Kerjaya yang tak menentu


Assalamualaikum

Bila melihat gambar dibawah ini ..


Sayu ..


Kerjaya yang tidak menentu. Bukan jejaka gagah yang melakukannya. Bukan jentera penggorek peralatannya. Tanah yang kering dan tandus , batu , haiwan berbisa yang hidup dalam tanah , semua itu dugaan baginya.

Dia ikhlas demi rezeki. Mungkin sudah tersurat sejak azali , kerjaya ini bakal ditempuhi.

Dia jujur , tiada riba' , tiada rasuah , tiada apa yang perlu ditaruh melainkan keringat dan usaha tenaga yang tersisa olehnya.

Dia amanah demi tanggungjawab kepada waris jenazah . Hujan , petir, ribut ,panas terik mencengkam kulit ,kerja ini akan tetap dijalankan demi menepati janji ,masa makin lama makin pendek , keringat makin membasahi, tenaganya makin berkurangan tapi janji harus ditepati. Sampai masa ,jenazah akan di masukkan ke bumi.

Berapakah upahnya ? Berbaloikah dengan kerjanya? Taraf apakah kerjaya suci seperti ini ? Ya mereka lah antara penyelamat situasi , mempercepatkan proses kembalinya hamba kepada Maha Pencipta. Tiada tunggakkan masa , tiada bantahan bicara.

Pada pihak yang berkenaan, pertimbangkan lah upah pada penggali kubur di negara kita, biar pun mereka tak sepopular  " Tok Adi " di drama tv , tapi mereka lah yang dicari bila kita dah pergi .



Nota harta 7 kaki  :  ikhlas , jujur , amanah -  itu kuasa yang ada pada kerjaya menjadi penggali kubur. Mana pemuda bakal menjadi pengganti ? Takkan asyik dengan wechat dan menonton  movie ? 

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi