29.5.17

Ilmu ,jangan berhenti gali


Assalamualaikum.



Bulan Ramadhan ini aktiviti maq di kelas muslimah, cuti. Ada takda muslimah yang aktif tiap hari jumaat itu kenalah gali ilmu dilaman social atau dimana mana je laman yang boleh dibuat ilmu. Dan pastikan ilmu yang digali itu ilmu yang sahih. Bukan ilmu silap mata atau ilmu hitam ! Hati hati ya .

Gambar dari google

Bila anda dah tertarik dengan sesuatu perkara, pastinya anda akan pasang niat . Iaitu,  nak tahu lagi ,lagi dan lagi. Begitu juga dengan ilmu. Alhamdulillah , bila dah mula berjinak dengan gadjet ni ,maq lebih kepada , nak cari ilmu apa bila online fb ? Nak baca info apa bila online twitter ? Nak copy paste ayat berguna apa bila buka whatsapp ?

Mustahil maq nak cari jodoh bila online kan? Hahha kalau ada pun ,  jodoh pun agaknya takut kalau nampak maq online sebab dah jelas lagi nyata maq ini kan isterinya  orang ! Hehe apalah yang maq merepek ni maq ?

Zaman serba canggih ni , dah takda masa nak buat gossip atau memerhati kekurangan orang keliling . Pada maq , bila online tu , elok lah dengar ceramah ke, baca info sahih ke , dan join lah group yang beri manfaat buat kehidupan kita didunia dan akhirat. Senang kata , cari yang positif !

Orang dah berusia macam kami ini lah yang perlukan masa sedikit untuk online. Cari ilmu ! Cari info ! Resepi ! Haa masak tak masak ikut resepi tu lain hal , apa pun jumpa resepi , kami share ! Hehehe dah melambak resepi maq saved ! Haa padan muka , save je ,buatnya tidak!

Bila maq  online ,maq jenis yang taknak bebankan diri dengan status yang agak menyentap kerana semua itu hanya akan membebankan minda maq yang makin kurang daya ketahanannya. Bila terbaca ayat yang menusuk kalbu , maq akan scroll laju laju , lari secepat mampu , abaikan mereka ! Dan akhirnya maq akan mampu tersenyum dengan perasaan tenang.

Maq lebih suka pada celoteh Ustaz Samsul Debat dan Pro Dr Muhaya . Ayat mereka memang boleh buka minda . Kadang dalam gelak , terkena pulak kat batang hidung sendiri , makanya ianya bolehlah  buat pembangkit semangat yang kadang kadang tu , ada  orang cakap ,

"orang tua tua ni , memang nak nengok pun takda semangat dah .."

Uishh , anda belum kenal orang tua yang tak bersemangat tu lagi , haa , nanti dah kenal , tahulah semangatnya macamana huhu masa tu jangan pulak cakap , otai masih berbisa ke apa haa.

Nota maq : semua orang ada hak untuk melayari laman social mereka. Bersangka baiklah selalu ,makanya hasilnya pasti yang baik baik saja nanti ,insha Allah

No comments: