Kisah barang kemas


Assalamualaikum

Alhamdulillah wasyukurillah. Masih mampu tersenyum dan diberi keizinan untuk berusaha buat sehari lagi dibumi Allah ini.

Harini maq nak kongsikan satu lagi ilmu yang maq dapat masa pergi kelas muslimah semalam.

Jika sebelum ini maq beranggapan bahawa bila sesaorang isteri itu telah meninggal , barang kemas yang telah menjadi hak miliknya bakal beralih tangan kepada isteri muda. Haa Seram tak ! sehinggakan maq jadi truma nak masuk kedai emas . Hahha ayat tu sering terngiang ngiang dicorong telinga maq. Berbelas tahun dah berlalu tapi maq tetap pegang kata kata tersebut.

" haaa Puan puan, belilah barang kemas banyak banyak , nanti mati , isteri muda yang  beruntung "

Okey , itu dulu. Semalam bila ustaz beritahu , bila meninggal sahaja seorang isteri , semua hartanya termasuk barang kemasnya adalah hak anak anaknya ! Hak tersebut hendaklah dibahagi dalam kiraan faraid . Okey dah boleh lega hahaha.

Dan menurut ustaz lagi , haram jika simati ada anak tetapi barang kemas peninggalan si mati ( ibunya ) dipakai oleh isteri muda suaminya. Sesungguhnya barang kemas itu dikira sebagai harta peninggalan si mati untuk anaknya bukan untuk bini muda!

Haa jelas  ya?

Kenapa orang lelaki mendapat harta lebih  dari orang perempuan jika mengikut hukum faraid?

Jawapannya mudah sahaja . Bila sudah baligh dan waras , orang lelaki yang mendapat harta peninggalan si mati itu terpaksa menanggung banyak tanggungjawab . Iaitu tanggung jawabnya kepada isterinya , ibunya , anak anaknya ,anak anak saudaranya yang yatim /piatu ,untuk rumahtangganya dan untuk anggota masyarakatnya yang memerlukan.

Harta suami ,isteri boleh ambil. Tetapi harta isteri , tiada hak untuk suami kecuali dengan izin isteri.

Dan ustaz pesan lagi , buatlah wasiat sebelum tidur . Kenapa? Sebab esok esok  belum tentu kita bernafas lagi. Allah hu..

Nasib maq takda harta banyak , yang ada sekarang hanya 3 , iaitu tiga anak perempuan maq. Merekalah harta  maq hingga di akhirat nanti , insha Allah.




Nota maq : Dunia ini hanya pinjaman. Kita hidup hanya sekejap , jangan kerana mengejar hidup yang sementara ini kita lupa kehidupan kekal kita diakhirat nanti.

 Waallaua'lam ..

Comments

Popular posts from this blog

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi