Abah suspek angin pasang

Asalamualaikum...

Sedikit perkongsian diary kehidupan keluarga maq. Tanpa diduga ,abah kami (Encik Rokani Muradi ) telah disuspek angin pasang. Sedangkan selama maq membesar didepan mata abah , abah jarang kena sakit yang pelik macam tu. Paling kuat pun demam panas atau sakit gigi. Pernah satu kali abah kemalangan motor ketika pulang dari tempat kerja. Ya, abah memang susah nak sakit.

Dan awal tahun tempohari , pada penghujung bulan Januari , suatu kejadian sudah belaku. Baca perbualan whats app anak anak Encik Rokani dibawah ini.


Kak long , kak ngah dan Pak usu.





Masa ni Allah je tahu apa yang kami rasa. Apa ibu kami rasa. Dalam hati macam macam perasaan kami simpan . Rasa sedih ,kasihan dan risau pasal penyakit abah tu. Tapi kami tetap teruskan usaha untuk kembalikan kesihatan abah seperti sedia kala. Adik lelaki merupakan satu satunya hero abah , dan dialah yang banyak berkorbankan masa demi abah yang tak sihat tu.




Bila abah diarah pulang dan tidak ditahan diward , kami ambil peluang tu untuk ziarah abah di kedai makan mereka di Kempas . Alhamdulillah , terpancar senyum disebalik wajah tua abah ,melihat kami datang. Abah diarah pakai salur untuk buang air kencingnya. Dan selepas seminggu , abah diarah datang semula ke hospital pakar angin pasang tu.  Abah kena makan ubat yang diberikan .

Alhamdulillah , abah boleh dah kencing seperti biasa dan dah boleh  buang air besar. Ibu kami kali ini jadi nurse peribadi abah paling setia. Mengurus semua keperluan  abah. Makan ubat ikut masa dan makan minum abah pun ikut masa walaupun tiap kali bercerita , airmatanya akan mengalir , So sweet..

Ibu ialah kekasih hati abah sejak 1967 hingga sekarang. Alhamdulillah.

 So , apakah benar  abah kami kena angin pasang ? Mari kita ambil perbualan anak anak abah pada hari pemeriksaan susulan  seminggu selepas kejadian abah tu.







Okey , kalau dikatakan dalam surat laporan doktor diatas , abah kami suspek kanser usus , sebabnya kandungan  dalam darah abah , menunjukkan kearah kanser walaupun peratusnya masih tidak membimbangkan.  Abah kena Angin pasang ? Jawapannya tidak ! Habistu abah sakit apa ? Confirm ke abah kena kanser usus ? Mari baca perbualan ini.





Finally , abah kami bukan kena angin pasang pun , bukan kena kanser usus pun. Tapi semua ini gejala dari tabiat abah yang kerap sangat minum minuman bergas , suka makan makanan masam . Dan abah tak suka minum minuman berserat . Usus abah luka akibat kurang pengambilan serat dan kurang minum air masak . Sebab semua itu lah yang dah menyebabkan najis abah tidak keluar sehingga terjadinya sembelit . Sembelit juga menyebabkan abah jadi sukar untuk kencing.


Alhamdulillah wasyukurillah. Thanks to Allah sebab dah beri abah peluang untuk sembuh. Thanks to adik adik kandung  berdua ( kak ngah dan pak usu ) thanks ibu kami, sebab dah buat abah senyum semula. Bagaimana keadaan abah selepas itu?


Alhamdulillah...

Dan bila maq pergi ziarah abah pada awal march lalu , abah dah aktif seperti biasa. Berapa umur abah sekarang ni? Abah dah 74 tahun . Dan abah tidak merokok. Terima kasih Allah untuk rezeki sihat buat abah kami dan kekalkan lah rezeki itu agar abah kekal sihat disamping insan tersayang nya dan dengan sihat tu , dapatlah abah buat amal ibadah seperti biasa. Bawah nilah kekasih hati ibu kami ( Puan Jamilah lsmail ) dan kesayangan kami bertiga jugak..😘




Nota kak Long : bila disahkan sakit oleh sesaorang doktor , ada baik kita rujuk pada 1-2 orang lagi doktor . Kerana macam kes abah , kalau kami bawa abah hanya seorang doktor haritu ,pastinya abah sudah kena oprate . Tapi disebabkan nak sangat sakit abah cepat hilang , adik maq buat keputusan pergi pakar. Ya ,pakar takkan buat kerja melulu. Mereka akan jalankan proses by proses. Dan dengan makan ubat dan kencing guna salur selama seminggu , akhirnya abah selamat dari dibedah .


Alhamdulillah...





Comments