Doa seorang ibu


Assalamualaikum

*Petang yang tenang*

Alhamdulillah masih diberi peluang melalui hari ini hingga ke petang. Terima kasih Allah. Maq baru lepas teman anak bongsu maq buat kerja kursus untuk PT 3 nya akan datang. Tajuk dia pilih kemain lagi " peristiwa bersejarah majlis perkahwinan" .



Yang lawaknya , padahal dia boy friend pun takda lagi . Berani sungguh nak buat tajuk perkahwinan untuk kerja kursus nya kali ini. Ada takda nanti si Along dan maq la jadi mangsanya untuk menjawab semua soalan soalan dia , sebab kami je yang dah berkahwin didalam rumah ini.

Boleh ke membantu ?insha Allah demi pencapaian sekolah anak anak , maq sanggup buat apa je asalkan dapat membantunya dalam pelajaran. Kalau maq tak mampu nak bantu ?

Haa , hanya doa . Ya , doa seorang ibu boleh membantu kejayaan seorang anak. Tak kiralah kejayaan dari sudut apa sekali pun , asalkan dia dipihak yang betul , doalah , kerana doa seorang ibu antara punca kejayaannya seorang anak.

Kata ustaz dikelas fardhu ain haritu , belajar lah kuat mana sekali pun , kadang kala sesaorang itu susah nak berjaya , kerjalah serajin mana sekali pun , kadang hati tak pernah rasa cukup dan sentiasa dalam kesempitan . Dan hanya doa seorang ibu boleh ubah keadaan itu. So ? Sebagai seorang ibu , yok  sama sama doa yang baik baik untuk anak anak kita. Supaya mereka berjaya dikehidupan dunianya dan juga akhirnya nanti.

 Insha Allah ,aamiin..

Nota maq : takkan pernah putus doa untuk anak anak , insha Allah .. 😭

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi