12.4.17

Sejarah kampungku


Assalamualaikum

Harini maq nak kongsi sejarah kampung kampung yang terdapat didaerah Batu Pahat ini.

Untuk pertama kalinya perkongsian ini berunsur sejarah tulin negeri. Semua yang maq kongsi ini juga maq perolehi dari laman facebook . Kiranya maq hanya copy and paste aja lah ya.

Tujuan perkongsian : supaya orang kita di Batu Pahat ini kenal asal usul diri kita dan dapat mengetahui sejarah kawasan tempat tinggal kita sendiri.

Kampung pertama maq nak kongsi ialah : kampung Sri Medan ,Batu Pahat.




        SRI MEDAN , BATU PAHAT

Sri Medan dahulunya merupakan bandar perkampungan yang unik telah banyak mengalami perubahan pembangunan. Sri Medan telah dibuka oleh Tuan Haji Yusof yang berasal dari Indonesia pada tahun 1912. Dahulunya Sri Ramonia merupakan nama asal bagi Sri Medan, nama ini diubah semasa pemerintahan Jepun di Malaya. Penduduk asal di Sri Medan adalah seramai 70 orang, mereka terdiri dari saudara terdekat Tuan Haji Yusof.

Sri Medan merupakan nama tempat asal Haji Yusof yang berasal dari Indonesia, dan Medan pula merupakan tempat yang berkelompok besar. Nama Medan juga diambil bersempena pengumpulan warga-warga buruh yang bekerja di lombong bijih besi yang diusahakan oleh Pihak Jepun. Buruh-buruh ini terdiri dari kaum Melayu, India, Cina dan warga lain.



Pada zaman pelombongan besi di Sri Medan di anggarkan seramai 15,000 orang pekerja dari warga Melayu, India, Cina dan Indonesia yang bekerja pada zaman tentera British. Pada tahun 1918 lombong besi diteroka oleh syarikat Jepun. Syarikat Jepun yang meneroka lombong besi ini bernama 'Nippon Kanji Kaisa ' atau dengan nama singkatannya ' NKK '. Pada tahun 1941 operasi lombong di Sri Medan telah ditamatkan, dan pada tahun 1942 ia telah dibuka semula sehingga 1945.



Pada sekitar tahun 60 an Sri Medan ini sering di landa banjir dalam tempoh yang panjang. Ini kerana kedudukan geografinya dan ketiadaan sistem saliran yang baik. Kesemua air yang melanda banjir di Sri Medan melalui dari Chaah dan Bekuk. Air banjir dari Sri Medan akan melanda Parit Sulong dan seterusnya akan mengalir terus ke Sungai Simpang Kiri (cabang Sg Batu Pahat). Penduduk Sri Medan perlu menempuh banjir yang panjang dan kadangkala berbulan-bulan lamanya sehingga air itu akan mengalir ke sungai atau meresap ke bumi. Ini menyebabkan beribu ekar kebun atau tanaman yang rosak dan musnah.

Pada tahun 1985 kerajaan Johor telah mengeluarkan peruntukan untuk membuat sistem saliran air di kawasan Sri Medan..


Nota maq : orang sekarang selalu lupa sejarah hidup mereka. Bahaya tu..

No comments: