31.3.17

Suntikan vitamin C

Assalamualaikum..

Alhamdulillah ,sebagai manusia kita selayaknya senantiasa bersyukur jika setiap saat diberi kesihatan yang memuaskan dan dapat melakukan amal ibadah dengan sempurna dan bertenaga.

Zaman serba cangih ni, makin ramai manusia melakukan kerja yang mencabar. Antara perkara mencabar itu bagi maq ialah memutihkan kulit ! Mereka memang berani tanggung risiko ! Mereka juga berani buat kerja yang boleh memudaratkan orang lain yang tak tahu apa apa selain nak cantik !

Tapi mereka tahukah apa hukum mengubah ciptaan Allah sehingga mendatangkan mudarat ? Semua tu orang dah tak ambil peduli , apa yang mereka nak , bisnes mereka jalan , pelanggan pula nampak cantik dengan kulit ala ala k- pop .

Kalau kita lihat di instagram je ,pelbagai jenama ,dan macam macam produk yang kononnya boleh buat kulit jadi putih melepak. Dan baru baru ni maq difollow oleh seorang pengusaha Kecantikan yang terdapat dikawasan tempat tinggal maq ( Batu Pahat )  Setiap minggu /bulan ada je promosi yang dianjurkan, membuatkan ramai orang yang nak putih melepak gebu tu berebut rebut nak sertai ! Contoh iklannya sama seperti dibawah ni .




Sebagai pengguna , kita kena bijak untuk diri sendiri. Fikir dulu apakah kesan sampingan dari produk , untuk satu jangka masa yang panjang kepada  pengguna ? Kalau kita  perasanlah kan , sekarang ni, usia  muda sudah kena sakit yang tak masuk dik akal. Muda muda dah kena kanser payu dara ,kena kanser rahim , fabroid , tyroid ,cyst  dan macam macam lagi. Walaupun punca sakit itu datangnya tidak semua berpunca dari sumber kecantikkan seperti ini , tapi salah satu puncanya adalah disebabkan aktiviti begini!


Atas tu pesanan KKM.

Hanya untuk cantik , kenapa sanggup mengadai nyawa dan wang ringgit. Sedangkan Allah dah beri apa sahaja yang  bersesuaian untuk kita ,Allah lagi maha mengetahui pada tiap anugerah dariNya. kenapa kita bersungguh sungguh nak ubah kejadian Allah ? KKM  pun dah beri penjelasan , tiada suntikan vitamin yang diluluskan oleh mereka sehingga kini . Makanya , hati hatilah!

Maq kalau nak gambar kelihatan cantik berseri dan kulit nak nampak gebu gebas macam artis k-pop tua , haa , masa nak snap gambar tu , maq akan pastikan 'lighting' kena lebih , bergambar lah mengadap cahaya , senyum jangan lupa , kalau hari mendung macamana ? Pakailah camera 360 ! Hahha tak kisah apa dah.  Hasilnya badan kekal sihat , duit pun tak terbang , sakit pun tak mendatang , orang keliling pun tak cemburu sebab kulit masih kulit orang melayu mix jawa bila jumpa maq depan depan mata .😊


Nota maq  : selalulah bersyukur pada apa yang kita ada.


No comments: