Makan dan puasa dalam seminggu


Assalamualaikum..

Anda nak diet ? Maq pun nak , sejak 10 tahun yang lalu ,inilah azam setiap tahun baru maq. Semangat berkobar kobar bermula januari , tapi masuk je ke bulan  Februari , semuanya musnah.

" awak ,  saya tak kuat "..😭

Namun maq masih lagi berusaha dengan semangat yang jitu , bila masuk je tahun baru , tiba je januari ,maq pasang lagi azam , Diet ! Diet ! Haha sampai februari , saya terus tak kuat..

Begitulah  kejadian seterusnya sehingga dah tahun yang kesepuluh ini .πŸ˜€

Okey , kali ini maq cuba ubah, tak perlu tunggu awal januari setiap awal tahun lagi  , tapi dah tengah tahun pun boleh kot ,inshaa Allah. Iaitu amalkan formula diet 5:2 ! Apakah formula tu ?

Formula diet 5:2 diakui oleh Pakar Pemakanan Barat sebagai amalan diet yang terbaik.

Maknanya, makan seperti biasa 5 hari seminggu dan puasa 2 hari.

-Makan Jumaat, Sabtu dan Ahad. Puasa sehari pada Isnin cukup untuk membakar lemak yang dikumpulkan selama 3 hari sebelumnya.

-Makan semula Selasa dan Rabu. Puasa pada hari khamis akan membakar lemak yang dikumpulkan pada Selasa dan Rabu.

Dr. Michael Mosley dalam Rancangan BBC bertajuk Eat, Fast and Live Longer mengesahkannya dalam satu kajian yang beliau sendiri sebagai sample kajian.

Puasa 2 hari seminggu membolehkan beliau:

1. Mengawal berat badan

2. Mengawal kandungan gula dalam darah

3. Mengawal kadar kolestrol darah

4. Rasa lebih muda dan bertenaga

Orang Barat baru je sedar. Padahal Islam dah ajar umatnya hampir 1400 tahun lebih dah. So ,kenapa kita tak nak cuba ?

Cuba ? Nak ? Okey , Syukur Alhamdulillah. Moga plan kali ini menampakkan hasilnya walaupun tak laju , tak pantas.

Apa yang maq fokus dalam diet kali ni , dalam nak diet kan usus perut , buang lemak lemak yang tidak diperlukan , maq bolehlah latih lebihkan rasa sabar dan sikap lebih konsisten pada nafsu yang sering menduga ,dan dalam masa yang sama , dapat lah kaut sikit sikit pahala puasa sunat ,imshaaAllah . Yang penting ,jangan lupa bayar  hutang bulan ramadhan lalu tu dulu ya . Huhu




Nota maQ : kalau puasa kenapa mata mesti mengantuk ?

Jawapannya : mengantuk saat berpuasa disebabkan berkurangnya kadar glukos dalam darah yang membuat otak susah 'berkonsentrasi'. Otak memerlukan  energi dalam bentuk glukosa, jadi apabila aliran glukosa ke jariangan otak berkurangan , makanya hal ini akan mempengaruhi sistem kerja otak. Manakala organ hati pula mengeluarkan glikogen untuk menambah tenaga. Semua ini mempengaruhi !

Dan jika badan tidak dapat tenaga dalam bentuk hasil makanan ,makanya tubuh badan akan lemah,dan terjadinya penurunan kadar gula darah dalam tubuh. Inilah punca kita mengantuk. Selain daripada glukos , kekurangan zat besi juga boleh buat kita mengantuk..

wallahu alam..

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi