30.4.17

Buat muka

Assalamualaikum

Selamat bercuti. Selamat hari pekerja buat semua pekerja di seantero dunia. Tanpa anda, takkan ada matlamat ekonomi sesebuah negara.

Fuh ayat tak mahu kalah tu. Huhhu

Tapikan sebagai dugaan , makin rajin kita bekerja ,makin mahal pulak harga barangannya. Berbelanjalah berdasar kan keperluan. Jadilah pengguna yang berkerja yang bijak!

Harini maq nak ajak sembang pasal orang lelaki . Orang lelaki yang dah masuk usia lewat 40 an , mereka ni memang susah nak diajak berselfie.Kenapa ya? Malu ? Atau tak mahu nampak "gelemer" ke apa ya? Adeh..

Contoh tak jauh. Yang disisi maq je ni ha ( encik suami ) Bila maq ajak selfie , macam macam muka dia buat. Tak percaya cuba tengok gambar kat bawah ni ,aduhai ..kejam tau hahaha





Gaya tu maq rasa kalau baby buat comel la kot . Letih lah maq dok tersenyum tersengih depan screen handphone , spoil je bila dia buat muka . Nak nangis je rasa hahaha.


Nota maq : Cuba lah posing macam gambar atas ni , sumpah sayang tak curang , hahaha.. Yang sebenarnya rupa apa sekali pun beliau buat bila kami bergambar, maq tetap sayang beliau sama macam maq sayang masa kami mula feel in love pada tahun 1989 dulu .Huhhu , tak pernah tak sayang tau! Beliau lah syurga maq 😍

25.4.17

Solat itu mikraj mukmin


السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV9
(Da'i Fuad&Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman)

*SOLAT ITU MIKRAJ MUKMIN*
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Allah membawa Nabi dalam perjalanan israk&mikraj..Selama ini semua urusan agama diturunkan oleh jibril kecuali solat terus diberi pada Nabi.Allah memanggil Nabi naik ke langit ke tujuh . Amalan lain tidak akan dikira melainkan dgn amalan solat. Solat adalah tempat naik(mikraj) org mukmin.

BAGAIMANA JIKA ORG YG SENTIASA MENINGGALKAN SOLAT TAPI DALAM MASA SAMA DIA NAK JADIKAN SOLAT ITU MIKRAJ?

Cth kita nak dapatkan gaji tapi kita sendiri tak kerja.agak² dapat tak gaji?MESTI TAK DAPAT.macam tu juga dgn solat. Kita tak solat tapi kita nak dekat dgn Allah . Allah pun benci. Sesungguhnya paling dekat hambaNya pada Tuhan adalah ketika sujud(solat) Mana mungkin kita nak jadikan solat itu makraj tapi kita tak solat.

BETUL KE BILA KITA BERSOLAT,KITA BOLEH MENJAWAB SOALAN MUNGKAR & NANGKIR?

YA..Allah menulis org yg menjaga solat adalah org yg BAHAGIA dan org yg meninggalkan solat adalah org yg CELAKA.
Amalan kita akan menjadi peneman kita di alam barzah.Nabi berwasiat supaya kita menjaga solat 5 waktu.

SOLAT ADALAH TIANG AGAMA,KALAU SOLAT KITA TAK BERAPA NAK KHYUSUK(buat lebih kurang),APAKAH AMALAN LAIN AKAN DITERIMA?

Islamnya menjadi compang camping jika tidak menjaga solat.
Jika persiapan tidak sempurna bagaimana nak berjumpa dgn Allah nanti.

DGN MENJAGA SOLAT AKAN DAPAT MENJAGA AMALAN² YG LAIN.

Nabi bersabda kepala urusan adalah islam,tiangnya adalah solat dan berjihad.

KALAU TIANG ITU ROBEK DAN BERLUBANG SANA SANA SINI. RUMAHNYA PASTI AKAN RUNTUH.

SELAIN SOLAT FARDU ADAKAH SOLAT SUNAT ITU MAKIN MENDEKATKAN LAGI KITA PADA ALLAH?

YA ..Allah berfirman hambaKu sentiasa mendekatkan diri dengan amalan² sunat..
Solat sunat dapat menampung solat fardu.
Dan sesiapa yg menjaga 12rakaat solat sunat sebelum dan selepas solat fardu,Allah akan dirikan rumah di syurga.

KITA DAH CUBA SOLAT YG TERBAIK DAN BAGAIMANA ALLAH MENILAI SOLAT KITA?

Nak dapat khyusuk ialah fokus ketika solat.
Masalah kita adalah kita susah nak fokus dalam solat. Fokus ketika membaca Al~Fatihah kerana Allah menjawab Al~Fatihah yg kita baca.

BAGAIMANA SESEORANG MENJAGA SOLAT TAPI DIA TAK BOLEH TERIMA HUKUM ISLAM?

Cth dia menjaga solat tapi dia tak menutup aurat,solat tapi mengumpat dll.
Sedangkan solat yg sempurna adalah solat yg dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

INI ADALAH SOLAT YG SEMPURNA.
JIKA URUSAN AGAMANNYA TIDAK SEMPURNA,DIA KENA SALAHKAN DIRINYA SENDIRI BUKAN SALAH SOLAT ITU.
INI ADALAH KELEMAHAN DIRI SENDIRI.
KHYUSUK DALAM SOLAT AKAN MENJADIKAN KHYUSUK JUGA PERBUATANNYA DILUAR SOLAT

(sentiasa menjaga perbuatan dan percakapan)

Org yg solat tapi bicaranya buruk(macam mulut longkang,macam mulut neraka)
barangkali dia menjaga solat supaya org kata...(dia org yg bersolat)Sepatutnya kita menjadi org yg bercakap baik seperti kita menjaga percakapan kita dalam solat.

SEMUANYA ADALAH KESILAPAN DALAM DIRI KITA SENDIRI.KITA KENA BANYAK MELIHAT KELEMAHAN DIRI SENDIRI.

SELAIN MEMAHAMI BACAAN DALAM SOLAT,APA LAGI YG PERLU KITA BAYANGKAN DALAM SOLAT?

Kita bayangkan kita sedang menyerahkan diri kita pada Allah. Kita bayangkan jika rukuk,kita bayangkan rukuk yg sempurna.
Kita bayangkan diri kita sendiri sedang bersolat dan boleh juga bayangkan takut pada azab Allah.

KITA SUDAH BANYAK DGN DUNIA. KETIKA SOLATLAH KITA DAPAT BERSAMA DGN ALLAH. APAKAH YG DIMAKSUDKAN KECACATAN/KEKURANGAN SOLAT?

Kekurangan itu adalah kekurangan khyusuk dan perbuatan kita yg tidak sempurna(cth rukuk yg tidak sempurna)

ALLAH KATA CELAKA ORG SOLAT YG IAITU ORG YG LALAI DALAM SOLAT

(Org yg tidak khyusuk dalam solat)

SAYA SELALU TERJAGA PUKUL 4 PAGI SEOLAH~OLAH ALLAH KEJUTKAN SAYA,BAGAIMANA JIKA SAYA BANGUN UTK SOLAT DALAM KEADAAN TERPAKSA?

Ini adalah peluang yg sangat hebat.

ADAKAH PAKSAAN YG LEBIH BAIK DARI PAKSAAN DARI ALLAH?

Allah sedang memerhatikan kita walaupun ketika itu kita dalam keadaan terpaksa,bangun dan solatlah.

KESAN KHYUSUK:
Menahan diri dari melakukan dosa.
Menjauhkan dari penyakit hati.
Akan sihatkan badan
Cerahkan wajah
Menolak kezaliman,menolak kemalasan,memberi kekuatan,menjauhkan diri dari syaitan,mendekatkan diri pada Allah.

APAKAH SOLAT SUNAT DAPAT MENAMPUNG SOLAT QADA YG KITA TAK BUAT?

Qada itu terjadi dgn sebab terlupa atau tertidur. Solat yg sengaja ditinggalkan wajib bertaubat.

JANGAN KITA RISAU. HEBATKAN LAGI DGN BERSOLAT SUNAT.

KITA SOLAT TAPI MASIH BERGANTUNG PADA MANUSIA,KENAPA KITA TIDAK ADA PERGANTUNGAN 100% KEPADA ALLAH?

Org yg bersolat juga diuji.Iman kita perlu dibuktikan dgn mengharap pergantungan pada Allah.

SETIAP KALI KITA DIUJI, lNGAT ALLAH MELIHAT KITA.

Boleh bergantung pada manusia cth..Bila isteri kita nak bersalin dan ketika itu kita tak ada kereta...kita boleh minta tolong jiran kita(ini adalah pergantungan kita pada org)dan kembalikan semula pada Allah bila jiran kita tolong kita adalah dgn sebab pertolongan dari Allah.

SESIAPA YG TINGGALKAN SOLAT DGN SENGAJA DIA TELAH KUFUR DAN DIA TELAH TERLEPAS DALAM PEMELIHARAAN ALLAH DAN RASUL

(Allah tidak menjaganya lagi)

ORG YG MENINGGALKAN SOLAT AKAN MENDAPAT KEJIAN DAN CELAAN DARI ALLAH..

SOLAT ITU TEMPAT NAIK ORG BERIMAN(lebih rapat dgn Allah)
ZAKAT,SEDEKAH,INFAK,WAKAF ITU ADALAH TANDA KITA MENJAGA HUBUNGAN KITA DGN MANUSIA.
SESEORANG YG SUKA BERINFAK ALLAH AKAN TERIMA DGN TANGAN KANANNYA DAN ALLAH AKAN MENINGGIKAN INFAKNYA SETINGGI GUNUNG...

APA SAHAJA URUSAN KITA...BERSANDARLAH DGN SOLAT...
SOLAT AKAN MENGHIDUPKAN ROH...
APA SAHAJA KEBAIKAN AKAN BERBALIK PADA DIRI KITA SENDIRI...

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

C&p Dari group whatsapp AlRaudhah, bukitPerdana semoga ber manfaat bersama. Salam 28 Rejab dari Maqnie.

14.4.17

Sejarah kampungku 2



Assalamualaikum

Sekali lagi berkongsi sejarah salah satu daerah di Batu Pahat.

PARIT SULONG DALAM GALLERY MEMORY
"Oleh ; mohamad sindi sabilan "

Aku dilahirkan dalam pasca selepas perang dunia kedua dan zaman keganasan komunis Malaya 1947.Arwah emak pernah beritahu ketika nak lahirkan aku, sana sini JedarJedur ! bunyi tembakan malam-malam, hingga menakutkan  seluruh penghuni Parit Sentang Batu di kampung bernama Estate Chu Lem...skg lokasinya ialah Komplek peladang jalan Peserai berhampiran Parit Lapis Laman.

Embah Sarah  nenek aku yg menjadi bidan yg tinggal di pekan Parit Sulong dibawa oleh bapak aku dan diiringi oleh  beberapa orang kampung Home Guard supaya tidak diganggu oleh komunis.Pengganas komunis Bintang Tiga berada dimana-mana disekitar Parit Sulong, seperti di Kangkar Senangar, Hutan2 menghala ke Pagoh, Seri Medan, Air Puteh, Separap,Parit Penghulu, Parit Jawa, Batu Lima, Kolam Air, Bandar Batu Pahat.
Kominis ni kejam, mereka menangkap membunuh , menyeksa, membakar rumah mencolek anak-anak  gadis.Yang paling teruk ialah kominis balas dendam kepada orang-orang disyakki membantu Jepun dalam perang dua ke dua.Jepun memang dah berdendam dengan orang2 Cina sejak zaman perang Mancuria zaman Sut Yat Seng.Ramai Penduduk Cina lari ke Asia tenggara termasuk ke Tanah Malayu tinggal menetap bersama orang Melayu mengusahakan ladang-ladang getah, kelapa gambir pinang, kopi.


Ketika komunis melancarkan keganasan penduduk sekitar Parit Sulong terutama yang tinggal di Air Puteh Kangkar ,atau yang jauh di pedalamn hutan Paguh Sejagung, telah dipindahkan oleh kerajaan British supaya mereka tidak diganggu komunis di Parit sulong, mereka di beri sementara tanah lot, rumah ,makanan, beras tepung gula ikan kering roti oleh British. Aku masih ingat lagi nama-nama seperti Wak Pito,Wak Gariman,Wak Amir, Wak Minhaj Munaji, Wak Sarwan,Wak Surip dan banyak lagi  aku tak berapa ingat. Orang-orang cina pun ada juga mereka ditempatkan di sekitar padang parit Sulong.Untuk mengawal supaya  penduduk tidak keluar sewenang-wenangnya Parit Sulong di pagar dengan kawat berduri setinggi 12 kaki dari hadapan balai polis lama tepi sungai  membawa keparit Raja Ahmad dan terus kejalan Parit Jidin kebelakang sekolah Keb. Parit Sulong.

Hanya ada 2 jalan untuk keluar masuk iaitu dipintu pagar atas jembatan Parit  Sulong dan pintu pagar depan sekolah cina Parit Sulong.Setiap pagar dikawal oleh mata-mata dan askar home guard.


Didepan sekolah cina ketika pagi semua  orang yang hendak pergi noreh atau berkebun akan diperiksa pakaian nya ,basikalnya topinya tong getahnya kalau-kalau ada yg seludup makanan untuk diberikan kpd komunis..Bas lori kereta yang keluar masuk akan dipereksa dengan teliti hingga penumpang bas pun kena periksa takut ada komunis yang menyamar. Dengan kawalan ketat ini kominis dihutan-hutan Kangkar naik berang mereka tak dapat bekalan makanan lalu komunis menyerang kampung-kampung sekitar seperti Parit Jawa , Separap  Seri Medan, Parit Penghulu tak kira siang atau malam.


Orang kampung yang ketakutan akan lari, menyelamatkan diri .Orang Cina  yang ketakutan pun akan lari kedalam hutan hingga ada yang tertinggal anak-anak kecilnya yang masih bayi atau diserahkan kpd orang Melayu. Parit Sulong dulu ramai orang bela anak angkat cina kebanyakannya perempuan anak angkat ini di bintikan kepada bapa angkatnya, bila besar  kawin dengan orang Melayu, anaknya cantik -cantik disekolah Dato' Sulaiman dulu ramai saya terjumpa yg emak nya anak angkat cina.Saya memang tahu dan kenal mereka , ada yang dari Parit Othman ada yang dari Parit Jawa ada yang dari Parit Tegak, tapi aku diam saja tak mau pecahkan tembelang, mereka ni pandai belajar,terutama matematik dan sains.

Untuk mengurangkan ancaman komunis British menubuhkan pasukan kawalan kampung yang di pangg "Home Guard"  yang terdiri dari penduduk kampung lelaki dan perempuan. Mereka  dilatih berkawat serta menembak dan diberi lencana home guard.Aku ingat lagi bapak aku dulu berlatih menembak di Parit Sentang bersama Wak Kiman,Wak Maskam Wak Kandar Wak Sadali Wak Samad.  Malam-malam merunda seluruh kampung dengan lampu picit dan senapang, kalau-kalau ada komunis masuk kampung  dan menyerang, macam rukun tetangga la.


 Satu ketika kominis telah menyerang Parit Sulong dengan memabakar rumah-rumah dan membunuh penduduk kampung amat dahsyat serangannya hingga membunuh  beberapa orang kerabat AY Cikgu Karim dan AY Dato Jamil Sulong.Beberapa hari selepas itu Kerajaan British menghantar  beratus-ratus tentera Fiji, Gorka dan Australia ke hutan Kangkar,mereka berkumpul diPadang Parit Sulong dengan komboi trak tentera dan helikoter, keadaan pekan  Parit Sulong  seperti dalam perang , hari-hari lori dan trak tentera berderet-deret menghala pekan Kangkar, lori-lori tentera ni sambil lalu suka campak gula-gula kearah kanak-kanak ditepi jalan termasuklah aku.Sukanya dapat gula-gula coklat ketika itu... ha ha ha !

Bila malam selalu kedengaran bunyi tembakan  mesyen gun dari arah Kangkar.Besuknya balai polis Parit  Sulong dipenuhi askar dan tentera. Berpuluh-puluh mayat kominis yg kebanyakannya hancur berkecai di lanyak oleh askar Gorka disadaikan di tepi balai polis tepi jembatan.Orang ramai termasuk aku berebut-rebut menyaksikan muka kominis. Ngeri aku tenguk, kaki hancur muka hancur, ada yang diikat dipikul dengan kayu diturunkan dari trak tentera,kominis perempuan pun ada.


Ketika perang  darurat  hampir tamat ,ramai penduduk dalam kurungan pagar parit sulong yang balik semula ke Air Puteh ,balik Kg Kangkar, tapi ada juga yang terus menetap diParit Sulong sehingga hari Ini,ada yang menjual lot tanahnya kpd orang luar.Penduduk asal parit sulong sebenar dah tinggal sikit seperti bapak aku, wak Surip Pak Dan  Wak Gariman, keluarga AY Cikgu Karim, AY Pak Yakmat dan lain-lain (sekadar yang teringat)


Sekarang kebanyakannya imigrant yang datang menetap kerana mencari rezeki.Sempena sambutan hari kebangsaan, negara sudah aman bebas cari nafkah, ingati pengorbanan orang terdahulu yang membebaskan kampung kita dari kominis Jepun dan British.


Nota maq : artikel ini merupakan Copy paste dari laman facebook. Sejarah tak mungkin berulang namun jika kita lalai , tak mustahil kita akan kembali mengulang sejarah silam itu. Relakah tanah airmu dijajah kembali ? Semua jawapannya ada padamu. 

12.4.17

Sejarah kampungku


Assalamualaikum

Harini maq nak kongsi sejarah kampung kampung yang terdapat didaerah Batu Pahat ini.

Untuk pertama kalinya perkongsian ini berunsur sejarah tulin negeri. Semua yang maq kongsi ini juga maq perolehi dari laman facebook . Kiranya maq hanya copy and paste aja lah ya.

Tujuan perkongsian : supaya orang kita di Batu Pahat ini kenal asal usul diri kita dan dapat mengetahui sejarah kawasan tempat tinggal kita sendiri.

Kampung pertama maq nak kongsi ialah : kampung Sri Medan ,Batu Pahat.




        SRI MEDAN , BATU PAHAT

Sri Medan dahulunya merupakan bandar perkampungan yang unik telah banyak mengalami perubahan pembangunan. Sri Medan telah dibuka oleh Tuan Haji Yusof yang berasal dari Indonesia pada tahun 1912. Dahulunya Sri Ramonia merupakan nama asal bagi Sri Medan, nama ini diubah semasa pemerintahan Jepun di Malaya. Penduduk asal di Sri Medan adalah seramai 70 orang, mereka terdiri dari saudara terdekat Tuan Haji Yusof.

Sri Medan merupakan nama tempat asal Haji Yusof yang berasal dari Indonesia, dan Medan pula merupakan tempat yang berkelompok besar. Nama Medan juga diambil bersempena pengumpulan warga-warga buruh yang bekerja di lombong bijih besi yang diusahakan oleh Pihak Jepun. Buruh-buruh ini terdiri dari kaum Melayu, India, Cina dan warga lain.



Pada zaman pelombongan besi di Sri Medan di anggarkan seramai 15,000 orang pekerja dari warga Melayu, India, Cina dan Indonesia yang bekerja pada zaman tentera British. Pada tahun 1918 lombong besi diteroka oleh syarikat Jepun. Syarikat Jepun yang meneroka lombong besi ini bernama 'Nippon Kanji Kaisa ' atau dengan nama singkatannya ' NKK '. Pada tahun 1941 operasi lombong di Sri Medan telah ditamatkan, dan pada tahun 1942 ia telah dibuka semula sehingga 1945.



Pada sekitar tahun 60 an Sri Medan ini sering di landa banjir dalam tempoh yang panjang. Ini kerana kedudukan geografinya dan ketiadaan sistem saliran yang baik. Kesemua air yang melanda banjir di Sri Medan melalui dari Chaah dan Bekuk. Air banjir dari Sri Medan akan melanda Parit Sulong dan seterusnya akan mengalir terus ke Sungai Simpang Kiri (cabang Sg Batu Pahat). Penduduk Sri Medan perlu menempuh banjir yang panjang dan kadangkala berbulan-bulan lamanya sehingga air itu akan mengalir ke sungai atau meresap ke bumi. Ini menyebabkan beribu ekar kebun atau tanaman yang rosak dan musnah.

Pada tahun 1985 kerajaan Johor telah mengeluarkan peruntukan untuk membuat sistem saliran air di kawasan Sri Medan..


Nota maq : orang sekarang selalu lupa sejarah hidup mereka. Bahaya tu..

10.4.17

Alfalfa minuman tambahan


Assalamualaikum...

Alhamdulillah wasyukurillah. Anda nampak minuman dalam botol dibawah ni? Itulah salah satu minuman tambahan maq.


Macam pelik je kalau cakap minuman tambahan. Selalunya orang hanya cakap makanan tambahankan ? Hehhee takpa janji ada perkataan tambahan. Dan ianya tidak membawa maksud nasi tambah atau kelas tambahan tau !

Apa keistimewaan air alfalfa ini? Ia mengandungi banyak khasiat meneral dan vitamin. Sehinggakan ianya dipanggil ibu segala makanan.

Apa rasa airnya ? Sedap ! Rasa daun .



Kenapa maq minum air tambahan ini ? Kata orang mencegah lebih baik dari mengubati ,jadinya maq ambillah air ini hanya sebagai 'bahan pencegahan' .



Mana nak dapat? Setakat ini di Batu Pahat ni maq baru jumpa 2 lokasi yang ada jual .

- di pasaraya Cawboy , Jln Kluang
- di Azhar food ,Rengit.

Mungkin ada ditempat lain tapi maq belum pergi tempat tu. Hehhee

Harga ? Murah je . Sama dengan harga air soya sejuk kat pasar malam pesta tu. Tak sampai pun rm 3.00 untuk sebotol.

Cara minum ? Sama je macam minum air botol biasa je . Buka tutup ,baca bismillah , tuang dalam mulut pelahan lahan.


Syarikat yang membekal.


Nota  : satu je pesanan maq ,Janganlah ambil minuman ini keterlaluan. Kerana setiap yang berlebihan itu pasti memudaratkan ! Ingat tu . Maq minum seminggu sebotol atau dua botol je.




5.4.17

Faedah online


Assalamualaikum..

Bila kita dapat peluang untuk melayari sesuatu laman social , ambil manfaat didalamnya. Laman social ni jika kita buat ianya satu sudut nagetif ,makanya nagetiflah hasilnya tapi bila kita ambil pada sudut positif ,makanya hasilnya turut positif. Bila ditanya apa faedah maq online twitter ? Jawapan balas maq , bila kita kurang ilmu pada sesuatu bidang ,kita kena follow orang yang berkaitan dalam bidang tersebut.

Harini maq nak kongsi hasil yang maq dapat dari follow geng farmasi kat twitter . Harap harap perkongsian ni boleh beri anda sedikit ilmu pengetahuan.










nota maq : Ada banyak info berguna dari geng farmasi Otai. Kalau anda ada akaun twitter follow lah. Tak rugi rasanya . Sesungguhnya sihat tak boleh dinilai dengan wang yang berjuta. 

Bas Muafakat Johor


Assalamualaikum ..

Alhamdulillah wasyukurillah. Dalam menangani fenomena kesesakkan jalan raya ,baru baru ni maq ada dapat info mengenai perkhidmatan bas percuma untuk warganegara Batu Pahat. Namun kesahihannya masih belum terjawab sebab maq belum lagi keluar ke terminal Batu Pahat untuk tengok bas bas tersebut.




Nama bas : bas Muafakat Johor

Penumpang : semua warganegara. Bukan warganegara tak boleh naik.

Cas perkhidmatan  : beli kad rm 10 , boleh pakai 12bulan ( 1 tahun )

Kawasan terlibat : terminal Batu Pahat - jalan Soga - jalan Sultanah - jalan Zabedah - jalan Rahmat - bulatan Simpang Rantai - jalan Pejabat - jalan Zahara - jalan Kolam Air - jalan Daun Payung - jalan Tukas - jalan Susur Zamrud - jalan Ampuan - jalan Dato Syed Esa - jalan Pantai - jalan Shabandar -jalan Temenggung - terminal Batu Pahat.

Semua jalan terlibat adalah jalan yang memang hari hari alami kesesakkan di bandar ini.

Makanya orang Batu Pahat dah boleh buat perancangan untuk memberi respond baik pada perkhidmatan bas percuma ini. Bayar rm10 ,setahun tambang percuma ! Kalau sesaja nak pusing pusing bandar boleh tak ya?? Huhu kalaulah taman Bukit Perdana ada bas percuma ..😑

 Anak dara maq tanya , bas nak pergi BP Mall atau Summit Prade ada yang percuma tak maq ? Haha nahe !! Risiko hey !! ekonomi meleset hey ! No shopping shopping bas hey ! 😂 orang perempuan ni lain dia takda fikir ya selain shopping?

Adehh pening ..😅

Nota maq : semoga program ini dapat membantu rakyat yang makin hari makin sesak. Dari poket sampai ke jalan raya..hehe


Kolesterol dalam badan


Assalamualaikum..
Syukur alhamdulillah ,kita masih mampu bernafas dalam suasana tenang dan selesa. Maq nak kongsi apa yang maq dah baca pasal kolesterol dalam badan.



INFO SIHAT :-Tanda-tanda Kolesterol Tinggi Dalam Tubuh.

1. Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahu. Sebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan lenguh-lenguh sebagai gejala awal tanda kolesterol yang tinggi. Gejala ini muncul disebabkan oleh kekurangan oksigen. Gejala kolesterol tinggi yang biasa ialah berat di kepala tapi rasa sakitnya tidak tajam, hanya berat kepala sahaja.

2. Tanda kolesterol tinggi yang lain adalah cepat mengantuk, terutama bila kadar kolesterolnya sudah terlalu tinggi, contohnya trigliserida yang normal dibawah 200 mg atau 150 mg. Rasa cepat mengantuk ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengambilan oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang sempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolesterol.

3. Selain itu, jika sering merasa semut-semut. Kadang-kadang kesemutan juga boleh kerana darahnya agak pekat. Kadar kolesterol tinggi boleh menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi berkurang.

4. Gejala lain adalah terjadi timbunan lemak di atas kelopak mata. Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi. Namun ini hanya terjadi pada sebahagian kecil orang sahaja.

5. Gejala kolesterol tinggi lain yang sering dirasakan adalah mudah merasa letih. Ini disebabkan ketika plak terbentuk di dinding arteri, boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koronari dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan-keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah letih.

6. Tanda-tanda lainnya adalah sering sakit kepala. Ini terjadi disebabkan kolesterol yang tinggi dalam darah sehingga memuncak dan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini membuatkan arteri akan menyempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

7. Gejala kolesterol tinggi dalam tubuh yang terakhir adalah kaki bengkak. Hal ini disebabkan ketika pembuluh darah menyempit dan aliran oksigen berkurang, maka yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki menjadi bengkak. Keadaan ini hampir sama dengan situasi ketika terlalu lama duduk dalam sesuatu perjalanan.

Jadi, jika anda menghadapi gejala atau tanda-tanda kolesterol tinggi dalam tubuh seperti yang disenaraikan diatas, segeralah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dan nasihat yang sepatutnya. Jangan dibiarkan kerana jika terlewat dirawat, berkemungkinan kita terdedah dengan risiko penyakit berbahaya.

Nota Maq : Jaga kesihatan kita... Copy and paste je ni.

1.4.17

Hati seorang ibu , jiwa seorang ayah

Assalamualaikum

Alhamdulillah , harini 2 orang lagi sahabat sekolah menengah maq telah selamat menerima menantu. Keduanya dapat menantu perempuan ! Seorang sahabat berada di Kuala Lumpur , manakala seorang sahabat lagi berada di Johor. Tahniah !

Image result for bunga pengantin
gambar dari google

Amat ketara perbezaannya apabila orang lelaki dengan orang perempuan ni kahwinkan anak . Jika kita lihat bapak pengantin bila anak dah selamat dinikahkan dengan isterinya , dia dah boleh senyum tenang. Dia dah mula rasa lega. Biarpun dalam hati ada sediki terasa sikit sayu mungkin , namun dia anggap hal tu seakan biasa. Ditepisnya kesedihan tu jejauh. Berbeza dengan situasi seorang perempuan bila mana anaknya selamat dinikahkan dengan pilihan hatinya , hati sayu si ibu itu dua tiga hari belum tentu pulih lagi. Malahan makan bulan !

 Jangan kata anak orang lain , situasi yang serupa maq dah alami , saat anak dinikahkan dengan suaminya tempohari , maq dah sebak sayu ,pilu hiba , sedangkan ayahnya rileks je. Situasi pilu akan jadi makin sayu bila kita dah melepaskan dia kepada keluarga lain. Walaupun dekat je tempat tinggal mereka ,bila duduk sorang sorang mesti terasa sunyi, sayu dan akhirnya sebak ..

Naluri seorang ayah tidak setanding ibunya, itulah hakikatnya. Mungkin macam pelik bila seorang ayah asyik nak menangis je , ye tak ? kalau ibunya tu macam sweet je , sikit sikit lap airmata , sikit sikit sebak sayu tapi tetap mampu ukir senyuman , hehe nampak makin comel.

Apapun keadannya , dalam syukurnya hati seorang ibu dan seorang ayah yang terima menantu , dia tetap rasa antara mereka sudah berkongsi kesayangan .. adeh terasa sebaklah pulak .



Image result for cincin pengantin
gambar dari google



Nota maq :  bila kita dah selamat menguruskan pembinaan masjid untuk anak anak , makanya  kita dah berjaya selamatkan mereka dari kencah maksiat yang di ketuai oleh saitan saitan nirrojim. Alhamdulillah .

Tips jadi pengasuh

Assalamualaikum..

Alhamdulillah , rajin pulak harini maq nak berkongsi tips . mesti ramai dikalangan suri rumah yang teringin nak jadi pengasuh ,memandangkan zaman serba serbi menaik dan takda langsung niat untuk menurun. setiap saat adalah wang ! salah satu caranya ialah ,jadi babysitter ( pengasuh )  atau biasanya orang akan tanya maq macam ni..

**~ ko kerja ape ni ??

^^~ saya jaga budak je kak..

**~ oowhh ...


ye, hanya jaga budak budak , bapak budak ,datuk budak ya tidak ! haha . bahaya ! okey lah, kalini maq nak berkongsi tips macamana nak jadi seorang pengasuh yang tak payah nak peningkan kepala untuk urus anak asuhan. Kita mulakan dengan pengurusan MASA !

 1 , setkan masa jagaan anda . Kalau masa anda lapang itu hanya ketika waktu siang hari , anda tidak lah digalakan mengasuh lebih waktu sehingga malam hari, ini akan mengganggu masa anda bersama keluarga anda.

2 , jika anda nak jaga baby yang parentnya kerja 8-5 , anda kena kira waktu baby itu dihantar ,bukan waktu parent dia masukk kerja. Jika dia dihantar pada pukul 7.30 am , ya ,ambillah kiraan jagaan bermula dari 7.30 am so ,anda lebih yakin masa anda untuk melakukan penjagaan dan selaras dengan bayarannya. dan pastikan waktu pulangnya parent itu selaras , jangan suka suka dia nak ambil anak . pengasuh ada banyak lagi tugasan  dirumah bila semua ahli keluarganya sudah berkumpul menjelang maghrib.

3 , jika anda mengasuh anak asuhan yang parent berkerja office hour , anda tidak digalakkan mengasuh anak asuhan yang parentnya kerja shif . kerana masa akan jadi lebih panjang . Seorang pengasuh kanak kanak tidak akan mampu mengasuh hingga lebih waktu 15 jam sehari. Ini akan mengganggu sedikit demi sedikit hal berkaitan mental dan fizikalnya tanpa dia sedari.

4 , pastikan pengasuh ada waktu rehatnya dalam seminggu. Menjadi pengasuh lebih letih dari menjadi seorang penebar roti canai. sebabnya pengasuh melakukan kerja dirumah , makanya dia kena hadap 2 kerja dalam 1 masa. Mengasuh dan mengurus rumah.  Manakala penebar roti hanya berkerja bila pelanggan datang dan order. Dan penjual roti canai tidak akan buka kedai 24 jam hanya dengan seorang penebar, ye atau tidak ?

okey , itu sahaja buat kali ini , nanti maq kongsikan lagi tips lain untuk anda yang teringin nak ber berjinak jinak dalam bidang asuhan kanak kanak ini. Bila niat nak bantu suami ni siapa lagi kalau bukan kita ( isterinya) . bukan isteri isterinya okey !

Nota maq? Harini malas nak taip nota lah😂