Posts

Showing posts from May, 2017

Zikir dibulan Ramadhan

Image
Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah ,harini  sudah sampai kepada hari ke empat Ramadhan . Terima kasih Allah untuk segalanya.

Ramadhan hadir hanya sebulan dalam setahun , rebutlah segala peluang yang ada. Amalan dan ganjarannya. Usah terlalu akur dengan kehendak dunia sehingga kita lupa kewajipan untuk akhirat.

Tahun depan belum pasti kita jumpa Ramadhan lagi atau tidak. Pelbanyakkanlah berzikir , membaca Quran dan bersedekah dibulan mulia ini.

Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan berjalan lancar, Aamiin ya Robbal alamiin.. selamat beramal.

Nota maq : pesanan ini buat diri sendiri jugak.

Ilmu ,jangan berhenti gali

Image
Assalamualaikum.



Bulan Ramadhan ini aktiviti maq di kelas muslimah, cuti. Ada takda muslimah yang aktif tiap hari jumaat itu kenalah gali ilmu dilaman social atau dimana mana je laman yang boleh dibuat ilmu. Dan pastikan ilmu yang digali itu ilmu yang sahih. Bukan ilmu silap mata atau ilmu hitam ! Hati hati ya .


Bila anda dah tertarik dengan sesuatu perkara, pastinya anda akan pasang niat . Iaitu,  nak tahu lagi ,lagi dan lagi. Begitu juga dengan ilmu. Alhamdulillah , bila dah mula berjinak dengan gadjet ni ,maq lebih kepada , nak cari ilmu apa bila online fb ? Nak baca info apa bila online twitter ? Nak copy paste ayat berguna apa bila buka whatsapp ?

Mustahil maq nak cari jodoh bila online kan? Hahha kalau ada pun ,  jodoh pun agaknya takut kalau nampak maq online sebab dah jelas lagi nyata maq ini kan isterinya  orang ! Hehe apalah yang maq merepek ni maq ?

Zaman serba canggih ni , dah takda masa nak buat gossip atau memerhati kekurangan orang keliling . Pada maq , bila online tu …

Kata kata maq

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
Memang asalnya manusia dari tanah , tetapi janganlah jadikan diri kita lebih kotor dari tanah yang di selaputi oleh pelbagai najis . Ingat ! Sangat jauh bezanya antara manusia dan tanah yang dipijak itu.
🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Doa sebelum berbuka

Image
TIPS PERTAMA BAGAIMANA UNTUK MERAIH PAHALA "RAMADHAN" (AMALAN YG SOHEH SEBELUM BERBUKA PUASA)



Assalamualaikum ,
Sempena bulan yang mulia ni , maq nak kongsi sedikit tentang apa yang patut kita ambil peluang menjelang masuknya waktu berbuka puasa.

Orang kita kebanyakkan tak tahu, time nak berbuka lah sibuk nak siap siap kan hidang, hinggakan masa azan pun sibuk sibuk lagi tengah menghidang. SEBENARNYA ada perkara penting yang sangat BESAR yang PERLU kita tahu, TETAPI selama ni kita tidak tahu dan mungkin tak pernah lakukan kerana tidak ada ilmu tentangnya.

Subhanallah.

Ibnu Majjah meriwayatkan hadis di dalam kitab sohehnya iaitu Sunan Ibnu Majjah,
Kata Nabi s.a.w yg maksudnya lebih kurang Allah SWT tak tolak permintaan pada seseorang yg BERDOA ketika ia hendak berbuka. Subhanallah.

Kita tak pernah buat kan? Kerana itu kalau kita pergi ke negara arab contohnya di Mekah, lagi 5 minit sebelom berbuka mereka bersungguh sungguh mengangkat tangan berdoa, menangis nangis sehinggala…

Kesilapan besar dalam berpuasa

Image
Assalamualaikum .



*Tips Melalui Ramadhan - Dr Norhissam*

Mengikut kajian kesilapan besar yang sering terdapat dalam berpuasa;

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Nabi buka puasa dengan 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium seperti makanan bergula perang , bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan.

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
- Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat ba…

Kata kata Maq

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸"  Bila nak cari seorang sahabat tidak perlu lah yang punya ciri sama seperti imam muda atau ustazah pilihan tapi carilah seorang sahabat yang bila dia berkata kata, dia guna akal dan bila dia menyentuh kita , dia guna hati "  πŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈ

Solat Tarawih dan Wanita

Assalamualaikum.


WANITA SOLAT SUNAT TARAWIH DI RUMAH LEBIH AFDHAL.

Wanita sebenarnya tidak digalakkan untuk bersolat jemaah di surau atau masjid.orang perempuan lebih afdal solat di rumah dan pahalanya adalah lebih besar.

Selain menghindar diri dari fitnah, wanita yang solat di rumah dapat berehat rehat di dalam melakukan ibadah solat sunat seperti sunat terawih. Sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bayangkan solat sunat terawih yang dikerjakan di surau atau masjid dilakukan tanpa rehat, kadang kadang laju..

Selalunya kita buat sunat terawih 10 rakaat dengan 5 salam dan diikuti dengan witir 3 rakaat 2 salam. Kalau buat kat rumah, buat 4 rakaat lepas tu boleh rehat rehat sekejap. Katala kita nak tengok Ustaz Don sekejap, lepas tu sambung lagi untuk menghabiskan lagi 6 rakaat. Lapar la pulak, berhenti makan sekejap lepas tu sambung witir 3 rakaat..

Tetapi kalau dah bagi duduk, rasanya boleh direct habiskan jer 13 rakaat solat sunat …

Khasiat kurma

Image
Assalamualaikum.
Waktu maq demam , tekak memang tak lalu nak telan apa makanan pun. Sehinggakan tengah malam perut terasa pedihnya. Namun kuasa Allah , maq teringat yang maq pernah bersahur dengan 3 biji buah kurma dan rasa selesa berpuasa hingga ke maghrib. Tanpa berlengah maq pun ambil beberapa biji kurma yang ada dalam simpanan kami. Alhamdulillah hilang akhirnya rasa kelaparan yang mengelodak sebelum tu. Maha suci Allah.

Harini bila on whatsapp , seorang sahabat digroup telah pun berkongsi perihal kurma. Macam tau tau jek kan. Jika anda nak tahu lebih lanjut , yok baca...



*KHASIAT KURMA*

*MENGAPA KURMA DI BENCI JIN DAN SETAN DAN MENGAPA NABI SAW MEMAKANNYA DALAM HITUNGAN GANJIL.*INI JAWABAN NYA.*

    *Sepercik Hikmah*

Mengapa kurma dibenci jin dan setan?

Serta mengapa Nabi SAW memerintahkan kita, memakan dalam hitungan ganjil 3, 5, 7, 9 atau 11 dan dimakan pada pagi hari?

Dan yang paling baik makan tujuh biji kurma. Baik dari segi Agama dan ilmiah penjelasan atas pertanyaan ini y…

Pesanan buat anak anak

Image
Assalamualaikum.

Malam yang tenang. Bila suasana dah sunyi sepi macam ni , teringat pulak zaman anak anak sedang membesar dulu. Jerit pekik , hilai tawa mereka sering jadi amarah maq. Huhu maq suka suasana tenang kononnya. Ternyata maq silap , bila anak anak dah besar , dan sudah mula belajar bawa hala tuju kehidupan masing masing. Rumah semakin terasa kosong. Nasiblah rumah ni kecil jek . Taklah terasa sangat kekosongannya. Si Bongsu jelah dihadap 24jam. Dah lah orangnya pendiam.

Allah hu.. Sunyiii

Anak anak maq , dunia kita bermula dari kisah Cinta Adam dan Hawa. Cinta tanpa handphone dan internet, namun kedua mereka masih melakukan silap sehingga dihukum keluar dari syurga. Dan akhir zaman ini , dunia semakin rapuh maruahnya angkara handphone dan internet.

Jaga jaga ! Kerana maruah ,masa depan kalian sekarang ini sangat sangat bergantung dengan dua benda ini jika kalian tidak berwaspada.

   Ya , handphone  ,internet !  dua benda ini boleh mengakibatkan:

- suami isteri bercerai
-or…

Demam on off

Image
Assalamualaikum.
Semoga anda semua berada didalam rahmat Allah s.w.t. dan sihat sihat hendaknya.Alhamdulillah.

Harini maq dan anak bongsu terpaksa jumpa doktor selepas ubat demam dari klinik panel encik suami habis  ditelan tapi demam masih tidak kebah.

Doktor :  puan sakit apa?

Maq : demam on off doktor. siang ok ,malam panas ,pastu badan bisa bisa , batuk tapi kahak tak keluar ,mungkin dah kena telan.

Hahaha doktor balas gelak.

Apa kata doktor ? Bila demam on off , dan siang ok , malam panas ,itu tandanya paru paru problem. Dan bila doktor check paru paru maq , dia dengar bunyi anak ayam . Ada lendir yang tak lepas maksudnya.

Doktor : puan ada asma?

Maq :tak pernah ,Alhamdulillah

Ternyatalah paru paru ada kahak atau lendir yang tak lepas itulah punca demam on off .

Namun malang sekali !

Untuk legakan paru paru itu maq wajib ambil suntikan. Aduh ! Bukan maq jek , anak bongsu maq pun kena. Sebab sakit kami sakit yang serupa. Akhirnya kami pun redho jelah kena cucuk di bahagian badan …

Pokok pangkalnya kita

Image
Assalamualaikum.
Semalam 14mei , esok 16mei. Yok kita mulakan dengan Kisah semalam dulu.

Rata rata kita lihat macam macam ayat sesuci lebaran yang direkakan khas dari seorang anak untuk ibunya. Untuk ibu yang masih ada tu dah pasti lah nampak sweet dan yang paling terharu , ada juga ucapan untuk ibu yang dah tak ada. Allah hu..

Namun ada dua sudut yang boleh kita lihat disini.

Pertama , sebetulnya meraikan ibu ni elok jadikan amalan harian kita. Bukan saja untuk tarikh yang semalam , tetapi amalkan hari hari. Doakan untuk ibu , syukuri jasa ibu , ucap sayang kat ibu. Ya ,seafdalnya ucapkanlah hari hari sampai ibu kita bosan. Haa mana tak bosan kalau asyiklah dok muji ibu dia kat timeline facebook atau instagram , atau twitter atau whatsapp atau pastinya diwechat barangkali ?  Haha silap gaya bukan ibu dia je yang bosan ,ibu orang lain pun sama bosan. Entah entah ibu dia tu ada internet ke tidak hehe . Aduhailah anak.

Kedua , apa yang dilarang dalam islam tentang sambutan hari ibu ? Y…

Undang undang yang berkait.

Image
Assalamualaikum.
Isnin yang dingin. Cucuran air hujan cukup buat bumi Batu Pahat sepertinya baru saja lepas subuh. Padahal dah nak pukul 10 pagi dah ni. SubhanAllah. Sekejap lagi dah nak masak ya?


Lebih kurang 12 hari lagi ramadhan akan datang dalam hidup kita semula. Apakah kita dapat merasa nikmat ramadhan kali ini ? Waallah hua'lam .Para soleh dan solehah tak sabar sabar nak berlumba lumba mengejar segala kehebatan ganjaran dibulan Ramadhan. Dan seperti biasa , jika anda merupakan salah seorang pesakit yang tidak digalakkan berpuasa , anda boleh makan tetapi bukan dikhalayak ramai. Ingat tu. Okeylah , itu kisah untuk bulan ke sembilan hijrah 1438. ( bulan Ramadhan )

Dan katanya pula , bermula 1hb Jun 2017,


Okey , ini pula tentang bulan ke enam masihi untuk tahun 2017 pula. Apa yang menarik dimata maq ,kedua dua nya berlaku serentak. Puasa dan denda merokok !

Sebagai muslim dinegara Malaysia , perokok kena akur kedua dua larangan ini. Jangan pulak nanti dah kantoi baru nak insa…

Kesilapan apakah ?

Image
Assalamualaikum.

2,3 minggu kebelakangan ini kita ada pelbagai jenis sambutan yang nak disambut. Hari jururawat lah ,Hari ibu lah , Hari Guru lah dan yang paling best hari cuti hehe saje je.

Sebenarnya untuk mengenang jasa sesaorang tak perlu tunggu tarikh , hargailah mereka hari hari . Setiap masa , selagi mereka ada didepan mata anda , raikan lah kehadiran mereka.

Tapi katanya , pesakit lelaki lebih suka misi pelatih berbanding staff nurse . Kenapa kah? Bukankah stuff nurse lebih ilmu berbanding nurse pelatih? Okey , Nanti kita cari jawapannya ya.


Maq ada masaalah sekarang ni !

Hahha tiba tiba terus ngadu . Kisahnya macam ni , blog maq sekarang ni dah bercelaru. Bila maq nak follow blog orang lain , maq klik lah ruang follow tu tetapi nanti keluarnya ini .


Haa.. Maq yang follow orang tu tapi yang keluar nanti link blog anak maq , Puan Farahin lzzati. Andainya ada yang mahir tentang  masaalah serupa ini ,sila lah , beri lah maq tunjuk ajar . Maq dah beritahu kat Farahin pasal isu in…

Pembasmi cicak

Image
Assalamualaikum.
Salam 15 sya'ban 1438 Hjirah. Sya'ban bermaksud separuh. Dan kita kini telah berada di separuh perjalanan di bulan 8 dalam bulan islam. Apa yang elok dibuat pada malam nisfu sya'ban dan sya'ban yang  seterusnya?  Elakkan permusuhan dan perbanyakkan memohon dan memberi maaf dikalangan kita. Insha Allah.

Harini maq nak kongsi sedikit info. Mungkin ada antara anda yang dah tahu. Makanya maq kongsi jelah pada yang belum tahu ya.

Kalau anda nak tahulah kan , rumah maq ada banyak cicak,macam safari untuk spisis ni pun ya jugak. Siang malam, pagi petang ,asyik asyik muka diaorang sesaja lalu lalang dalam rumah ni. Lalu satu hal , sempat pulak melepas tu, adeh kejam sungguh natang ni. Dah lah tu , dating pun depan depan mata maq selaku tuan rumah yang punya rumah ini , Allah hu.

Pelbagai usaha dah buat untuk hapuskan cicak , tapi gagal. Malahan diaorang dah pandai pulak naik atas meja makan tu ! Huhh .. Geram sangat tau! Geli tau haa..

Ada jugak maq terbaca k…

Erti seorang sahabat

Image
Assalamualaikum

Alhamdulillah masih mampu menaip. Semoga semua urusan dipermudahkan untuk tiap aktiviti kita seharian ini.

Pada petang  Rabu ( 10.5.2017) maq dapat berita, seorang sahabat dari kumpulan yasin Al Raudhah telah berada dalam keadaan tidak sihat. Beliau telah diduga dengan kanser perut hampir setahun dan harini kedua dua buah pinggang beliau telah didapati rosak dan beliau sedang kritikal.  Doktor telah mengarahkan beliau dibawa pulang kerumah , namun semua ketentuannya hanya Allah yang tahu.

Allah huakhbar.

Dan pada malam itu juga , selepas maghrib , semua ahli kumpulan yasin telah dipanggil berkumpul dan membacakan  surah yasin dan doanya sekali khusus buat beliau dikediaman peribadi Puan bendahari.

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun perancangannya adalah last minute.

Harapan kami pada malam tu ,  dengan keberokatan bacaan bacaan semua ahli kumpulan ,Allah kurangkan derita sahabat kami itu. Insha Allah.

Namun pada pukul 3am , ahli group whatsapp alRaudh…

Sudut rezeki

Image
Assalamualaikum.

Rezeki datang dari pelbagai sudut. Bila kita bijak menilai limpahan rezeki dari Allah s.w.t. pasti kita akan menangis kerana sejak lahir kita sudah dilimpahkan dengan berbagai sudut rezeki. Ada orang anggap rezeki mereka murah hanya bila dapat duit banyak, kaya raya , kerja bagus padahal , sihat itu jugak rezeki. Disayangi ahli keluarga juga rezeki.

Makanya bersyukurlah jika anda masih sihat dan ceria hari ini disamping ahli keluarga tersayang. Selain itu ...

Dan ya , tepat sekali . Kawan yg baik jugak rezeki  dari Tuhan.


Nota maq : Bersyukurlah jika punya kawan yang ambil berat tentang anda dan ahli keluarga anda. Tak semua orang akan peduli perihal ahli keluarga kita kan? Cuma , batas persahabatan itu mesti dijaga kerana kadang kadang kebaikan yang datang itu ujian bagi kita. Makanya , hati hati.

Waallah hua' lam..

30 resepi untuk anda.

Image
Assalamualaikum.

Bila tiba bulan puasa ,suri rumah , tukang masak , tukang pergi pasar dah mula risau . Mereka risau tentang menu. Nak masak apa, nak beli bahan apa , nak cari apa kat pasar . Dan entah dari mana datangnya , harini maq kongsi 30 jenis resepi khas untuk anda yang dikongsi dari group sekolah. 30 menu ini dicopypaste oleh admin group tersebut.  Tak kiralah untuk bulan puasa ke atau untuk bulan tak puasa . Kalau rajin cubalah ya.


30 Cadangan Resepi ? Wah terbaik.

*HARI PERTAMA :* KETAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan
- 250g ketam (dibersihkan)
- 7 biji cili hijau
- 1½ cawan santan kelapa yang di parut
- 1 keping asam gelugur
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu besar garam secukup rasa
- ½ sudu kecil perasa

Cara-cara memasak
1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .
2. Masak selama 5-7 minit.
3. Siap, angkat dan hidangkan.

*HARI KEDUA :* AYAM SOS LEMON MADU

Bahan-bahan
- dada ayam 500g (po…

Kelebihan Surah Yasiin

Image
Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian dari group whatsapp maq. Tapi maq dah lupa dari group mana yang maq dah copy and paste , sebabnya artikel ni maq ambil dari stock copy and paste . Hehehe maaf ya , kita ambil kebaikkannya sahaja. Apa pun pada yang berkongsi tu , semoga Allah beri beliau pahala jariah yang berterusan , insha Allah.





*Kita sering kali membaca Surah Yaasin , tetapi pernahkah kita memahami setiap baris ayat tersebut. Sekadar Perkongsian Bersama.Surah Yaasin dan Pengertian Setiap Ayat :

*Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri*

*Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.*

*Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.*

*Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.*

*Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.*

*Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.*

*Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah at…

Hati hati dengan hati

Image
Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih mampu menjadi manusia dibumi yang sementara ini. Kalau tak jadi manusia mahunya jadi apa? Hantu atau buaya? Haa jadilah bakal jenazah . Orang yang ada ilmu sesat je jadi hantu lepas jadi manusia. Malah kadang lebih nampak menakutkan dari hantu yang real. Dan kata Ustaz , orang yang mati dengan bawa hutang yang banyak, rohnya tergantung gantung ! Nah ! Cepatlah bayar hutang kalau berhutang. Kalau roh tergantung  , tu yang jadi hantu tu hehehe

Nauzubillah himinzaliq !

Kehidupan yang sekejap ini jangan dikotori dengan rasa benci kat orang lain. Itulah antara pesan maq untuk diri maq sendiri. Kekadang jiwa kita sering memberontak bila pendapat kita berbeza dengan pendapat orang lain.

Masa usia maq seawal 20-30an , maq sering protes pendapat orang. Apa je yang orang cakap atau buat, maq anggap mereka salah ! Haa kejam wooo hahaha

Kemudian setelah masuk umur 40an hingga lah ke hari ini. Mungkin akal dah jemu untuk memikirkan hal yang serupa , asyik asyi…

Kisah barang kemas

Image
Assalamualaikum

Alhamdulillah wasyukurillah. Masih mampu tersenyum dan diberi keizinan untuk berusaha buat sehari lagi dibumi Allah ini.

Harini maq nak kongsikan satu lagi ilmu yang maq dapat masa pergi kelas muslimah semalam.

Jika sebelum ini maq beranggapan bahawa bila sesaorang isteri itu telah meninggal , barang kemas yang telah menjadi hak miliknya bakal beralih tangan kepada isteri muda. Haa Seram tak ! sehinggakan maq jadi truma nak masuk kedai emas . Hahha ayat tu sering terngiang ngiang dicorong telinga maq. Berbelas tahun dah berlalu tapi maq tetap pegang kata kata tersebut.

" haaa Puan puan, belilah barang kemas banyak banyak , nanti mati , isteri muda yang  beruntung "

Okey , itu dulu. Semalam bila ustaz beritahu , bila meninggal sahaja seorang isteri , semua hartanya termasuk barang kemasnya adalah hak anak anaknya ! Hak tersebut hendaklah dibahagi dalam kiraan faraid . Okey dah boleh lega hahaha.

Dan menurut ustaz lagi , haram jika simati ada anak tetapi baran…

Akibat dari rokok

Image
Assalamualaikum.

Alhamdulillah , harini maq nak kongsikan sedikit lagi info kesihatan. Semoga info ini sedikit sebanyak memberi manfaat bersama. Lihat gambar dibawah ini.



Ini adalah gambar yg di ambil dari cecair yang keluar dari paru-paru melalui prosedur PLEURAL TAPPING ke atas seorang perokok tegar yg kini menghidap kanser paru-paru tahap akhir. Cecair tersebut sebenarnya adalah akumulasi cecair dari kanser paru-paru (darah,nanah dan sebagainya serta TAR yg mendap di dalam paru-paru)

Semoga insan di luar sana terutamanya perokok tegar atau ketegaq ambil iktibar ,anda mampu mengubahnya.

#jomberhentibuatbendaharam


Nota maq : Sesaorang akan berpesan pesan dan beri nasihat kepada mereka yang dia betul betul sayang. Kerana dia tak nak kesayangannya itu menanggung derita atau kesakitan satu hari nanti akibat kedegilan diri sendiri. Oleh itu , dengarlah nasihat sementara masih ada yang masih sudi beri nasihat.

 Amaran kerajaan Malaysia ,Merokok merbahayakan kesihatan!  Bagaimana pula den…

Fiesta Makanan di Parit Raja , Batu Pahat

Image
FOOD FIESTA @ BATU PAHAT (PART 2)
MS Down Town Parit Raja, Batu Pahat
18 - 21 MEI 2017
Khamis - Ahad
10 PAGI - 11 MALAM

Anjuran : Ms Cahaya Parit Raja
Bersama : Mobile Fiesta
kerjasama : JKKK Parit Raja

30 gerai jualan di buka
100 menu akan di sediakan
10 pelbagai jualan & pameran
flying fox
zoo petting
memanah warisan asli
makan terpantas
himpunan motor moden
JOM BISING gathering
malam keagamaan
pertandingan mewarna
persembahan artis jemputan

dan MACAM MACAM ADA !!!!!!!!!!!!

sebarang pertanyaan
01122621358 / 01121631211 / 011109796484

#MakanPuasPuas
#MobileFiesta












Nota maq : Atas ini hanya 1/10 daripada makanan yang terdapat disana nanti .Orang Batu Pahat dah boleh serbu . Sebelum munculnya ramadhan . Apa kata kita cuba semua makanan yang terdapat.disini.  Siang kita ganti puasa atau puasa sunat syaaban ,malamnya  kita ?? MAKAN !!! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Artikel dari facebook*

Doa seorang ibu

Image
Assalamualaikum

*Petang yang tenang*

Alhamdulillah masih diberi peluang melalui hari ini hingga ke petang. Terima kasih Allah. Maq baru lepas teman anak bongsu maq buat kerja kursus untuk PT 3 nya akan datang. Tajuk dia pilih kemain lagi " peristiwa bersejarah majlis perkahwinan" .



Yang lawaknya , padahal dia boy friend pun takda lagi . Berani sungguh nak buat tajuk perkahwinan untuk kerja kursus nya kali ini. Ada takda nanti si Along dan maq la jadi mangsanya untuk menjawab semua soalan soalan dia , sebab kami je yang dah berkahwin didalam rumah ini.

Boleh ke membantu ?insha Allah demi pencapaian sekolah anak anak , maq sanggup buat apa je asalkan dapat membantunya dalam pelajaran. Kalau maq tak mampu nak bantu ?

Haa , hanya doa . Ya , doa seorang ibu boleh membantu kejayaan seorang anak. Tak kiralah kejayaan dari sudut apa sekali pun , asalkan dia dipihak yang betul , doalah , kerana doa seorang ibu antara punca kejayaannya seorang anak.

Kata ustaz dikelas fardhu ain hari…