Bapa tiri dan anak perempuan tiri


Assalamualaikum,
Alhamdulillah , kali  ini maq nak kongsikan pada anda , tentang apa yang maq belajar dikelas Muslimah diTaman Bukit Perdana , petang Jumaat lepas.

Bila Ustaz diajukan "boleh ke seorang bapa tiri menikah anak  perempuan tirinya?

Ini jawapan ustaz : jika lelaki tersebut menikahi seorang perempuan yang punya anak perempuan ( janda yang ada anak perempuan ) dan lelaki tersebut sudah pun "bersama" dengan isterinya itu ,makanya HARAM dia menikahi anak tirinya. Biarpun setelah mereka bercerai. Ini menunjukkan " TIDAK BATAL " whuduknya dengan anak perempuan tirinya sampai bila bila. Mereka adalah mahram .

Tetapi jika dia menikahi janda tersebut dan belum sempat "bersama" lagi dengan isterinya itu dan kemudian dia menceraikannya lalu menikahi anak perempuan tirinya pula , dalam keadaan begini pernikahannya adalah SAH. Dan whuduk adalah batal bila tersentuh kulit.

Ustaz merujuk pada surah An Nisaa ayat ke 23. Yang ertinya :



Rujuk pada gambar diatas .

*baca dan pahamkan pada maksud dibarisan 1 dan 2

 - diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan perempuan yang berikut )

*baca dan pahamkan pada maksud dibarian 9 ,10,11, 12 ,13.

- dan anak anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dan isteri isteri yang telah kamu campuri , TETAPI kalau kamu belum mencampuri mereka (isteri kamu ) itu , dan kamu telah pun menceraikannya , maka tiadalah salah kamu berkahwin dengannya.



Surah Annisa' ayat akhir juzuk4
 ( ayat: 23 )

Bismillahhirohmaanirohim..

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ وَأَنْ
تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا

Makanya kesimpulannya disini , jika anda ( lelaki ) telah pun meniduri isteri baru anda yang sebelum ni seorang janda beranak perempuan tu ,maka anda HARAM menikahi anak tiri anda sampai bila bila. Bila anda ada whuduk ,dan anak tiri anda nak bersalaman dengan anda , salam jelah , takda batalnya whuduk tu.

Tetapi jika anda ( lelaki ) BELUM pun sempat meniduri isteri baru anda yang sebelum ni seorang janda beranak perempuan, dan anda pula telah terjatuh cinta dengan anak perempuan tiri ,lantas menceraikan isteri anda tu , makanya anda BOLEH menikahi anak perempuan tiri tersebut.

- jandaku ibu mertuaku - huhhu .


Tapi ingat ! Jika belum sentuh lagi ibunya tu okey , jangan pulak nak sentuh dua dua , neraka jahanam tempat anda nanti!!

Nauzubilla himinzaliq !!

Dan begitu juga pada perempuan perempuan yang dapat suami yang punya ibu tiri , anda janganlah rasa cemburu dan risau bila ibu tiri suami anda tu peluk dan cium suami anda bila berjumpa, mereka adalah halal disisi hukum. Cuma aktiviti tu biarlah tidak keterlaluan pulak, elok tegur jika mereka "over " 😍.

Maq ada ajukan pada ustaz , Ustaz sampai bila kah jarak halal ibu tiri dengan anak tiri tu? Andai kata bapak dia kahwin lagi atau bapak dia dah menceraikan ibu tiri tersebut? Masihkah sah whuduk mereka bila tersentuh?

Kata ustaz , sampai bila bila pun , taraf ibu / bapa tiri adalah MAHRAM dengan anak tiri nya. Biar pun dia sudah bercerai dengan emak/bapak anak tirinya itu.

Dan andai bapaknya bernikah lagi dan lagi.  Andai ada 4 ibu tiri sekali pun mereka masih kekal MAHRAM ( Haram dinikahi ) buat anak lelaki tiri itu. Dan pastinya dengan syarat , ayahnya sudah pun "bersama" dgn ibu ibu tiri itu.


Allah hu , agak sulit untuk difahami. Harapan maq moga anda paham penerangan kali ni. Baca betul betul.

Nota student tua :  makin banyak kita belajar ,makin banyak yang kita tak tahu.





Comments