21.3.17

Pusat Perdagangan Pontian

Assalamualaikum..

Ahad lepas maq dan encik suami serta anak bongsu telah pergi ke Pontian. Salah satu daerah yang terdapat dinegeri Johor.

Perjalanan yang dirancang hanya selepas bangun tidur petang , dengan satu pertanyaan dari encik suami,

"nak keluar pergi mana petang ni ,yang?"

Maq yang masih mamai masatu , mampu termenung sambil pandang siling rumah . Tapi mulut sempat lagi perlahan lahan berkata,

" Pontian yok , kita pergi pusat perdagangan Pontian tu. Sempat tak ek nak tengok matahari terbenam ?"

Encik suami: "okey ,lepas solat asar gerak .."

Pukul 5:30petang kami dah bergerak dari Bukit Perdana .


Maq tiba di pusat perdagangan tu pada pukul 6:45 petang








Hajat nak tengok matahari terbenam terpaksa dibatalkan sebab anak dara maq yang sorang tu nak cari toilet. Allah hu ..dapatlah tengok ianya terbenam sikit je , sebab toilet tu kena keluar dari kawasan pusat perdagangan tersebut. Encik suami pergi bawa ke toilet Petron jek ,sekali dengan nak isi minyak kereta.

Bila lepas maghrib ,kami masuk kekawasan itu semula. Masih ramai pengunjung disitu. Ada yang menjamu selera ,jual jualan car booth , ada yang memancing , ada dating bulan dan bintang dan macam macam adalah senang cakap. Yang takda cuma toilet 🙊..kehkeh

Apa pun , nasihat maq ,kalau nak santai santai dipusat ini ,elok pergi sebelah malam sebab kalau petang , matahari memang mencacak depan mata . Tengok je gambar kawasan tu yang maq ambil. Cantik kan bila dah malam?

Para pengantin kalau nak buat gambar out door pun cantik kat sini , tapi malam ada ke juru photo nak kelaut ?haha benda boleh bincang.

Nota celah batu : melihat laut itu dapat pahala , jaga kebersihan laut itu dapat pahala , mancing tepi laut itu dapat ikan tapi bila azan berkumandangan, itu tanda Allah suruh kita sujud kepadaNya ,bukan fokus kepada ikan. Kan³? 😄

No comments: