Doa sebelum berbuka

TIPS PERTAMA BAGAIMANA UNTUK MERAIH PAHALA "RAMADHAN" (AMALAN YG SOHEH SEBELUM BERBUKA PUASA)

Gambar sebagai hiasan


Assalamualaikum ,
Sempena bulan yang mulia ni , maq nak kongsi sedikit tentang apa yang patut kita ambil peluang menjelang masuknya waktu berbuka puasa.

Orang kita kebanyakkan tak tahu, time nak berbuka lah sibuk nak siap siap kan hidang, hinggakan masa azan pun sibuk sibuk lagi tengah menghidang. SEBENARNYA ada perkara penting yang sangat BESAR yang PERLU kita tahu, TETAPI selama ni kita tidak tahu dan mungkin tak pernah lakukan kerana tidak ada ilmu tentangnya.

Subhanallah.

Ibnu Majjah meriwayatkan hadis di dalam kitab sohehnya iaitu Sunan Ibnu Majjah,
Kata Nabi s.a.w yg maksudnya lebih kurang Allah SWT tak tolak permintaan pada seseorang yg BERDOA ketika ia hendak berbuka. Subhanallah.

Kita tak pernah buat kan? Kerana itu kalau kita pergi ke negara arab contohnya di Mekah, lagi 5 minit sebelom berbuka mereka bersungguh sungguh mengangkat tangan berdoa, menangis nangis sehinggalah masuknya waktu berbuka.

Jadi pada kali ini kita siapkan hidangan awal awal. Pastikan lagi 10 atau lima minit sebelom berbuka kita standby dan jangan buat apa apa aktiviti lain duduklah berdoalah sungguh sungguh mintalah apa saja hajat yg kita nak minta kerana tidak doa khusus yg dicontohkan, Allah SWT tidak sia sia kan permintaan kita, Insyaa Allah.

Ketahuilah pada ketika berbuka itu Allah SWT turunkan rahmat dan pada ketika itu juga malaikat siang dan malam berkumpul. Maka di saat Allah menurunkan rahmatNya , jangan kita cemari dgn kesibukan sibukan yg tidak sepatutnya. Ajar anak anak kita atau keluarga kita duduk sama sama dan berdoalah dgn hajat masing masing.

Mudah mudahan tips yg telah kita ketahui ini kita usaha amalkan.

~ISTIQOMAH ZIKIR PETANG, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR

Nota maq : pernah dengar tips ni dari Prof Dr Muhaya dan artikel  ini adalah copy paste dari group whats app.  Semoga bermanfaat.

Comments