Saya sayang gigi saya


Assalamualaikum,
Gambar atas merupakan aktiviti pertama maq hari ini.
Minima , setahun sekali maq akan berkunjung ke sini.
Buat apa ya?

Bila orang ramai  asyik pertikaikan
 harga pemeriksaan gigi di klinik gigi kerajaan dinaikkan ,
maq sekali lagi ke klinik ini.
Membelai gigi yang dah berusia hampir 48 tahun ini yang tetiba sompek.
Dan hasil pemeriksaan , doktor cakap
" gigi puan masih ok lagi , yang pecah cuma perlu ditampal.
Dan tak perlu dicabut."
Alhamdulillah...

Selepas 2jam menunggu proses ,
Bila selesai semua , maq pun di kenakan bayaran rm 3.00.
Tunai ! πŸ˜…

Nota gigi :

Februari 2017 , harga masih sama tapi march 2017 maq tak pasti.

Seawal 7.30am ramai dah orang menunggu giliran dan majoriti kaum Cina yang datang buat rawatan . Sejak dulu memang pemandangan ini yang maq lihat.  Kaum maq semua giginya ok kot, sebab tu tak ramai buat rawatan.

Sayangi gigi anda , buat rawatan minima setahun sekali. Jangan tunggu dah sakit baru nak belai belai di klinik.

Proses pemeriksaan nampaknya sudah di naik taraf. Didahulukan dengan pemeriksaan saringan tekanan darah kemudian pemeriksaan awal , selepas tu baru proses rawatan yang sebenar dilakukan. Apa pun , tahniah doktor , anda memang "caring" ..


Komen maq ? Untuk Kementerian , Jika nak naikkan harga sekali pun , janganlah naikkan charge kat klinik pergigian tu tinggi sangat , nanti ramai tak nak pergi buat rawatan. Dan ajarlah doktor bangsa maq jadi doktor gigi ramai ramai , seriau pulak rasa bila belai gigi dengan 'orang lain' ni.


Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi