28.2.17

Muslim Pro


Assalamualaikum ...

Bila serba serbi dah canggih ni , maq pun terikut ikut juga untuk menambah ilmu siber dengan berbagai aplikasi di playstore tu. Tapi maq bukan cari game atau smule yang melekakan tu ya, ha sebagai women 40 an yang senantiasa  suksess , game tu bila tengah bosan kering baru maq layan . Kalau tidak , ada lain lagi yang maq akan cari bila online. Salah satunya Muslim Pro.

Mungkin ada diantara anda yang dah tahu pasal Muslim Pro. Aplikasi mengenai ibadah harian kita . Aplikasi ni anak bongsu maq yang perkenalkan kat maq 2 tahun lepas , rupanya mereka dah install lama dah , huhhu , orang dah tua katakan , tak tahu ada lagi aplikasi lebih memberi manfaat selain facebook dan twitter. 🙈


Pada yang belum kenal apa itu Muslim Pro ,mari maq kongsikan dibawah ni. Aplikasi ini mengandungi :

1 - info masuk waktu solat .

Anda cuma perlu masukan lokasi anda berada waktu itu , dan hasilnya anda akan dapat tahu bila masanya masuk waktu solat ditempat tersebut . Dan ada amaran masuk waktu yang anda boleh setting kan . Penggera boleh bunyi pada 15 minit atau 30 minit sebelum waktu solat tiba. Tepat pada masanya nanti, akan kedengaran suara azan yang menandakan telah masuk waktu solat ditempat anda itu,


2 -  penunjuk arah kiblat.


Bila kita berada disatu kawasan yang asing ,kita boleh buka penunjuk arah kiblat . Settingkan lokasi anda berada , dan lihat jarum kompas yang bergambar Kaabah tu , ha ,itulah arah kiblat . Dalam gambar tu arah kiblat dari rumah maq . Lain lokasi ,lain arahnya ya.


3 - mencari kawasan solat yang berdekatan.


Anda boleh cari surau ,masjid yang berdekatan dengan tempat anda berada waktu tu. Contoh di tempat maq , Taman Bukit Perdana , nah , itulah kawasan tempat yang boleh digunakan untuk jadi tempat solat , antara nak pergi dengan tak je ya. SubhanaAllah , sungguh mudah zaman ni nak buat ibadah. Terutama orang lelaki , kemudahan hanya dihujung jari. Cuba tengok ,jari ada rokok tak tu , 🙊


4 - kawasan tempat makanan halal.


Anda juga boleh kesan mana mana kedai makanan halal yang berada dikawasan anda berada, hanya set kan lokasi macam biasa, akan keluarlah senarai kedai makan halal Malaysia di skrin smartphone anda. Mudah tak? Opss .. nasi lemak anak dara takda dalam list atas tu la pulak. Itu list kedai makan kat area maq tinggal la.


5 - Al Quran sehingga 30 juzuk.


Muslim Pro mengandungi  30 juzuk al Quran yang bertajwid , siap dengan maknanya sekali dan ada juga bacaan dalam bahasa melayu sebagai rujukan . Kita juga boleh download suara untuk bacaan surah yang kita kehendaki. Sangat sangat mudah.  Anda boleh baca dimana juga , asalkan jangan masa berhadas besar. Dalam kereta pun boleh baca , tapi dengan syarat anda bukan driver kereta itu 🙊.

Lain lain menu yang anda boleh dapati dalam aplikasi ini ada dibawah ini. Okey ,selamat mencuba. Benda baik jangan abaikan ya. Ingat , ambil yang positif , inshaa Allah semuanya akan baik baik sahaja.

Nota perempuan muslim : kalau anda dah masuk bahagian alQuran tu , anda off data pun masih boleh scroll sampai mana anda mampu nak baca . Ha ,menarik tak ? Semoga dipermudahkan .




- pesanan ringkas yang berbagai gambar menarik.



- hajat yang akan diaminkan oleh puluhan pengguna lain.


-kalender dalam tahun hijrah

- Doa Doa harian.

-  tasbih.

No comments: