirikan rumah tangga agak lambat berbanding dengan kawan kawan perempuannya . Jadi usia inilah mereka baru belajar nak  besarkan anak anak , nak pikul tanggungjawab jaga keluarga , jaga orang tua . Dengan kos sara diri yang  makin hari semakin meruncing. Semua barang mahal dan semua hal kena berbayar . Jadi mereka pastinya kena kuat berusaha ,kena fokus setiap sudut yang mendatangkan hasil dan rezeki. Usaha kena ada setiap masa . So , sebab tu dia WAJIB anggap diri dia muda ! Masih bertenaga ! Kalau dia cakap dia dah tua , Allah hu , semangat orang tua ni lain macam sikit. Haha apa pun tak jadi nanti ?!

Dalam masa yang sama , bagi seorang perempuan yang berusia 48 tahun macam maq ini ,  yang sudah mendirikan rumahntangga diusia awal 20an ,  diri ini nak tak nak kena jugak  anggap diri dah tua , sebab bila sudah punya anak yg seperti hampir sebaya , sudah ada menantu , sudah ada cucu , makanya jika dia rasa dia muda , habislah .. Tak mustahil pandangan masyarakat pun jadi serong. Kadang tu kelaut. Baru nak touch up muka lelebih , nak dress up  upto date , nak aktif keluar masuk rumah jumpa kawan kawan , sudah kena kecam kat facebook , silap gaya keluarlah ayat berbunyi :

 " aku tengok , anak dara dengan mak dara dah tak dapat nak dibezakan dah sekarang ni "

Haha itulah masyarakat kita punya pandangan ! Mungkin mereka pelik atau mungkin mereka cemburu ? Jadi ,celah mana nya orang perempuan umur 48 tahun nak anggap diri dia muda ? No chance lah bro !!huhu untung lah jadi lelaki diusia 48 tahun , rugilah jadi perempuan  48 tahun .

Ya ke? Pada maq tidak !

Kekadang gaya pemikiran masyarakat  sangat mempengaruhi kehidupan. Ada orang cakap ,abaikan je kata orang ,nanti penat dia diam. Ha ,maq nak tanya ni ,  kalau dah jenis mulut dan mata tu suka perlekehkan hidup orang , anda rasa apakah dia reti istilah penat ?

...tidak jugak..


Kesimpulannya , bila kita anggap kita muda , tu tandanya kita kena fokus pada kerjaya . Kena ada semangat ,kena ada tenaga,kena rajin ,kena  fokus untuk hidup yang lebih sempurna  , manakala bila kita anggap diri kita tua , kita lebih fokus pada amalan , iman dan takwa , kena banyak tahu pasal hukum hakam agama  yang kekadang kita terlepas pandang. Sebab bila ingat dah tua ,automatik kita akan ingat mati ! Nak ke mati tanpa bawa bekalan ?? Mesti tak nak kan ? Dan pintu taubat masih terbuka lagi tu maq ..



Nota kawan tua : berusahalah bagaikan kita hidup 1000 tahun lagi dan beramallah bagaikan kita akan mati esok hari.

Waallah hualam .

8.2.17

Susu sejat ganti santan kelapa

Assalamua'laikum ..
Berkongsi kita sekali lagi . Kalini maq nak beritahu ,hampir 2 tahun dah maq tukar santan kelapa dengan susu cair. Susu dalam tin tulah . Harga dalam anggaran rm 2.60 setin. Yang biasanya orang guna untuk buat koktail , buat ABC , buat kek , puding dan bagai lagi . Semua jenama boleh guna , asal anda mampu beli . Maq biasa guna jenama ini.



Okey Maq ada beberapa soalan yang perlu dijawab.

πŸ’œBoleh ke maq kalau dibuat masak untuk gantikan santan ?

Jawapan maq : semua jawapan ada padamu.. - lirik lagu Aiman Tino pulak πŸ™Š- haha ya , memang boleh sangat sangat. Maq masak kari guna susu ni , masak lomak cili api guna susu ni ,sambal goreng ,pechel , masak sayur goreng pun guna susu ini . Hasilnya ? Maq makan nasi dan bertambah nasinya,  Awesome !!

πŸ’œYakin ke hebat rasanya maq ?

Jawapan maq  : selera maq selera dinosour , sedap je πŸ˜‚ tapi selera cerewet encik suami pun boleh layan kot , so , memang masuk lah citarasanya .

πŸ’œKenapa maq pilih susu ni sebagai ganti santan kelapa?

Jawapan maq : maq tak reti drive kereta , tak reti bawa motor , tak ada basikal untuk dikayuh . Dan bila maq perlukan santan kelapa untuk masak , takda siapa nak tolong pergi kekedai untuk beli. Jalan mudah , maq akan beli susu sejat ini , kemudian buat stock . Bila perlu kan bahan , maq cuma perlu buka pintu kabinet dan bahannya sudah tersedia !!  Maq boleh lah memasak dengan penuh kasih sayang ,sebab bahan dah cukup !

πŸ’œApa kelebihan susu ini gantikan santan ea maq ?

Jawapan maq :
1 , santan cepat masam , susu ni kalau guna separuh , baki boleh simpan dalam petiais  ( diruang chill kat pintu petiais tu ) tak perlu dibekukan dan boleh tahan selama 3,4 hari ! Jimat kan ?

2 , santan mahal kok , sekilo santan kalau kat BP dah rm 7.00 /8.00 . Susu ini harganya hanya sekitar rm 2.60 / rm 2.80 setin . Kadang santan kotak pun berbau tengik ,hapak , tapi susu ni tak berbau dan less kolestrol . Jimat ? Selamat tak duit ?

3 , rasa masakan sama je kalau guna susu ni . Kari akan rasa kari ,masak lomak cili api akan rasa api , eh πŸ˜‚  akan rasa yang serupa lah.  Masak sayur peria goreng , curahkan susu ni , sayur tetap akan rasa peria . Tapi ingat ,jangan letak telur kalau dah letak susu ,nanti sayur peria anda takda kuah. Sebab telur tu dah serap susu .

πŸ’œSoalan akhir ,kalau masak nasik lemak ,boleh letak susu ni ke ganti santan ?

Jawapan maq  :  no you kennot ! Letak lah minyak ,macam maq  ajar masak nasi lemak asal boleh hari tu . Huh ! Letak susu nanti jadi bubur kacang tau lah.



Nota susu sejat :
Masak je apa yang anda rasa anda nak masak. Asalkan rasanya sedap , dalam masa yang sama anda dapat jimat duit belanja dapur , anak dan suami makan selera dari hasil air tangan anda . Elakkan kerap makan kat luar sebab kita tak tahu tahap kebersihan masakan tersebut. Lagi pun zaman serba serbi naik ni , tukang masak perlu bijak ,perlu kreatif . Janji jangan terjebak πŸ™ˆ ! Haha  Sekali sekala tak apa la !

Roti buat alas perut



Assalamua'laikum ..

Batu Pahat hujan ! Alhamdulillah . Line internet pun  jadi lah perlahan petang ni , Alhamdulillah . Dan bila hujan perut pun jadi makin nakal . Asyik minta diisi . Pergi dapur rebus telur , dah masak ,hancur hancurkan , campurkan mayonis dan lada hitam , kemudian kacau sebati. Letakkan telur yang sudah bercampur mayonis dan lada hitam tu keatas kepingan roti . Lapik dengan roti diatasnya dan potong .

Dan terhasil lah ini !



Nama sandwich : Sandwich telur mayonis berlada hitam yang bersatu tanpa rasa bersalah .


 Okey ,lepas ni kita nak kena sebut apa ? Ya , sebutlah Alhamdulillah ...

Nota roti :
Orang tua tua zaman dulu ada cakap , kalau malu nanti lapar , tapi maq ini orang tua zaman sekarang dan maq nak cakap ..

" kalau malas ,jawabnya lapar lah memanjang "



Sembang pasal mikro wave terjebak



Assalamualaikum..
Petang yang mendung di daerah Batu Pahat. Nak ajak anda sembang petang ni sambil layan anak bongsu maq buat homework. Rajin sungguh budak tu ,maklom nak ambil PT3 tahun ni. Semoga dipermudahkan semua urusan beliau, aamiin.

Okey , bila kita sentuh  pasal promosi dipusat beli belah , ramai orang berebut nak tahu barang apa yang dapat potongan harga tu. Kekadang , barangan yang dipotong harga tu tidak lah mustahak sangat untuk kehidupan seharian tapi oleh sebab harga selepas diskaun  jauh lebih murah dari harga asal , makanya pun terjebak beli lah. Dengan alasan , nanti nak guna senang ,barangnya dah ada ! Bijak sangat sangat kan ?!😍 macam ayat pada 'description' blog maq tu .

 "Kita kongsi pada apa yang kita tahu , yang kita tak tahu , kita tanya ".

Okey ada yang bertanya di group masak masak kat facebok tu, mikro wave model ini  masak apa yang boleh ? Nak adjust apa ? Berapa lama masa nak memasak ? Ayam ,ikan , daging boleh masak dalam ni ke ?  Tanyalah banyak banyak ,bukan kena GST pun . πŸ™Š


Hasil jebakkan !
ingatkan Samsung buat handphone je kihkihkih


Bawah ini adalah yang boleh dan yang tak boleh untuk mikro wave  jenama Samsung model seperti diatas .


🌷  - kalau bakar ayam ,  set kan suhu kepada 450 dan masanya kepada 30-40 minit. Tapi lepas 20 minit  kena check jugak  takut hangus.

🌷 -  kalau  bakar ikan  letak minyak campur gula sapu kat ikan tu dulu, then bakar suhu 450 juga, dengan masa 20-30minit sambil2 check  takut ovecook.

🌷 - jenis ni boleh masak ayam daging etc. Tapi hasilnya tak macam dimasak cara bakar.  Kukus kek pun boleh , lagi cepat. Tapi hasilnya macam kek kukus yang kering.

🌷 -jangan guna bekas seperti  loyang, bekas melamin  nanti rosak mikro wave tu , LEBIH BAIK guna mangkok  atau bekas dari produk tupperware , atau bekas yang ada gambar micro wave atau kaca padu .

Nota mikro terjebak :
Sebetulnya , ini  model terdahulu dari Samsung  ( lihat gambar diatas ) , tapi disebabkan  harganya murah dek harga promosi ,makanya ramai yang dah terrrr beli. Tapi tak tahu nak guna bagaimana . Maq pun terrr jugak . Dan dalam terr beli  , maq pun dah terrr tahu sikit sikit macamana nak guna mikro wave untuk model ini . Semoga info sembang petang ni berguna untuk anda yang dah terrrr tu .πŸ˜‚

Adakah mereka bersaudara?


Assalamualaikum ..

Alhamdulillah wasyukurillah . Masih mampu meneruskan sisa usia yang masih ada . Sehari lagi umur bertambah . Dan kelihatan masih ayu 😍 ..huh perasan hehe

Semalam punya semalam , maq ada terjumpa sesuatu yang asalnya macam lawak , tapi bila difikirkan , ee lawak ke ?

Bila maq gunakan  nama sebenar maq sebagai nama untuk facebook , rupanya ada nama yang serupa ! Ke sahihannya sangat sangat memeranjatkan jiwa nurani maq !

Nama sebenar di my kad ialah Noraini Bte Rokani !

Okey , dulu dulu ,kata abah , nama Rokani tu ,asalnya nak diberi sebagai Rohani , tetapi apabila arwah datuk pergi daftar surat kelahiran , al maklom orang Jawa , idghram dia lebih pada huruf  H , dan dengan izin Allah Rohani terjadilah Rokani .

( cuba sebut loghat jawa sikit ,mesti sempoi je bunyinya  πŸ™Š )

Dan , dulu dulu jugak ,maq dan adik adik berfikir ,ah mungkin abah kita je bernama Rokani sebab silap pada sebutan H oleh arwah atok. Tetapi , bila maq terjumpa sesuatu semalam , maq terus terkejut ayam belanda !! Bukan terkejut berok ya .. ce tengok ni ha ..


Facebook ni semua orang tahu milik siapa ,kan?


Bagaimana dengan yang kat bawah ni???



Dan siapa pulak yang ini ???


Ohh tidak ! Pada mulanya maq memang tak dapat terima semua kenyataan . Fakta yang selama ini abah cakap arwah atok salah daftar disebabkan pertuturan idghram lebih pada H , sangat sangat tidak menepati  polisi fakta mahraj huruf !!

Haha saya bantah yang arif !! πŸ˜‚ saya fikir abah saya sorang je Rokani kat Malaysia ni yang ariff ! Oh no !! Tamak rupanya saya ini !

Apa pun , jujur maq beritahu , Noraini Rokani yang gambar profile facebook nya  jalan menuju hujung dunia tu , adalah BUKAN maq !! So , jangan salah add atau curiga dengan profile itu . Rasanya tu akaun orang muda kot .Gadis gadis gitu .πŸ™Š Dan siapa lah pulak Aisyah itu ? Adakah mereka bersaudara ? Kalau dalam  keluarga maq , realitinya , Aisyah itu cucu kepada encik Rokani . Haha πŸ˜‚πŸ˜‚ gawat  gawat ..

Abah ... Abah ada kembar rupanya .



Ahha , inilah my hero for ever ,my abah , my lelaki pertama lepas pertama kali maq celik mata . Encik Rokani 😍 . Disebelah beliau itu kekasih awal dan akhirnya .. Puan Jamilah 😘 . Allah tolong jagakan mereka berdua untuk  saya ya . Aamiin..

7.2.17

Khasiat Lobak putih

Assalamua'laikum..

Selamat tengahari. Alhamdulillah selesai sudah acara rutin maq iaitu aktiviti  masak memasak untuk harini. Harapan tukang masak , masakan kali ini menepati selera tukang makan. Siapa itu tukang makan ? Pastinya encik suami dan anak anak.

Anda tahu lobak putih ? Sepupu kepada karot ? Cucu kepada kentang holand dan suku sakat keledek ? Kalau tak tahu mari lihat gambar dibawah yang maq ambil dari google .


Itulah lobak putih. Maq biasa makan sayuran ini hanya  ketika dalam pantang. Ya , katanya lobak putih boleh menyebabkan air susu banyak.  Maq tak nak complain banyak , tapi air susu maq ketika masa dalam pantang ,memang banyak ! Makanya berkesan tak hasil kerja lobak putih ? Ha , jangan fikir banyak ,nanti macam macam terbayang diminda anda itu ..πŸ™Š

Harini sekali lagi , maq masak lobak putih . Selepas hampir 15 tahun tidak berpantang .  Eh !! Apakah maq dalam pantang sekarang ni ? Aip..aip ..no way man 😠. Semua itu dusta !

Kali ini maq masak lobak ini atas khasiatnya yang lain pulak . Katanya lobak putih boleh melawaskan pembuangan 'urine' kita . Apa itu urine ? Pastinya air kencing . Orang yang sudah berusia macam maq , (ceh , tetiba ngaku tua πŸ˜‚) kadang kala mengalami masaalah kencing tak lawas . Ini boleh memudaratkan pundi kencing  kerana penyakit batu karang berpunca dari air kencing yang terperam lama dalam pundinya . Nak tahu lebih lanjut? Sila search google 😊.

Perpatah berkata , cegah itu lebih baik dari mengubati , jadinya sekarang ni , untuk mengelakkan sebarang penyakit berkaitan , maq pun jadikan lobak putih antara sayur  yang wajib di masak dalam seminggu . Ha, seminggu sekali pun sudah memadai kot. Hari hari nanti , muka pun dah macam lobak . Ha , sumpah tak comel lah !

Menu hari ini :

"Lobak putih masak lemak persis cinta si pari pari". Ha , menangis nak sebut nama masakan nya , tu belum rasa lagi haha.  Bahan bahan  sama macam dalam gambar bawah ini.
*lobak putih 1 biji
*bawang besar 1 biji
*cili padi pedas berdenting 4 biji
*bawang putih 3 ulas
*susu sejat setengah tin


Caranya : tumbuk semua bahan ,kecuali lobak putih dan susu sejat . Letakkan 2 sudu makan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk , agak dah garing ,masukkan lobak , susu dan  balik balikkan . Bila dah  3suku masak , lobak dah empok , masukkan garam  dan sesuaikan rasanya . Siap !
Dan hasilnya lihat gambar dibawah . Maq tambah sedikit air sebab nak sayur berkuah lebih . Mudah kan ?



Nota lobak :
memasaklah dengan penuh kasih sayang . Tak perlu lauk yang mahal dan mewah . Lauk murah murah pun akan buat nasi seperiuk habis jika masakan menepati citarasa si tukang makan. Yang penting , perut kenyang , kesihatan terjaga dan badan sihat cergas . Hari hari boleh senyum 😊😊😊😊

Selamat mencuba !

Rencana hebat Allah


Assalamua'laikum...

Rencana Allah SWT lebih hebat.Apa yang diharapkan oleh seorang hamba boleh jadi hal itu sesuatu yang buruk baginya.

Sebaliknya, apa yang tidak diharapkan boleh jadi itulah yang terbaik untuk kita. Perhatikanlah firman Allah SWT yang mulia ini:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal itu amat buruk bagimu. (Mengapa?) Allah maha mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS. Albaqarah: 216).

Ayat ini mengajarkan kepada kita bahawa, rencana Allah SWT terhadap diri kita lebih hebat dari rencana yang kita buat. Oleh sebab itu, logik jika kita dilarang berhenti berharap kerana hal itu tidak akan mendatangkan kebaikan apapun.




Nota maq : semoga bermanfaat buat sesama kita 🌹

Kerja baik pulih blog


Assalamualaikum ..

Ha , pagi ini lepas semua kerja rumah dah siap , maq merayau dalam blog sendiri. Kalau anda perasan , ada lah terkeluar post post lama yang maq kemas kini isi kandung nya. Ada juga post yang maq delete , sebab macam tak ada point je nak simpan. Apa pun , maaf ya kalau anda rasa pelik , jumpa entri maq zaman dulu tu. Mungkin 2012 dah ter up date harini . Sorry sangat sangat .


Cuba tekan key merah tu , function tak ? πŸ™Š


Sebetulnya , maq nak buang setiap entri yang mana gambar gambarnya yang terpadam dulu tu. Al maklom dulu dulu jenis gelojoh dan tidak berapa arif pasal blog ni. Nak padam yang tak perlu , terpadam semua . Hehhe anggap je semua yang berlaku itu ada hikmahnya . Positif ya maq ! 😊

Pesanan jiwa


Assalamua'alaikum ..

Alhamdulillah wasyukurillah. Allah beri peluang sehari lagi bagi kita teruskan kehidupan dibumiNYA. Untuk peluang yang sedia ada ini , kita seharusnya berusaha selangkah lagi menjadi hambaNYA yang lebih baik dari semalam.

 langit pukul 8.30am  dipantai Purnama , PD
Subhanallah


Perkongsian seorang sahabat maq di group whatsapp : Tiada yang lebih baik di dunia ini ketika seorang manusia menjadi manfaat bagi manusia lain di sekelilingnya.

Bila tak mampu menjaga lisan, diam itu mungkin yang terbaik.

Biila tak mampu menjaga perbuatan, gantilah berdiam diri dengan zikir.

Sesekali tidak akan rugi orang yang berbuat baik dan berkata baik bahkan ia akan menjadikan jiwa kita bererti dan tenang.

Subhanallah
Alhamdulillah
Laa ilahaillallah
Allah Huakbar

Nota sahabat :
Terima kasih Ustazah Normaizan kerana terlalu kerap berkongsi yang baik baik kepada sahabat yang lain. Mungkin anda hanya copy dan paste , walaupun kesannya orang tak nampak saat ini tapi jariah anda ,inshaa Allah anda bakal peroleh 'disana' nanti. Selagi amalan itu dilakukan oleh sahabat lain secara berterusan , selagi itulah jariah anda berjalan. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana menemukan maq dengan sahabat seperti ini.

Sumber dari:
GW " Biro Wanita Bukit Perdana "

6.2.17

Naik pangkat lagi


Assalamua'laikum ..

Bila  Akak ( anak maq yang sulong , yang baru bernikah disember 2016 lalu) sudah mention maq di timeline facebooknya yang beliau nak sangat makan sup tulang. Maq jadi pelik . Sebabnya Akak ni memang tak minat sangat masakan berasas dengan haiwan berkaki 4 sebelum sebelum ni . Seperti kambing ,lembu dan yang seangkatan dengannya. Pastinya haiwan yang halal lah kan . Tapi kenapa kali ini siap mention maq lagi?

Okey atas pengalaman otai masih berbisa ini ,tak perlu pelik sangat ya maq , kerana ini adalah permintaan istimewa. Ha , setapak lagi pangkat maq akan naik. Dimulakan dengan :

*menjadi seorang  isteri pada usia 24 tahun,

*kemudian menjadi ibu pada usia 25 tahun,

*kemudian menjadi ibu mertua pada usia 47 tahun ,

*dan kini bakal menjadi seorang nenek pada usia 48 tahun?!

why so muda this nenek ? sepupu maq dari Singapura seakan tidak percaya. Sebetulnya bukan dia je yang tidak percaya ,maq pun macam tidak mahu percaya. Argh !! maq akan jadi nenek ? WHY ? WHY? Hahaha orang tua ini tak sedar diri le tu!

Apa yang maq cuba bayangkan kelibat seorang nenek itu ,sepertinya  ; Diatas kepala ada uban sikit sikit , jalan membongkok sikit sambil pegang tongkat kepala tengkorak, muka ada sikit garisan kedut yang tidak boleh di ' iron'. Gigi ada 2,3 batang guna fake gigi  ( gigi palsu lah ) oh no !!! bayangan maq adalah kelibat seorang nenek kebayan ! adeh ..kejam sungguh minda ini.

Tapi ini 'nenek maqnie' der , masih pakai instant shawl , pakai lips gloss , kekadang pakai lipstik merah nyala nyala gitu , pakai masker sebelum tidur malam , layan JOOX lagi , kekadang tengok movie cinta jugak ,kihkihkih mana mungkin..

Ala maq mentel lah , sengaja lah tu tak nak terima kenyataan . hahaha  sesaorang sudah menyakat.


Sebenarnya gurau jelah.  Siapa tak nak timang cucu waktu usia muda gini ye tak ? semua tu rezeki dari Allah. Dah tertulis dari azali yang maq bakal nimang cucu pada usia 48 tahun , kenapa nak kecoh kecoh lagi , nak bayangkan tongkat kepala tengkorak bagai , sebut jelah ALHAMDULILLAH , syukur kehadrat Allah atas tiap pemberianNYA.

Harapan maq , Allah jadikan keturunan maq selamanya menjadi keturunan anak anak yang soleh dan solehah . Yang sentiasa fokus dalam amalan solat dan menurut semua tuntutanNYA. Tahu hormat orang lain dan berjaya dikehidupan dunia dan akhirat.. Amiin ya Robbal alamin.

Makanya , bila dah kena mention di facebook, keesokkan harini , maq dan si Mak Buyung tu pun pergilah ke pasar yang menjual tulang kambing di bandar BP tu . Dan terhasillah sup tulang yang bernama '' sup tulang , kasihnya  ibu sampai ke syurga ''.  Gambar sup tu ada kat bawah ni ha.. *punyalah panjang nama sup dia kan hehehe nak lawan nama nasi lemak le tu*

'rempah sup kena kurangkan sebab along tak suka bau rempah mamak '

Nota nenek 48 :

Siapa pun kita , apa pun panggilan untuk kita , kita masih tetap kita . Orang muda layak hormat orang tua , orang tua layak teruskan menyayangi orang muda dengan kasih sayang paling ikhlas. Jangan give up hulur nasihat jika mereka lupa atau silap. Sesungguhnya seorang anak memerlukan doa ibunya ketika ibunya masih hidup manakala seorang ibu memerlukan doa anak nya ketika dia sudah 'pergi' ... Pesanan ini buat diri maq yang juga bergelar seorang anak .

wassalam ...