14.4.17

Sejarah kampungku 2



Assalamualaikum

Sekali lagi berkongsi sejarah salah satu daerah di Batu Pahat.

PARIT SULONG DALAM GALLERY MEMORY
"Oleh ; mohamad sindi sabilan "

Aku dilahirkan dalam pasca selepas perang dunia kedua dan zaman keganasan komunis Malaya 1947.Arwah emak pernah beritahu ketika nak lahirkan aku, sana sini JedarJedur ! bunyi tembakan malam-malam, hingga menakutkan  seluruh penghuni Parit Sentang Batu di kampung bernama Estate Chu Lem...skg lokasinya ialah Komplek peladang jalan Peserai berhampiran Parit Lapis Laman.

Embah Sarah  nenek aku yg menjadi bidan yg tinggal di pekan Parit Sulong dibawa oleh bapak aku dan diiringi oleh  beberapa orang kampung Home Guard supaya tidak diganggu oleh komunis.Pengganas komunis Bintang Tiga berada dimana-mana disekitar Parit Sulong, seperti di Kangkar Senangar, Hutan2 menghala ke Pagoh, Seri Medan, Air Puteh, Separap,Parit Penghulu, Parit Jawa, Batu Lima, Kolam Air, Bandar Batu Pahat.
Kominis ni kejam, mereka menangkap membunuh , menyeksa, membakar rumah mencolek anak-anak  gadis.Yang paling teruk ialah kominis balas dendam kepada orang-orang disyakki membantu Jepun dalam perang dua ke dua.Jepun memang dah berdendam dengan orang2 Cina sejak zaman perang Mancuria zaman Sut Yat Seng.Ramai Penduduk Cina lari ke Asia tenggara termasuk ke Tanah Malayu tinggal menetap bersama orang Melayu mengusahakan ladang-ladang getah, kelapa gambir pinang, kopi.


Ketika komunis melancarkan keganasan penduduk sekitar Parit Sulong terutama yang tinggal di Air Puteh Kangkar ,atau yang jauh di pedalamn hutan Paguh Sejagung, telah dipindahkan oleh kerajaan British supaya mereka tidak diganggu komunis di Parit sulong, mereka di beri sementara tanah lot, rumah ,makanan, beras tepung gula ikan kering roti oleh British. Aku masih ingat lagi nama-nama seperti Wak Pito,Wak Gariman,Wak Amir, Wak Minhaj Munaji, Wak Sarwan,Wak Surip dan banyak lagi  aku tak berapa ingat. Orang-orang cina pun ada juga mereka ditempatkan di sekitar padang parit Sulong.Untuk mengawal supaya  penduduk tidak keluar sewenang-wenangnya Parit Sulong di pagar dengan kawat berduri setinggi 12 kaki dari hadapan balai polis lama tepi sungai  membawa keparit Raja Ahmad dan terus kejalan Parit Jidin kebelakang sekolah Keb. Parit Sulong.

Hanya ada 2 jalan untuk keluar masuk iaitu dipintu pagar atas jembatan Parit  Sulong dan pintu pagar depan sekolah cina Parit Sulong.Setiap pagar dikawal oleh mata-mata dan askar home guard.


Didepan sekolah cina ketika pagi semua  orang yang hendak pergi noreh atau berkebun akan diperiksa pakaian nya ,basikalnya topinya tong getahnya kalau-kalau ada yg seludup makanan untuk diberikan kpd komunis..Bas lori kereta yang keluar masuk akan dipereksa dengan teliti hingga penumpang bas pun kena periksa takut ada komunis yang menyamar. Dengan kawalan ketat ini kominis dihutan-hutan Kangkar naik berang mereka tak dapat bekalan makanan lalu komunis menyerang kampung-kampung sekitar seperti Parit Jawa , Separap  Seri Medan, Parit Penghulu tak kira siang atau malam.


Orang kampung yang ketakutan akan lari, menyelamatkan diri .Orang Cina  yang ketakutan pun akan lari kedalam hutan hingga ada yang tertinggal anak-anak kecilnya yang masih bayi atau diserahkan kpd orang Melayu. Parit Sulong dulu ramai orang bela anak angkat cina kebanyakannya perempuan anak angkat ini di bintikan kepada bapa angkatnya, bila besar  kawin dengan orang Melayu, anaknya cantik -cantik disekolah Dato' Sulaiman dulu ramai saya terjumpa yg emak nya anak angkat cina.Saya memang tahu dan kenal mereka , ada yang dari Parit Othman ada yang dari Parit Jawa ada yang dari Parit Tegak, tapi aku diam saja tak mau pecahkan tembelang, mereka ni pandai belajar,terutama matematik dan sains.

Untuk mengurangkan ancaman komunis British menubuhkan pasukan kawalan kampung yang di pangg "Home Guard"  yang terdiri dari penduduk kampung lelaki dan perempuan. Mereka  dilatih berkawat serta menembak dan diberi lencana home guard.Aku ingat lagi bapak aku dulu berlatih menembak di Parit Sentang bersama Wak Kiman,Wak Maskam Wak Kandar Wak Sadali Wak Samad.  Malam-malam merunda seluruh kampung dengan lampu picit dan senapang, kalau-kalau ada komunis masuk kampung  dan menyerang, macam rukun tetangga la.


 Satu ketika kominis telah menyerang Parit Sulong dengan memabakar rumah-rumah dan membunuh penduduk kampung amat dahsyat serangannya hingga membunuh  beberapa orang kerabat AY Cikgu Karim dan AY Dato Jamil Sulong.Beberapa hari selepas itu Kerajaan British menghantar  beratus-ratus tentera Fiji, Gorka dan Australia ke hutan Kangkar,mereka berkumpul diPadang Parit Sulong dengan komboi trak tentera dan helikoter, keadaan pekan  Parit Sulong  seperti dalam perang , hari-hari lori dan trak tentera berderet-deret menghala pekan Kangkar, lori-lori tentera ni sambil lalu suka campak gula-gula kearah kanak-kanak ditepi jalan termasuklah aku.Sukanya dapat gula-gula coklat ketika itu... ha ha ha !

Bila malam selalu kedengaran bunyi tembakan  mesyen gun dari arah Kangkar.Besuknya balai polis Parit  Sulong dipenuhi askar dan tentera. Berpuluh-puluh mayat kominis yg kebanyakannya hancur berkecai di lanyak oleh askar Gorka disadaikan di tepi balai polis tepi jembatan.Orang ramai termasuk aku berebut-rebut menyaksikan muka kominis. Ngeri aku tenguk, kaki hancur muka hancur, ada yang diikat dipikul dengan kayu diturunkan dari trak tentera,kominis perempuan pun ada.


Ketika perang  darurat  hampir tamat ,ramai penduduk dalam kurungan pagar parit sulong yang balik semula ke Air Puteh ,balik Kg Kangkar, tapi ada juga yang terus menetap diParit Sulong sehingga hari Ini,ada yang menjual lot tanahnya kpd orang luar.Penduduk asal parit sulong sebenar dah tinggal sikit seperti bapak aku, wak Surip Pak Dan  Wak Gariman, keluarga AY Cikgu Karim, AY Pak Yakmat dan lain-lain (sekadar yang teringat)


Sekarang kebanyakannya imigrant yang datang menetap kerana mencari rezeki.Sempena sambutan hari kebangsaan, negara sudah aman bebas cari nafkah, ingati pengorbanan orang terdahulu yang membebaskan kampung kita dari kominis Jepun dan British.


Nota maq : artikel ini merupakan Copy paste dari laman facebook. Sejarah tak mungkin berulang namun jika kita lalai , tak mustahil kita akan kembali mengulang sejarah silam itu. Relakah tanah airmu dijajah kembali ? Semua jawapannya ada padamu. 

No comments: