Sembang khamis


Assalamualaikum ..

Selamat pagi . Bila umur makin bertambah , umur juga makin berkurangan. Kita tak tahu bila berhentinya perjalanan ini . Esok ? Lusa ? Atau kejap lagi ? Semua itu telah tertulis dalam diary hayat kita tapi hanya Allah je yang maha mengetahui akannya. Tugas kita cuma melengkapi setiap garis panduan hidup , berlandaskan hukum hakam agama dan peraturan dunia.



Bila sembang dengan kawan kawan sebaya, Maq cakap jadilah orang tua , sebab orang tua lebih kuat berkerja dari orang muda . Seorang sahabat maq beri pendapatnya .

Kata beliau "  orang tua tua dah pencen tu ,aku tengok melepak je kat warung. Itulah time diaorang rehat , dan hanya tunggu duit pencen"

Jawab maq : kat rumah kita tak tahu diaorang buat apa..

Kata beliau : nak kena tau ke apa diaorang buat?

Jawab maq : of kos , buat pedoman kita kelak..

Dan dengan bebesar harapan beliau beri ayat ni :  inshaa Allah kalau diizinkan , panjang umur  ,jumpalah kita pengalaman tua tu . Bila tunggu anak membesar , tak sedar  kita dimamah usia .

Inshaa Allah , aamiin..

Sebetulnya dalam perbualan singkat ini , maq nak beritahu kawan maq tu . Maksud 0rang tua lebih kuat berkerja dari orang muda itu ialah , orang muda  kerjanya lebih untuk  fokus persediaan dunia , sedangkan orang tua  pulak kerjanya lebih fokus untuk kehidupan diakhirat .."

Dalam usia kami sekitar 48 tahun ini , bila anak anak dah meningkat besar , keperluan kami dah berbeza. Si lelaki akan dianggap masih muda sedangkan si perempuan sudah pun tua .

Pada usia 48 tahun bagi seorang lelaki , dia baru nak mulakan kehidupan . Ini disebabkan mereka mendirikan rumah tangga agak lambat berbanding dengan kawan kawan perempuannya . Jadi usia inilah mereka baru belajar nak  besarkan anak anak , nak pikul tanggungjawab jaga keluarga , jaga orang tua . Dengan kos sara diri yang  makin hari semakin meruncing. Semua barang mahal dan semua hal kena berbayar . Jadi mereka pastinya kena kuat berusaha ,kena fokus setiap sudut yang mendatangkan hasil dan rezeki. Usaha kena ada setiap masa . So , sebab tu dia WAJIB anggap diri dia muda ! Masih bertenaga ! Kalau dia cakap dia dah tua , Allah hu , semangat orang tua ni lain macam sikit. Haha apa pun tak jadi nanti ?!

Dalam masa yang sama , bagi seorang perempuan yang berusia 48 tahun macam maq ini ,  yang sudah mendirikan rumahntangga diusia awal 20an ,  diri ini nak tak nak kena jugak  anggap diri dah tua , sebab bila sudah punya anak yg seperti hampir sebaya , sudah ada menantu , sudah ada cucu , makanya jika dia rasa dia muda , habislah .. Tak mustahil pandangan masyarakat pun jadi serong. Kadang tu kelaut. Baru nak touch up muka lelebih , nak dress up  upto date , nak aktif keluar masuk rumah jumpa kawan kawan , sudah kena kecam kat facebook , silap gaya keluarlah ayat berbunyi :

 " aku tengok , anak dara dengan mak dara dah tak dapat nak dibezakan dah sekarang ni "

Haha itulah masyarakat kita punya pandangan ! Mungkin mereka pelik atau mungkin mereka cemburu ? Jadi ,celah mana nya orang perempuan umur 48 tahun nak anggap diri dia muda ? No chance lah bro !!huhu untung lah jadi lelaki diusia 48 tahun , rugilah jadi perempuan  48 tahun .

Ya ke? Pada maq tidak !

Kekadang gaya pemikiran masyarakat  sangat mempengaruhi kehidupan. Ada orang cakap ,abaikan je kata orang ,nanti penat dia diam. Ha ,maq nak tanya ni ,  kalau dah jenis mulut dan mata tu suka perlekehkan hidup orang , anda rasa apakah dia reti istilah penat ?

...tidak jugak..


Kesimpulannya , bila kita anggap kita muda , tu tandanya kita kena fokus pada kerjaya . Kena ada semangat ,kena ada tenaga,kena rajin ,kena  fokus untuk hidup yang lebih sempurna  , manakala bila kita anggap diri kita tua , kita lebih fokus pada amalan , iman dan takwa , kena banyak tahu pasal hukum hakam agama  yang kekadang kita terlepas pandang. Sebab bila ingat dah tua ,automatik kita akan ingat mati ! Nak ke mati tanpa bawa bekalan ?? Mesti tak nak kan ? Dan pintu taubat masih terbuka lagi tu maq ..



Nota kawan tua : berusahalah bagaikan kita hidup 1000 tahun lagi dan beramallah bagaikan kita akan mati esok hari.

Waallah hualam .

Comments

Razif said…
Kipidap. Truskan berblog. Slalu juga ke cni. Maklumat yg bagus utk dikongsi bersama
MaQnie Rokani said…
Terima kasih Encik Razif. Inshaa Allah