8.3.17

Sejarah yang gagal



Assalamualaikum ..

Antara bersebab atau tanpa sebab , ramai mengeluh kerana Br1m yang dijangka diperolehi bulan ini telah disahkan gagal oleh pihak yang bertanggungjawab . Ramai rasa tak puashati hak mereka tidak diberi termasuk encik suami yang gajinya menetapi syarat itu.

Apakah sistem pemberian Br1m kalini terlalu terperinci ? Waallah hualam . Apa yang maq nak kata , jangan berjanji kalau tak ditepati. Memberi orang harapan itu dan kemudian mengecewakan nya pula merupakan satu perbuatan yang sangat tidak berperi kemanusiaan.

Sama sama lah cari mana silap asalnya sehinggakan ramai yang gagal nak dapat kan janji janji manis itu. Yang makin menghairankan , setelah gagal dapat kan hak Br1m , rakyat bangkitkan isu PRU yang bakal mendatang .  Nak lihat hasil orang kecewa  buat keputusan ? Ada bran ? Okey , kita tengok je nanti. Itulah kata mereka.

 Allah hu akhbar...

Sejujurnya maq tak pernah pegang duit Br1m tu , sebab maq tak layak , al maklom isteri orang , kalau anak dara layak la kot , tapi maq dapat rasakan pedihnya ulu hati bila dah dikemas kini maklumat diri , hasilnya hampa belaka. Ada sesetengah tu maklumat langsung tak wujud katanya padahal yang tahun sebelumnya boleh dapat.  Banyak sungguh simpang dan liku . Inilah kehidupan , anda takda kuasa , anda sering terpedaya.

Takkan melayu hilang didunia itulah kata pendekar Hang Tuah. Namun realitinya  Sejarah melayu lupa bahawa Hang Tuah itu berbangsa Cina . Nama Hang itu  bukan bermaksud awak pada lorghat Kedah tetapi ianya sama juga seperti Lee , Swee , Eng , dan sebagainya , ya Hang hanya satu nama untuk nama keturunan. Lebih jelas Puteri Hang Li Poh . Kenapa Hang Jebat jadi penderhaka ?  Anda boleh tanya Aida Jebat sebab  mereka itu bersaudara . 😂

Usah percaya jalan cerita maq ini , pada siapa yang tahu , sila simpan sebagai ilmu , sejujurnya sejak zaman sekolah rendah  hingga ke sekolah menengah , Maq selalu gagal subjek sejarah kerana sejarah itu kadang kala mengelirukan .

Apakah kisah Br1m nanti bakal jadi sejarah ?  Yang maq tahu , sejarah tak mungkin berulang , Waallah hualam.



Nota Maq Hang  : hang jangan lupa , daftar mengundi itu wajib bagi tiap warganegara yang dah berumur  21 tahun dan keatas . Hang leka , nanti hang yang rugi sebab jumlah pengundi melayu  berada ditangga kedua dalam senarai pengundi berdaftar dinegara hang.   Ha , hang pi mana ? Hang pi mana ? Hang pi mana? 

No comments: