Remaja Tua


Assalamualaikum..

Harini sudah pun masuk hari ke 2 bulan March tahun 2017 masihi bersamaan 4 Jamadil akhir 1438 hijrah. Sejak dah dapat menantu ni , hari yang berlalu maq rasa sungguh pantas ! 😁 haha ayat tak masuk akal, tolong  jangan copy paste.

Beberapa hari lepas , seorang kawan sepermainan ada bersembang dengan maq. Dia terkilan dengan sikap orang muda zaman sekarang katanya. Mulanya maq hairan apa yang buat dia terkilan tapi bila dipenghujung perbualan ,baru maq paham akan maksudnya yang tersirat.

 "Dulu zaman kita , nak pandang muka orang tua kalau bercakap pun takut ,malu ,segan. Tapi budak muda zaman sekarang , kutuk orang depan depan. Tak kiralah yang dikecam tu orang tua atau  orang muda. Langsung takda nak hormat perasaan orang keliling. Sindir sana sindir  sini , bila kita tegur diaorang cakap kita tak tahu hujung pangkal sibok nak masuk campur . Dah lah tu , suka sangat buat ayat ayat yang boleh bikin orang keliling syak wasangka , lepastu tak reti nak bersyukur pada apa yang ada . Setiap masa merungut pada rasa tidak puashati. Kecam orang sana ,kecam orang sini. Sepertinya diri diaorang sempurna 100%! "

Ha , panjang lebar rungut beliau . Maq hanya mampu cakap ,

" ya , itulah remaja zaman sekarang. Mereka cepat melatah. Bila dunia mereka hampir 90%  dihabiskan dengan dunia maya , makanya terhasillah era manusia keyboard warrior, kaki bahan orang ,kaki kecam orang ,kurang rasa hormat pada perasaan orang lain. Saya dah biasa dengan situasi tu , saya dah kebal sekarang ni. Bila terbaca ayat yang pelik je untuk perasaan saya ni , saya scroll lelaju baca ayat orang lain pulak , awak tak perlu peningkan kepala awak lagi. Mereka tu tak matang lagi" 

Maq cuba bagi hati kawan tu tenang, dalam dunia realiti maq sendiri pun maq dah selalu alami.

Sebenarnya maq tak nak lah pandang kesilapan remaja lain diluar sana , maq cuma pandang anak anak maq je sikit masa dulu. Masa mereka baru meningkat remaja , bila ada berlaku sedikit je selisih faham antara kami , trylah buka twitter , wechat atau facebook 30 minit lepas tu ,mesti ada je ayat ayat membakar jiwa dah di update ! πŸ˜‚

Huhhu dia fikir itu lawak ? Dia tak tahu itu adalah salah satu dari cabang protes, atau senang cakap ,tu pun dikira melawan cakap ibubapa. Biar pun hanya ditimeline facebook contohnya , ayat  tu tetap ayat melawan yang menusuk dijiwa ibuayah tau. Dan bila hati seorang ibu atau ayah tersentuh , Anda tentu tahu apa HUKUMnya? Nah , cepat cepatlah minta maaf kalau dah insaf.

Biasanya kalau anak maq protes maq dengan status di facebook atau twitter , maq cuma gelakkan je sebab maq tahu diaorang tengah luahkan perasaan marah mereka ! Biarkan lah , asal mereka lega lepastu , berani dalam facebook je apa barang , depan depan trylah buat kalau nak kena penangannya.

Maq merupakan seorang ibu yang garang dalam mendidik anak anak ketika mereka masih kecil jika anda semua nak tahu. Sehinggakan anak maq dalam lingkungan usia 7/8 tahun , mereka beritahu kawan kawan mereka , maq lah ibu paling garang dalam ramai ramai ibu dilorong tempat maq tinggal tu. Garang macam singa kata diaorang . Ini Win ! Title macam singa tu dah berjaya buat maq rasa sangat kelakarπŸ˜‚

Okey , tu kisah anak anak maq melepaskan perasaan mereka sikit masa dulu dan lepas maq pesan ,jika ada yang tak kena atau tak puashati , baik berdepan terus dengan maq atau whatsapp maq je , dan sekarang ni nampaknya timeline dah takda  ayat ayat yang berbaur protes , syukur Alhamdulillah.

Kepada rakan sepermainan maq sejak kecil tu ,maq hanya berpesan , mungkin saja usia kita tidak selari dengan usia mereka , pada mereka semua mereka buat itu betul sedangkan pada kita orang tua ni mereka adalah salah. Ya , itulah bezanya ORANG TUA DAN ORANG MUDA.  Maq pesan lagi ,bersabar lah , biarkan sahaja mereka, kerana satu hari nanti ,mereka jugak akan mengalami situasi yang serupa macam kita ( remaja yang dah tua ) . Isu remeh je kan ?

Dunia akhir zaman ni Allah bayar cash . Dia buat kat orang , nanti orang buat balik kat dia , masa tu , tahulah dia pedihnya tang mana.





Nota sembang : 0rang tua pun punya perasaan . Biar pun mereka dah kebal dengan telatah dunia ini perasaan mereka kena jugak ditatang dengan hati hati. Usia muda tak lama , lepas 21 tahun dah dikira dewasa dah . Take note !

- Waallah hualam..

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi