Saya cikgu yang gagal


Assalamualaikum ..

Hari jumaat kalini maq tak dapat pergi ke kelas fardhu ain seperti jumaat yang lepas lepas. Jiran yang selalu pergi kelas dengan maq tu tidak sihat harini. Untuk maq pergi sorang  diri , agak mustahil kerana maq serik . Selepas kena gossip beberapa tahun lepas hanya kerana maq keluar rumah sendirian . Sedangkan waktu tu maq keluar semata mata untuk ke majlis yasin. Itulah perempuan , langkahnya  tidak sebebas lelaki. Silap langkah , niat baik dapat padah. Okey , maq benar benar dah serik !


Bila dah tidak keluar rumah , aktiviti lain pada hari jumaat ialah pantau anak bongsu buat kerja sekolah . Lihat gambar atas tu . Sebenarnya ada kisah disebalik gambar diatas. Mari maq bisik bisik , ni rahsia kita kita je ya. 😁

Kalau anda nak tahu , sejak dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 , maq hanya belajar dalam aliran Sains Rumah Tangga. Belajar masak masak ,jahit jahit , hias hias rumah ,  senang cakap ,waktu itu maq hanya tahu semua ilmu urus rumah tangga sahaja ,lain lain ilmu tak tahu menahu.

Kemudian naik tingkatan 4 dan 5 , maq dimasukan ke kelas aliran Sains . Belajar biologi , kimia ,fizik dan add math .

Bila orang tua tak mampu nak sambungkan  pelajaran maq ke peringkat lebih tinggi , maq sambung belajar  kat Mitsumi sdn bhd (haha ni kerjalah bukan study ) . Ya ,maq terus berkerja sebab dulu memang tak ada kemudahan seperti PTPTN yang  membolehkan pelajar kurang mampu meneruskan pelajaran.

Lepas beberapa tahun jadi minah karen ,akhirnya maq study dalam bidang rumah tangga sekali lagi ,tapi kali ni lebih mencabar sebab kena belajar buat dan jaga anak anak . Lumayan dong 😂 .

Okey untuk jangka masa yang diambil dari tingkatan 1 hingga jadi emak orang ,memang takda pun maq cakap maq belajar seni kan ? Takda kan ? So maknanya bila takda belajar ,maq memang tak pandai part lukis lukis kan? Maq boleh melukis , tapi mewarna maq memang gagal !

Nak jadikan cerita disebalik tabir , anak bongsu maq tadi tu , seboleh boleh suruh maq ajar dia buat lukisan atas tu . Hahaha ya ampun . Nak buat macamana?  Cahaya arah mana? Cerah kat mana? Gelapnya kat mana? Samar samarnya besar mana? Allah huakhbar .. Besar sungguh dugaan harini.

Maq cakap , buat je lah apa yang dia termampu , takkan nak all out kalau itu bukan kuasa upaya minda dia. Tapi sambil nangis dia jawab .

" dah buat dah , tapi cikgu bagi A- ,dan cikgu suruh buat semula ... "

Ya Allah.. Dia tak puas hati dengan A- , maknanya dia nak buat yg kali ni untuk A++kah ?

MasyaAllah..

Inilah perangai anak bongsu maq ini. 24jam asyik nak kan yang terbaik. Aduh mana ada yang sempurna 100%  dalam dunia ini kecuali 100 plus ! 😂

So , cara maq menangani masaalah beliau , maq cakap , stop melukis dulu , buat kerja yang lain lain dulu. Rehat kan minda dan mata . Nanti malam sambung lagi sebab esok masih ada waktu untuk dia sambung kerja sekolah itu.

Ya ,alhamdulillah ,kali ini dia dengar pesanan maq ,sama ada dia ikut cakap atau dia dah mula give up, waallah hualam. Itupun entah berapa cawan airmata dah tumpah , sudah beberapa helai kertas lukisan dah koyak , entah berapa batang pensil dikorek .😆


Taddaa.. Semua letak tepi dulu ya !  ✔

Ya , bila kita rasa terlalu  terbeban dengan sesuatu kerja dan tugasan , nanti satu idea pun takkan datang dalam otak kita yang kecil dan lembut itu. Sebab ianya terlalu letih untuk berfungsi. Sel sel otak jadi lemau dan kesan nya kita akan buntu ! Naik angin ,marah marah dan akhirnya menangis. Senang cakap , kita akan jadi stress !


Kalau dah merajuk , semua tak kena dimata dia . Aduhai lah anak.


Nota student tua : Untuk pelajaran awak pada zaman 2017 ini , sejujurnya maq mengaku , maq gagal menjadi 'cikgu ' yang baik untuk awak . Maafkan maq. Sistem pelajaran kita jauh berbeza dan maq memang tak reti mewarna lukisan tu ..

😭😭😭 i am sorry ..

Comments