Kita itulah kita


Assalamualaikum ..

Alhamdulillah , sekali lagi masa diperuntukan untuk berblog. Sambil cuci baju  , sambil sarapan , sambil blogging dan sambil bekerja . Nah , perempuan , banyak hal boleh di buat dalam satu masa.lagaknya seperti sebuat robot comel dan manja gitu.

Maq takda kerja lain nak buat ke , saya tengok asyik lah nak membebel kat blog tu?

Ala apa aje faedahnya maq kongsi hal peribadi maq kat dunia maya ni , ada ke orang berminat nak tahu ?

Banyak lagi benda yang lebih bermanfaat maq kalau nak buat selain berblog ni. Dah tua kot, huhhu .

Okey , itu kata orang yang tidak ada blog dan tidak langsung minat blog. Dan pada maq , itu hak mereka , maq gak apa apa kok.

Sebenarnya bila dah minat ,
Benda susah pada orang lain akan jadi senang pada kita.

Hal remeh pada orang , akan jadi hal penting pada kita.

Makanya bila maq rasa blogging ini antara salah satu cabang rutin hidup maq , apa sekali pun cakap cakap orang luar yang tak minat blog tu , sikit pun takkan buat maq frust.

Malah maq hanya ucap Alhamdulillah pada kebolehan yang maq dah ada.

Apa anda fikir naip blog ni macam buat plan rumah ? Ada lakaran atau design ? TIDAK ! Semua idea ini on the sport datang sendiri. Bukan Idea yang perlu dikarang karang . Ianya datang automatik ,kalau entri yang copy paste tu barulah idea manual .

Ingatlah ,kita adalah kita. Anda ada hak untuk hidup anda dan maq juga ada hak untuk kehidupan maq.

Apa saja kebaikan yang maq kongsi , moga dapat beri manfaat kat pembaca ,mana yang kurang memberi ilmu anggap lah sebagai angin hujan yang sesekali bertiup lembut ke pipi .

Cewah berpuitis pulak orang tua ni..๐Ÿ˜.

Dan nanti kan ,  bila maq dah takda , anda akan rasa yang ayat maq ini akan jadi peneman anda kala sunyi. Terutamanya buat anak anak , suami , kawan kawan dan ahli keluarga . Anggaplah blog ini bagai tugu peringatan seorang insan bernama Maqnie ..




Nota hak : Siapa kita nak nilai perbuatan orang lain , sedang itu hanyalah hak Allah yang lebih maha mengetahui.




Comments

Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Susu sejat ganti santan kelapa

Bapa tiri dan anak perempuan tiri