Sembang tentang perkahwinan

Assalamualaikum

Alhamdulillah wasyukurillah. Sekali lagi bersembang di alam maya. bila maq kongsikan gambar dibawah ni dengan caption

' seakan licin saja lantai kehidupan pada riak wajah ,padahal berdarah tapak kaki menapak keruang bahagia itu'

seorang sahabat sekolah bertanya : apa maksud ' licin pada lantai kehidupan ? apakah yang nampak licin? maq pulak lupa nak tanya kat dia , apa maksud  soalan nampak licin dia tu?  , apakah pada dahi perempuan digambar itu atau licin pada umbun umbun si lelaki itu ?

Allah hu lupa sesangat..


Kehidupan itu bermaksud perkahwinan. Lantai licin tu maksudnya kehidupan yg sangat mudah , sepertinya rumahtangga tiada bermasaalah , hari hari suami dan isteri boleh tersenyum sampai telinga , rumahtangga setiap masa bahagia dengan gelak ketawa dan kasih sayang bersama pasangan. padahal ? apa maksud padahal ? maksudnya disebalik cerita sebenarnya adalah lain.

apa yang lain tu ?


Okey , bila sebut pasal kahwin , pasal rumah tangga ,semua orang nak bahagia sampai syurga. tapi tak semua orang berjaya tarik tangan pasangan dia masuk syurga , kekadang tu , sepertinya dia sorang je yg nak ke syurga , pasangannya tak payah ! Dibiarkan aja hanyut dengan tanggungjawab dunia yang tak pernah cukup. Ini sangat tidak adil.

Bila kita perhatikan masyarakat keliling , kes rumah tangga dah macam iklan kat tv 3 , kejap ada ,kejap ada ,kejap ada .  maklomlah kan , makin ramai yang mendirikan rumah tangga , makin macam macam karenah kita tengok . puncanya apa ?

Sebenarnya , bila perkahwinan masuk 5 tahun pertama itulah Allah bagi kita ruang untuk berkenal kenalan. kenal apa perangai pelik dia , dia tidur hasilkan melodi code apa , dia kentut bunyi tune apa , kapasiti bau badan dia bila baru bangun tidur macamana , gelojoh dia makan macamana , dan ada 1001 perangai dia yang selama bercinta tu yg dia sorok ,akhirnya kita tahu !

Adatlah kan , masa bercinta , lepas tu alam pertunangan , semua nak cover. nak jaga hati pasangan takut terlepas pulak kalau dah tau perangai pelik tu . Sebab tu kalau kita lihat banyak kekecohan ,keruntuhan rumahtangga berlaku pada 5 tahun pertama perkahwinan . Ini berlaku bila mereka tergolong dari golongan susah nak terima keburukkan orang lain. Mana yang kurang perihatin , maka perpisahan jalan terakhir , dan anak anak yang masih kecil jadi mangsa.

Dalam usia 10 tahun perkahwinan pulak , peluang Allah bagi ini adalah  waktu untuk kita perbetulkan kekurangan pasangan dan kekurangan kita . Kalau 5 tahun tu waktu untuk berkenalan , 10 tahun ini pulak , kita adjust dia ,dia adjust kita . Kalau ada anak ramai , masa ni lah dugaan kewangan jadi tunggak paling utama . Makan minum ,kos persekolahan , bil yang datang dari  macam macam sumbernya , lebih lagi dalam zaman serba serbi duit ,serba serbi berbayar. Kadang nak pecah kepala dok mikir celah mana nak dibuat lagi , semua duit ,duit ,duit . Tapi Alhamdulillah , di Malaysia ini kentut masih percuma !! Syukur sangat sangat . Tapi kadang 10 tahun berkahwin  sekali pun ,biar pun kentut percuma , isu kentut pun boleh jadi gaduh dan punca penceraian .

Allah huakhbar ,kejamnya ..

Pada 20 tahun perkahwinan , masa ni anak anak dah besar panjang ,  dah nak macam macam , nak sambung belajarlah ,nak kahwinlah , nak tunanglah , ya ! Sekali lagi rumahtangga diduga . Zaman serba serbi mahal ini ,bukan memain kalau cakap nak nikahkan anak. Buat majlis kecil kecil ,panggil orang surau baca doa selamat ,nanti orang cakap nikah atas sebab terdesak . Buat majlis ala kadar nanti orang cakap ,majlis asal boleh sebab ramai kawan kawan tidak diundang . Buat majlis besar besaran , sampai ke cucu pulak hutang tak habis bayar nanti. Adeh

Hello ..jemputan 350 kad pun dah mencecah rm 20K mak Jemah oii ! Ha , mana nak cekau duit kalau kerja kais pagi ,makan pagi ,kais petang makan petang ?  Boleh botak kepala emak bapak pengantin. Boleh bergolak laki bini bila nak pusing duit ,tapi duit apa pun tak ada. Dapat pihak lelaki yang understanding ,boleh lah bagi hantaran lebih , dapat yang berkira ??  Ada nanti dikata menjual anak !! MasyaAllah , minta dijauhkan lah ya. Fikirlah ya ayahnya , fikirlah ya ibunya ,apa nak buat pada hal  sulit macamni .  Tu belum mulut kiri ,mulut kanan dok perhati tak henti henti,

Kehkehkeh.. tampal tape tau lah πŸ˜‚


Pada 25 tahun perkahwinan pulak , bila cerita pasal gaduh susah lah kot , sebab nak menengking pun nafas dah semput haha , lagi pun gaduh depan anak anak , depan menantu ,depan cucu dah segan sikit lahkan . Nanti emak bapak bergaduh ,anak dengan menantu dok bercakau , ha!! Masa usia macam ni , maq cadangkan ,kalau ada tak puas rasa dihati ,baik selesaikan elok elok. Kalau tak mampu face to face ,baik whats app . Ha ..taip lah puas puas bagi dia tahu apa mahu mu .  Usia macam ni , gaduh tak perlulah lama lama , esok lusa belum tentu bernyawa . Dia silap ,kita tegur dalam gurauan atau dalam ciuman , amboi sweet gitu. 😍 nanti trylah wak eah . Ojo isin isin ..hehe

Pada usia perkahwinan 40 - 50 tahun ,masa ni kalau masih ada selisih faham tu pun masih adat lagi, mungkin pak cik terpandang  mak janda anak 5 tu secara tak sengaja , mak cik pulak terasa . Alahai terus jiwa tak selesa ,mulakan merepek , asyik berkata :

"Yelah ...saya dah tua , dah tak power . Awak jangan ngada ngada pak nya.."

Hahaha makcik oh makcik ,makcik jangan takut , kalau dah jejak  50 tahun hidup  bersama , ternyata pakcik memang setia dan pandang mak janda anak 5 tu sebetulnya dia lupa . Maklom orang dah tua , Fikirnya perempuan tu kawannya sekolah dulu dulu , nak diinvite masuk group whatsapp " buluh perindu ". Hehehe masa ni makcik dah tak boleh update tweet kat twitter macam selalu,  nak kecam pakcik curang bagai,  anggap je dia dah mamai , esok lusa tanah kubur melambai . Ajak je dia ke surau ,ajak je dia ke masjid  berjemaah ramai ramai . Ajak je dia pergi ke kelas agama . Doa kan aja cinta makcik dan pakcik kekal sampai syurga. Plan Allah sangat cantik , sebagai manusia kita hanya mampu berdoa , agar bahtera berjalan lancar. Kerana hanya dengan doa , takdir mungkin berubah. Wallah hualam.


Nota perkahwinan : bukan mudah nak jalani bahtera perkahwinan ini. Berkongsi segalanya  dengan orang lain yang belum dikenali. Janji terpatri dengan lafaz nikah ,berwali dan bersaksi . Ya ,jadikan perkahwinan itu seperti lantai yang licin ,biarpun tapak kaki dah berdarah darah untuk menuju ke ruang bahagia .

*ini pendapat maq ,bukan copy paste ,bukan perli ,bukan dengki. Bercakap atas pengalaman dan pemerhatian sendiri , jika ada terasa dihati ,itu cuma kebetulan , lebih baik abaikan... wassalam. 😍😍




Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi