Apa function PM Tepi?


Assalamualaikum ..

Salam penuh kebahagiaan.  Syukur Allah bagi peluang sehari lagi disini. Esok ? Waallahualam.

Manusia dan kematian itu adalah bersaudara. Bersaudara itu maknanya jika ada manusia ,makanya adalah kematian. Jika harini Allah panjangkan umur kita sehingga 48 tahun , tu maknanya sudah 48 tahun kematian menanti kita. Sila hadam ayat maq ini. Kalau silap,mungkin pendapat kita berbeza dan itu perkara biasa sebagai manusia. Zahir je serupa , pendapat berbeza beza .  So , jangan kita cuba perlekehkan idea orang lain kerana itulah hak dia. Cuma..jika pendapat dia bertentangan dengan hukum Allah ,haruslah ditegur.

 Bagaimana nak tegur ?

Ya , ini yang maq cuba nak kongsikan. Cara menegur kawan yang silap di group whats app , group parti pinggan mangkok , group jual online , group kaki movie , group kereta api , atau apa apa je jenis group sekali pun.

Sering kita jumpa kawan yang suka menegur kawan yang lain didalam group dialam maya ini. Walaupun kawan yang ditegur itu ternyata buat salah 100% dari segenap sudut sekali pun , anda sebenarnya tidak layak menegur dia didalam group atau dihadapan kawan kawan lain yang kadang tu hanya memerhati .

Apa function  ayat " pm tepi " yang sering diguna pakai dialam maya era terkini ini ? Ha , gunakan lah !!  Jika anda seorang sangat pakar sekali pun , amalkan lah amalan pm tepi untuk menegur . Bukan direct dalam group , bukan dikomen status facebook dia , bukan di komen tweet dia , bukan di komen moment wechat dia.

Ya , dia manusia yang punya hati dan perasaan . Mungkin dia silap , mungkin dia hanya copy and paste , mungkin dia tidak perasan atau mungkin dia memang sengaja sekali pun , tegurlah dengan berhemah , barulah anda nampak lebih hebat dan pro!

Kita jaga aib orang , Allah jaga aib kita .

Bila ditegur di depan orang ramai , dia mesti rasa malu , anda puasati kah dia dimalukan ? Ha , berbalik pada niat asal . Kita tegur dia kerana dia silap , tapi jangan sampai nak betulkan kesilapan orang lain , orang lain lain pulak nampak kesilapan anda. Ha , rugi je kan.


Lepas ini ingatlah , jika nak menegur , gunakan lah istilah PM tepi . Tapi jangan pm tepi ajak bergossip ahhaa , tak jadi pulak pahala nak masuk stock nanti , aiyokkk ! πŸ˜€





Nota hati : Pesan untuk diri sendiri , jangan rosakkan hati anda hanya semata mata anda rasa anda bijak. Setiap orang cuma ada 1 hati , dan sakitnya tu selalu disitu .

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi