Erti seorang sahabat


Assalamualaikum

Alhamdulillah masih mampu menaip. Semoga semua urusan dipermudahkan untuk tiap aktiviti kita seharian ini.

Pada petang  Rabu ( 10.5.2017) maq dapat berita, seorang sahabat dari kumpulan yasin Al Raudhah telah berada dalam keadaan tidak sihat. Beliau telah diduga dengan kanser perut hampir setahun dan harini kedua dua buah pinggang beliau telah didapati rosak dan beliau sedang kritikal.  Doktor telah mengarahkan beliau dibawa pulang kerumah , namun semua ketentuannya hanya Allah yang tahu.

Allah huakhbar.

Dan pada malam itu juga , selepas maghrib , semua ahli kumpulan yasin telah dipanggil berkumpul dan membacakan  surah yasin dan doanya sekali khusus buat beliau dikediaman peribadi Puan bendahari.

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun perancangannya adalah last minute.

Harapan kami pada malam tu ,  dengan keberokatan bacaan bacaan semua ahli kumpulan ,Allah kurangkan derita sahabat kami itu. Insha Allah.

Namun pada pukul 3am , ahli group whatsapp alRaudhah , telah dikejutkan atas berita pergian beliau. Inna lillah hiwainna ilaihirojiiun.. AlFatihah buat arwah Puan Rasidah Paiman dari kami semua ahli kumpulan yasin AlRaudhah ,Taman Bukit Perdana.

Salam takziah untuk ahli keluarga arwah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan insan yang beriman dan beramal soleh. Aamiin..

Nota maq : terima kasih Allah kerana pinjamkan sahabat kami ini walaupun sekejap . Arwah merupakan antara jemaah yang telah berusaha bersama sama untuk aktiviti yasin , tahlil dan marhaban ditempat kediaman kami ini.



Alfatihah..



Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi