Parasit perut


Assalamualaikum

Kalini ada sikit perkongsian. Perihal perut.Cuba tengok perut anda .Badan kurus ,perut boroi ? Itulah tanda anda seorang yang penyayang . Haha ini bukan fakta tapi salah satu cara membodek katanya.

Tempohari maq terbuka link satu blog ni , iklan dia punyalah menggelikan. Parasit perut !! Ee..cacing penuh dalam usus ! Automatik maq terus geli geleman . Kebetulan pulak masa tu lah perut terus rasa krukk krukk.. Bunyi gas perut kah ? Atau bunyi cacingkah ?

Terus terfikir dalam ingatan. Bila kah tarikh akhir maqnie makan ubat cacing? Tolak campur dan dibahagi tahun tahun yang dah lepas , rasanya lebih 35 tahun dah tak makan ubat cacing ni. Fuhh lama sangat dah tu. Kalau ada cacing dalam perut ,mesti dah jadi naga kot , sebab 35 tahun tu terlalu lah lama !! Haha Maq nekad ! Pergi farmasi dan beli ubat cacing tu.. Nah !


Kata ahli farmasi ,itu ubat cacing untuk orang dewasa. 1kotak ada 2biji pil ,makan je pil tu sebab 1kotak adalah 1dos ubat untuk hanya seorang pengguna. Tidak boleh kongsi kongsi !

Okey ,Berita paham .

Balik je rumah ,maq terus je telan ,kononnya cepat telan ,cepatlah yang tersimpan tu keluar.

Lepas sehari  sehari dan sehari..sampailah kehari ini habok pun tarakk !πŸ˜‚


tipah tertipu bang 😭 bunyi krukk krukk tu bukan bunyi parasit perut kot tapi bunyi gas perut sebab maq dah kurang makan sekarang ni. Huhhu..

Tanda tanda orang dewasa ada cacing dalam perut.
- badan makin susut
-selalu sakit perut
-muka pucat dan kurang bersemangat
-badan kurus tapi perut buncit
- sering batuk batuk
- makan ikan mahal

Hehhe tanda yang last tu maq nambah je😁

Nota cacing : Maq ada tak tanda tanda diatas tu ? Haha mencekaunya . Makin gebu adalah !πŸ˜‚πŸ˜˜

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi