Posts

Showing posts from March, 2017

Suntikan vitamin C

Image
Assalamualaikum..

Alhamdulillah ,sebagai manusia kita selayaknya senantiasa bersyukur jika setiap saat diberi kesihatan yang memuaskan dan dapat melakukan amal ibadah dengan sempurna dan bertenaga.

Zaman serba cangih ni, makin ramai manusia melakukan kerja yang mencabar. Antara perkara mencabar itu bagi maq ialah memutihkan kulit ! Mereka memang berani tanggung risiko ! Mereka juga berani buat kerja yang boleh memudaratkan orang lain yang tak tahu apa apa selain nak cantik !

Tapi mereka tahukah apa hukum mengubah ciptaan Allah sehingga mendatangkan mudarat ? Semua tu orang dah tak ambil peduli , apa yang mereka nak , bisnes mereka jalan , pelanggan pula nampak cantik dengan kulit ala ala k- pop .

Kalau kita lihat di instagram je ,pelbagai jenama ,dan macam macam produk yang kononnya boleh buat kulit jadi putih melepak. Dan baru baru ni maq difollow oleh seorang pengusaha Kecantikan yang terdapat dikawasan tempat tinggal maq ( Batu Pahat )  Setiap minggu /bulan ada je promosi yang dia…

Suami penyayang

Image
Assalamualaikum..




Pukul 12 tengahari !

Apakah ada para suami diluar sana yang terfikir fikir , anak anak dan isterinya dah makan ke belum saat ini.  Makan apa je untuk alas perut hari ini? Kalau si emaknya berpuasa sunat khamis , anak anak makannya apa?

Pernah kah juga mereka terfikir , tadi sebelum keluar mencari rezeki , ada buka peti ais tak? Lauk apa kah yang boleh dimasak untuk keluarga hari ini? Untuk makan malam ini ? Jika tak ada apa didalam stock beku , ada tak anda ( suami ) hulurkan duit untuk isteri belanja ? Tepuk dada , buka wallet .

Ada sesetengah suami dia tak fikir itu semua . Pada dia isteri dia dah sangat cukup bagus urus rumah tangga milik mereka . Boleh berkerja , boleh urus anak anak yang masih kecil , boleh beli barang dapur pakai duit gaji sendiri , boleh main kutu untuk buat persiapan hari raya nanti , boleh jaga makan minum keluarga , boleh bantu besarkan anak anak dengan berkongsi pendapatan bersama. Boleh jugak hulur duit saku kat orang tua kat kampung. Si…

Makan dan puasa dalam seminggu

Image
Assalamualaikum..

Anda nak diet ? Maq pun nak , sejak 10 tahun yang lalu ,inilah azam setiap tahun baru maq. Semangat berkobar kobar bermula januari , tapi masuk je ke bulan  Februari , semuanya musnah.

" awak ,  saya tak kuat "..😭

Namun maq masih lagi berusaha dengan semangat yang jitu , bila masuk je tahun baru , tiba je januari ,maq pasang lagi azam , Diet ! Diet ! Haha sampai februari , saya terus tak kuat..

Begitulah  kejadian seterusnya sehingga dah tahun yang kesepuluh ini .😀

Okey , kali ini maq cuba ubah, tak perlu tunggu awal januari setiap awal tahun lagi  , tapi dah tengah tahun pun boleh kot ,inshaa Allah. Iaitu amalkan formula diet 5:2 ! Apakah formula tu ?

Formula diet 5:2 diakui oleh Pakar Pemakanan Barat sebagai amalan diet yang terbaik.

Maknanya, makan seperti biasa 5 hari seminggu dan puasa 2 hari.

-Makan Jumaat, Sabtu dan Ahad. Puasa sehari pada Isnin cukup untuk membakar lemak yang dikumpulkan selama 3 hari sebelumnya.

-Makan semula Selasa dan Rabu. Pu…

Bulan Rejab

Image
Assalamualaikum...



*1 REJAB 1438H = 29 Mac 2017*

*اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ*

“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

* Apa Maksud ‘Rejab’?

‘Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t.

*Mengapa Bulan Ini Diagungkan?

Ini kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;


"Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…: Surah at-Taubah:36

*Adakah Terdapat Perist…

Teguran buat yang tersayang

Image
Assalamualaikum...

Perkongsian ini datangnya dari Bonda Ida Nur Laila. Salah sorang ahli group whatsapp keluarga , iaitu Group Zikir Hajjah Fatimah. Beliau salah seorang ibu saudara maq yang tinggal di Singapura. Semoga apa yang beliau kongsikan ini dapat memberi manfaat buat readers semua. Dan maqnie pun sama sama , sambil mengingatkan diri sendiri dan turut mengingatkan anak anak maqnie jugak. Terima kasih Bonda idah😘

Sesungguhnya , untuk menegur orang lain , kita punya pelbagai cara , antaranya dengan cara dibawah ini.  Dan untuk berjaya dalam apa juga hal dunia hingga akhirat ,Jangan jemu belajar dan jangan malas  untuk membaca.

Mari kita baca sesama..




 BACALAH SAMPAI HABIS.

*13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita*

1. *Bulu kening* – Menurut Bukhari, Allah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. *Kaki dan semacam hantu loceng* –Dan janganlah mereka (perempu…

Amalan Tidur siang

Image
Assalamualaikum..

Mungkin ilmu ini ada yang sudah tahu , tetapi bagi yang belum tahu ,maq kongsikan sekali lagi ya.

Soalan : Ustaz.. kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat?

*JAWAPANYA*:

1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang.

2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:

+ Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat

+ Berada di masjidil haram

3. Waktu ini, jin & syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api.

Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge).

4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - menurut Ilmu Perubatan Islam.

5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah.

Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan …

Cara geledah blog maq

Image
Assalamualaikum..

Kalau anda perasan , blog maq dah theme baru. Mungkin ada readers yang tak tahu nak geledah blog maq. Kalini maq nak tunjuk cara nak mengeledah tu. Mula mula anda akan jumpa seperti gambar dibawah ini.


Klik anak panah kat atas gambar tu. Nanti anda akan jumpa bahagian bawah ini .


Itulah "Home" blog maq. Kemudian Klik pada garisan 3 selari tu. Nanti anda akan jumpa ini pulak.


Itulah profile pemilik blog ini. Beliau ialah Maqnie Nurseri. Sudah berkahwin , seorang babysitter dan seorang wanita melayu yang bercampuran jawa . Tapi masih terikut ikut sikit budaya barat. Sebab suka sebut " i love you " kat anak anak dan suaminya. Haraplah beliau paham akan maksud nya.


Bila anda klik kat archive , anda akan jumpa hasil kerja beliau sejak tahun  2012 sehingga ke hari ini. Bila anda baca dari awal ,nampak akan kelainan dari masa kesemasa . Ada peningkatan atau makin merundum idea turun ? Wallah hualam.. Hanya readers je yang lebih layak menilai. Maq hanya …

Abah suspek angin pasang

Image
Asalamualaikum...

Sedikit perkongsian diary kehidupan keluarga maq. Tanpa diduga ,abah kami (Encik Rokani Muradi ) telah disuspek angin pasang. Sedangkan selama maq membesar didepan mata abah , abah jarang kena sakit yang pelik macam tu. Paling kuat pun demam panas atau sakit gigi. Pernah satu kali abah kemalangan motor ketika pulang dari tempat kerja. Ya, abah memang susah nak sakit.

Dan awal tahun tempohari , pada penghujung bulan Januari , suatu kejadian sudah belaku. Baca perbualan whats app anak anak Encik Rokani dibawah ini.


Kak long , kak ngah dan Pak usu.





Masa ni Allah je tahu apa yang kami rasa. Apa ibu kami rasa. Dalam hati macam macam perasaan kami simpan . Rasa sedih ,kasihan dan risau pasal penyakit abah tu. Tapi kami tetap teruskan usaha untuk kembalikan kesihatan abah seperti sedia kala. Adik lelaki merupakan satu satunya hero abah , dan dialah yang banyak berkorbankan masa demi abah yang tak sihat tu.




Bila abah diarah pulang dan tidak ditahan diward , kami ambil pelua…

Gagal naik pangkat

Image
Assalamualaikum.

Alhamdulillah . Rupanya tak semua yang kita rancangkan akan menjadi kenyataan. Setiap yang dijangka belum tentu tepat hasilnya. Apa pun , jika kita sentiasa rasa bersyukur dan redha , insha Allah , semuanya akan jadi baik baik saja dan dipermudahkan oleh Allah swt sehingga ke penghujungnya.

Alhamdulillah wa syukurillah..



Pada awal bulan march ,anak sulung maq ( along ) yang disahkan mengandung oleh " peralatan urine test " , sudah pun  buat kad untuk kandungan pertama beliau dipusat kesihatan didearah kami tinggal. Namun agak mengecewakan bila doktor yang buat pemeriksaan "ultra sound "tak dapat kesan apa apa bentuk kejadian dalam rahim along.




Atas ini hasil lapuran dari pemeriksaan doktor di klinik ibu mengandung tersebut . Mereka beri tempoh lagi dua minggu untuk pemeriksaan selanjutnya. Anak maq dan suaminya sangat risau. Namun bila "check urine" keputusannya masih lagi positif . Allah hu...hanya Kau yang tahu.

Along sekali lagi buat …

Surah Al Fil sebagai penawar

Image
Assalamualaikum..
Terjumpa info menarik mengenai surah yang boleh dijadikan penawar. Sebagai hamba kita layaknya berusaha , selainnya serahkan sahaja pada ketentuan Allah swt.


Wan Normiliza Wan Yaacob:
09/02/2017, 11:44:25 PM: Mr. Shukri: Aisyah terjumpa penawar kanser dengan surah Al Fil ni dalam whatsapp semalam. Siapa yang ada kenalan atau sedara mara yang ada masalah kanser, cyst, atau fybroid, boleh la tag atau share post ni. Mudah-mudahan post ni bermanfaat tuk dorang.


==============================
PENAWAR KANSER dengan surah Al-Fil
==============================

Setiap kali lepas sembahyang baca

Surah Al Fatihah - 1 kali
Surah Al Ikhlas - 3 kali
Selawat ke atas nabi - 3 kali
Surah Al Fil - 21 kali

Memang setiap orang tahu, "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati."

Tahukah anda ada satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?

Sebenarnya ini adalah ilmu yang ingin dikongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin. Semoga Allah memberi ganjaran setim…

Parasit perut

Image
Assalamualaikum

Kalini ada sikit perkongsian. Perihal perut.Cuba tengok perut anda .Badan kurus ,perut boroi ? Itulah tanda anda seorang yang penyayang . Haha ini bukan fakta tapi salah satu cara membodek katanya.

Tempohari maq terbuka link satu blog ni , iklan dia punyalah menggelikan. Parasit perut !! Ee..cacing penuh dalam usus ! Automatik maq terus geli geleman . Kebetulan pulak masa tu lah perut terus rasa krukk krukk.. Bunyi gas perut kah ? Atau bunyi cacingkah ?

Terus terfikir dalam ingatan. Bila kah tarikh akhir maqnie makan ubat cacing? Tolak campur dan dibahagi tahun tahun yang dah lepas , rasanya lebih 35 tahun dah tak makan ubat cacing ni. Fuhh lama sangat dah tu. Kalau ada cacing dalam perut ,mesti dah jadi naga kot , sebab 35 tahun tu terlalu lah lama !! Haha Maq nekad ! Pergi farmasi dan beli ubat cacing tu.. Nah !


Kata ahli farmasi ,itu ubat cacing untuk orang dewasa. 1kotak ada 2biji pil ,makan je pil tu sebab 1kotak adalah 1dos ubat untuk hanya seorang pengguna. Tid…

Pusat Perdagangan Pontian

Image
Assalamualaikum..

Ahad lepas maq dan encik suami serta anak bongsu telah pergi ke Pontian. Salah satu daerah yang terdapat dinegeri Johor.

Perjalanan yang dirancang hanya selepas bangun tidur petang , dengan satu pertanyaan dari encik suami,

"nak keluar pergi mana petang ni ,yang?"

Maq yang masih mamai masatu , mampu termenung sambil pandang siling rumah . Tapi mulut sempat lagi perlahan lahan berkata,

" Pontian yok , kita pergi pusat perdagangan Pontian tu. Sempat tak ek nak tengok matahari terbenam ?"

Encik suami: "okey ,lepas solat asar gerak .."

Pukul 5:30petang kami dah bergerak dari Bukit Perdana .


Maq tiba di pusat perdagangan tu pada pukul 6:45 petang








Hajat nak tengok matahari terbenam terpaksa dibatalkan sebab anak dara maq yang sorang tu nak cari toilet. Allah hu ..dapatlah tengok ianya terbenam sikit je , sebab toilet tu kena keluar dari kawasan pusat perdagangan tersebut. Encik suami pergi bawa ke toilet Petron jek ,sekali dengan nak isi miny…

Sempadan mertua dan menantu

Image
Assalamualaikum..

Tertarik nak kongsi lagi  ilmu yang dipelajari tempohari. Kalini ada seorang kawan maq bertanya kat ustaz berkenaan status menantu dan mertua.

Soalan  :  ustaz , batal tak whuduk saya dengan anak menantu lelaki saya ?

Jawapan ustaz :  jika anda perasan , apa bila selesai je majlis akad nikah , tuan khadi akan menyuruh pengantin lelaki dan perempuan bersalaman dengan kedua ibubapa dikedua belah pihak. Betul ? Kenapa ?

Ya , sebabnya bila selamat dinikahkan ,makanya anak menantu itu adalah orang yang haram anda nikahi. Makanya jika anda berwhuduk ketika bersalaman dengannya ,makanya tidaklah batal whuduk itu.

Soalan : kalau anak saya sudah bercerai dengan menantu saya , hubungan itu masih ada lagi kah ustaz ?

Jawapan ustaz : biarpun mereka sudah bercerai , anak menantu TIDAK SAH dinikahi. Si emak haram menikahi anak menantu lelakinya dan si bapak haram menikahi anak menantu perempuannya. Sampai bila ? Sampai bila bila !! Sampai kiamat mereka adalah anak menantu anda !

Bapa tiri dan anak perempuan tiri

Image
Assalamualaikum,
Alhamdulillah , kali  ini maq nak kongsikan pada anda , tentang apa yang maq belajar dikelas Muslimah diTaman Bukit Perdana , petang Jumaat lepas.

Bila Ustaz diajukan "boleh ke seorang bapa tiri menikah anak  perempuan tirinya?

Ini jawapan ustaz : jika lelaki tersebut menikahi seorang perempuan yang punya anak perempuan ( janda yang ada anak perempuan ) dan lelaki tersebut sudah pun "bersama" dengan isterinya itu ,makanya HARAM dia menikahi anak tirinya. Biarpun setelah mereka bercerai. Ini menunjukkan " TIDAK BATAL " whuduknya dengan anak perempuan tirinya sampai bila bila. Mereka adalah mahram .

Tetapi jika dia menikahi janda tersebut dan belum sempat "bersama" lagi dengan isterinya itu dan kemudian dia menceraikannya lalu menikahi anak perempuan tirinya pula , dalam keadaan begini pernikahannya adalah SAH. Dan whuduk adalah batal bila tersentuh kulit.

Ustaz merujuk pada surah An Nisaa ayat ke 23. Yang ertinya :



Rujuk pada gambar …

Kek Dan Air yang dah "berhantu"di Batu Pahat

Image
Assalamualaikum ...

Nak tahu part mana berhantunya kek  dan air dibawah ni , anda boleh cuba buat pesanan.

Harga yang tertera adalah harga untuk pelanggan dikawasan Batu Pahat dan yang sewaktu dengannya. Kalau anda berada diSelangor , Pahang , Melaka atau Negeri Sembilan , harga tertakluk pada terma charge tol dan kenaikan harga petrol .

Huhhu

Info lanjut ? Pm je nombor whats app yang ada didalam gambar. Kalau dah naik hantu , jangan lupa share kat maq . Tapi pastinya anda tak menyesal beli. Sungguh !





Air berhantu  pulak ...




Nota promoter  : hendak seribu daya , tak nak seribu dalih.  Kalau nak rasa boleh order  , maq pesan sekali lagi , order tu biarlah lebih 😍