Gagal naik pangkat


Assalamualaikum.

Alhamdulillah . Rupanya tak semua yang kita rancangkan akan menjadi kenyataan. Setiap yang dijangka belum tentu tepat hasilnya. Apa pun , jika kita sentiasa rasa bersyukur dan redha , insha Allah , semuanya akan jadi baik baik saja dan dipermudahkan oleh Allah swt sehingga ke penghujungnya.

Alhamdulillah wa syukurillah..



Pada awal bulan march ,anak sulung maq ( along ) yang disahkan mengandung oleh " peralatan urine test " , sudah pun  buat kad untuk kandungan pertama beliau dipusat kesihatan didearah kami tinggal. Namun agak mengecewakan bila doktor yang buat pemeriksaan "ultra sound "tak dapat kesan apa apa bentuk kejadian dalam rahim along.




Atas ini hasil lapuran dari pemeriksaan doktor di klinik ibu mengandung tersebut . Mereka beri tempoh lagi dua minggu untuk pemeriksaan selanjutnya. Anak maq dan suaminya sangat risau. Namun bila "check urine" keputusannya masih lagi positif . Allah hu...hanya Kau yang tahu.

Along sekali lagi buat " scan " di klinik swasta berdekatan. Dan hasilnya , doktor masih beri alasan yang serupa. Takda ketulan dikesan dan doktor rasa along dah salah buat kiraan kitaran haidnya. Dan disebabkan itu , tiada pembentukan apa apa yang kelihatan walaupun menurut along dah masuk minggu ke 11. Mungkin kah ?? Sebagaimana yang maq tahu , selepas haid terakhir beliau pada pertengahan disember 2016 ( 10hari sebelum beliau nikah )  beliau memang tidak didatangi haid lagi. Maha suci Allah yang mengetahui setiap apa yang berlaku ..

Kalau anda nak tahu , Maq ini merupakan seorang ibu yang memang akan ambil peduli pasal kitaran haid anak anak. Maaf kalau ayat ni macam melampau. Tapi maq rasa ini salah satu tanggungjawab maq sebagai seorang ibu. Soalan biasa maq untuk anak anak ,

awak dah uzur ke belum ?

Berapa haribulan biasa uzurnya ?

Ni bila nak uzur untuk bulan ni?

Bila haidnya habis ni?

Pelikkan ? Soalannya ditujukan kepada ketiga tiga orang anak maq. Isteri orang ke , anak dara sunti ke , anak dara 21 tahun ke , soalan tu memang rutin maq. Lantaklah apa orang nak kata ,maq tetap dengan tanggungjawab maq. Kalau dah monopos kot baru maq tak soal mereka lagi hehhee.

Okey berbalik pada kisah si along.  ( anak maq yang sulong ) pada satu hari along mengalami pendarahan yang tetiba.Mungkin ianya berpunca dari terkejut akibat dari kemalangan kecilnya didapur. Bila pergi ke klinik , doktor suruh pergi ke pakar  sakit puan dihospital pakar. Namun along masih menunggu masa untuk seminggu lagi.

Selang dua hari , along mengalami pendarahan  teruk yang memaksa dia pergi ke hospital kerajaan . Namun apa yang berlaku dibilik rawatan hospital itu dah berjaya membuat along truma hingga kehari ini. Allah huakbar..

Tanpa bius dan pemberitahuan lebih lanjut , along yang tak tahu apa apa , telah dirawat dengan kaedah masukkan alatan yang serupa mulut itik itu pada malam yang sama. Kesakitan menjadi jadi . Rahim sakit ,hati pun sakit. Kemudian malam tu along tak boleh tidur lena sebab truma !

Keesokkan harinya , ketulan darah serupa " cincau " dan ada ketulan kecil keluar .Along mengalami pendarahan teruk. Semua ini memaksa along pergi ke pakar sakit pun dihospital Pantai.

( seperti yang dicadangkan oleh doktor klinik swasta sebelum ini kan? Jumpa doktor pakar sakit puan )

Setelah diperiksa oleh doktor pakar sakit puan , akhirnya doktor mengesahkan , janin dalam rahim along memang tidak upaya lagi membesar sebab nadinya sudah tidak berfungsi. Mungkin ianya telah berhenti bernyawa beberapa minggu sebelum ini. Sebab itu hasil pemeriksaan sebelum sebelum ini mendapati tiada apa apa ketulan pun dirahim along. Kosong !

"saat ini Allah je yang tahu naluri seorang bakal ibu dan bakal seorang ayah , tapi mereka kena kuat untuk dugaan kali ini , dan maq tahu mereka memang kuat"

😭😭😭😭..

Bila ditanya pada doktor ,kenapa bila check urine hasilnya masih lagi positif  padahal janin dah tak aktif lagi?

Ini jawapan doktor : bila kantung janin masih lagi berada dalam rahim ibu , makanya hasil pemeriksaan air kencing akan kekal positif.

Apa nak buat pulak selepas ni ?

Kata doktor proses seterusnya ialah doktor kena keluarkan  kantung janin yang kosong tu dari tempatnya. Dan jika lambat mungkin akan memudaratkan diri along. Dan doktor terpaksa memasukan sejenis "ubat" untuk paksa kantung itu keluar. Doktor pesan ,proses ini agak sakit sedikit , seakan akan mahu melahirkan baby. Dan andai terlalu sakit , along diminta call doktor itu , dan insha Allah , tengah tengah malam pun doktor akan datang beri rawatan kat along.

Along kekal tabah,balik rumah dengan "ubat paksa" dibawa bersama didalam rahim.  Along tak boleh aktif , di khuatiri "ubat" akan terjatuh atau hilang.

Awal pagi itu , saat semua orang sedang lena  dibuai mimpi, along dah mula gelisah, kerana perutnya dah mulas . Dan setelah bertarung dengan kesakitan yang dirasanya bersendirian, akhirnya kantung itu berjaya keluarkan oleh along .

 Ya... Ia keluar tanpa apa apa isi didalamnya. Lihat gambar dibawah😭




😭😭😭😭 Allah huakhbar .

Kami redha pada ketentuanMu ya Allah. Biar pun selama beberapa minggu ni , kami anggap hasil positif pemeriksaan air kencing along itu hadiah paling berharga buat kami sekeluarga ,namun kami juga tahu , setiap apa yang berlaku adalah atas kehendak kasih sayangMu. Kami akur pada ketentuanMu ya Allah..

Selepas pemeriksaan doktor pada hasil masukkan ubat itu ,  Akhirnya  doktor cakap , semua sudah keluar , along diberi suntikan untuk kempiskan rahim , along diarahkan rehat dari mengandung  selama 2 -3 bulan dan andai termengandung , cepat cepat pergi klinik. Doktor suruh along minum susu lelebih dan makan"asid folid".

Menurut doktor lagi ,punca baby gugur itu antaranya , baby ada kecacatan , atau mungkin otak tidak sempurna yang disebabkan jangkitan, mungkin juga jangkitan dari ibu baby yang demam, dan mungkin disebabkan darah ibu dan darah baby tidak bersesuaian. Maha suci Allah..


Harini , ramai ahli keluarga merasa kecewa ,sebab pangkat mereka yang bakal dinaikan diakhir tahun ,akhirnya dibatalkan.

Maq gagal nak jadi nenek

Suami gagal nak jadi datuk

Anak anak maq yg lain gagal nak jadi mak ngah,mak usu

Adik beradik maq gagal nak jadi atuk kie dan nek wan

Makcik ,pakcik maq gagal nak jadi moyang

Sepupu sepipit maq gagal nak jadi tok wan/ tok kie

Ibu dan abah maq gagal nak jadi moyang

Nenek maq gagal nak jadi piut.

Ya , semua ada hikmahnya dan semua itu sudah ada dalam plan Allah swt sejak azali. Kita hanya mampu merancang , selebihnya Allah yang tentukan.

Nota nenek tak menjadi  : Allah bagi pengalaman untuk kita jadi matang. Allah bagi rezeki untuk kita jadi makin rajin bersyukur. Allah bagi ilmu untuk kita manfaati dan kemudian kita berkongsi . Maq kongsi pengalaman pertama anak maq yang keguguran ,supaya semua ni menjadi iktibar yang berguna kepada semua . Inshaa Allah.


Pesan maq , ambil yang positif je dari kisah ini.


Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi