Hati hati dengan hati


Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih mampu menjadi manusia dibumi yang sementara ini. Kalau tak jadi manusia mahunya jadi apa? Hantu atau buaya? Haa jadilah bakal jenazah . Orang yang ada ilmu sesat je jadi hantu lepas jadi manusia. Malah kadang lebih nampak menakutkan dari hantu yang real. Dan kata Ustaz , orang yang mati dengan bawa hutang yang banyak, rohnya tergantung gantung ! Nah ! Cepatlah bayar hutang kalau berhutang. Kalau roh tergantung  , tu yang jadi hantu tu hehehe

Nauzubillah himinzaliq !

Kehidupan yang sekejap ini jangan dikotori dengan rasa benci kat orang lain. Itulah antara pesan maq untuk diri maq sendiri. Kekadang jiwa kita sering memberontak bila pendapat kita berbeza dengan pendapat orang lain.

Masa usia maq seawal 20-30an , maq sering protes pendapat orang. Apa je yang orang cakap atau buat, maq anggap mereka salah ! Haa kejam wooo hahaha

Kemudian setelah masuk umur 40an hingga lah ke hari ini. Mungkin akal dah jemu untuk memikirkan hal yang serupa , asyik asyik nak salahkan orang , asyik asyik nak proteskan pendapat orang , makanya sekarang ni maq lebih kepada memikir

" manusia mana ada yang sempurna ,mungkin idea dia lebih tepat dari aku"

atau

" mungkin semua ini ada hikmahnya , kerana Allah lebih tahu pada tiap kejadian"

 cewah cool je kan ayat ayat tu .

Tapi sungguh bak hang,  bila kita lebih kepada redha dan terus move on dengan pandangan positif , Allah memang permudahkan tiap urusan kita. Nak tahu , trylah . Cuma, setiap apa yang kita lakukan haruslah berlandaskan hukum Allah. Ya , ingatkan Allah , Allah akan senantiasa ada untuk kita. Caranya? Ikut semua perintahNya dan patuh pada semua ajaran para RasulNya. Settle!


Bukan mudah nak pulihkan hati yang tersakiti atau hati yang telah dikecewakan oleh hanya ayat ayat sumbang kita. Lepas ini terpaksalah lebih berhati hati bila berkata kata .

Nota maq : bila dah merata tempat kita masuk , dan setiap orang yang kita jumpa itu kita dah anggap TIDAK BETUL ,makanya periksalah diri kita pulak, besar kebarangkaliannya hati kita sedang sakit tenat. Dan sakit hati itu lebih teruk dari tubuh badan yang tidak sihat.


Waallah hua'lam .

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi