Kelebihan Surah Yasiin


Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian dari group whatsapp maq. Tapi maq dah lupa dari group mana yang maq dah copy and paste , sebabnya artikel ni maq ambil dari stock copy and paste . Hehehe maaf ya , kita ambil kebaikkannya sahaja. Apa pun pada yang berkongsi tu , semoga Allah beri beliau pahala jariah yang berterusan , insha Allah.


Gambar dari google



*Kita sering kali membaca Surah Yaasin , tetapi pernahkah kita memahami setiap baris ayat tersebut. Sekadar Perkongsian Bersama.Surah Yaasin dan Pengertian Setiap Ayat :

*Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri*

*Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.*

*Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.*

*Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.*

*Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.*

*Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.*

*Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita.Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.*

*Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).*

*Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.*

*Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.*

*Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.*

*Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.*

*Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.*

*Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.*

*Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.*

*Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.*

*Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.*

*Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.*

*Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat &  kehidupannya.*

Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba

Tiupan ke-dua - Hancur

Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

*Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.*

*Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.*

*Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.*

*Ayat 77 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.*

*Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"*

*Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.*

*Ayat 80 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."*

*Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari*

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan 👍

Nota maq : semoga memberi manfaat bersama.

Comments

Terima kasih atas perkongsian ini.. Memang best kalau tahu dan belajar ilmu al-quran
MaQnie NurSeri said…
Sama sama Leya , semoga Allah permudahkan semua urusan kita utk ilmu alQuran , aamiin