Sempadan mertua dan menantu



Assalamualaikum..

Tertarik nak kongsi lagi  ilmu yang dipelajari tempohari. Kalini ada seorang kawan maq bertanya kat ustaz berkenaan status menantu dan mertua.

Soalan  :  ustaz , batal tak whuduk saya dengan anak menantu lelaki saya ?

Jawapan ustaz :  jika anda perasan , apa bila selesai je majlis akad nikah , tuan khadi akan menyuruh pengantin lelaki dan perempuan bersalaman dengan kedua ibubapa dikedua belah pihak. Betul ? Kenapa ?

Ya , sebabnya bila selamat dinikahkan ,makanya anak menantu itu adalah orang yang haram anda nikahi. Makanya jika anda berwhuduk ketika bersalaman dengannya ,makanya tidaklah batal whuduk itu.

Soalan : kalau anak saya sudah bercerai dengan menantu saya , hubungan itu masih ada lagi kah ustaz ?

Jawapan ustaz : biarpun mereka sudah bercerai , anak menantu TIDAK SAH dinikahi. Si emak haram menikahi anak menantu lelakinya dan si bapak haram menikahi anak menantu perempuannya. Sampai bila ? Sampai bila bila !! Sampai kiamat mereka adalah anak menantu anda !

Ustaz masih merujuk pada surah An Nisaa ayat 23..




Islam itu indah , menjaga kehormatan nama keluarga adalah tunggak utama. Bayangkan jika bapak kita kahwin dengan bekas isteri kita , mau jadi gaduh , bertumbuk anak beranak nanti . sebab lelaki ni sukar bertolak ansur. Anak lelaki sukar untuk mengalah , begitu juga bila bekas suami kita menikahi ibu kita ? Tak mustahil keluarga akan jadi huru hara , sebab anak perempuan jadi hilang pertimbangan dan tak mustahil mereka akan menjadi anak durhaka kerana menghina ibunya.


Tapi dalam kes bila bapa tiri nak menikahi anak tiri dan belum menggauli ibunya ,makanya dibenarkan oleh syarak, sebab seorang ibu sangat menyayangi anak perempuannya. Dan seperti yang kita tahu , ibu memang suka mengalah dengan anak anak. Jarang ada ibu mengamok bila anak nya buat perangai. Hehee sebab itu syurga ada pada kasih sayang ibu ..😭

Nota seorang ibu : Allah huakhbar , terlalu indah hukum Allah..


Comments