Pembasmi cicak

Assalamualaikum.
Salam 15 sya'ban 1438 Hjirah. Sya'ban bermaksud separuh. Dan kita kini telah berada di separuh perjalanan di bulan 8 dalam bulan islam. Apa yang elok dibuat pada malam nisfu sya'ban dan sya'ban yang  seterusnya?  Elakkan permusuhan dan perbanyakkan memohon dan memberi maaf dikalangan kita. Insha Allah.

Harini maq nak kongsi sedikit info. Mungkin ada antara anda yang dah tahu. Makanya maq kongsi jelah pada yang belum tahu ya.

Kalau anda nak tahulah kan , rumah maq ada banyak cicak,macam safari untuk spisis ni pun ya jugak. Siang malam, pagi petang ,asyik asyik muka diaorang sesaja lalu lalang dalam rumah ni. Lalu satu hal , sempat pulak melepas tu, adeh kejam sungguh natang ni. Dah lah tu , dating pun depan depan mata maq selaku tuan rumah yang punya rumah ini , Allah hu.

Pelbagai usaha dah buat untuk hapuskan cicak , tapi gagal. Malahan diaorang dah pandai pulak naik atas meja makan tu ! Huhh .. Geram sangat tau! Geli tau haa..

Ada jugak maq terbaca kat google , antara katanya , rumah yang kena sihir selalunya banyak cicak , waallahu a'lam . Minta dijauhkanlah dari semua malapetaka yang membinasakan itu.

Baru baru ni , encik suami ada beli perangkap Lipas  berjenama "Ridsect". Kata encik suami  beliau nak cuba perangkap lipas untuk jerat cicak? Haa sebetulnya maq pun pelik kenapa dia beli perangkap lipas tu  sebabnya rumah maq ini ,lipas susah nak jumpa. Agaknya cicak cicak tu dah bedal licin dah kot?


Perangkap ni simple jek. Dalam 1 set ada 5 keping perangkap. Harga tak lebih dari rm 10 . Kiranya sekeping perangkap tu ambil kos  dalam rm 2.00 . Masih mampu milik kan?  Bawah ni gambar perangkapnya , pakai gam je pun.


Pada kertas warna cream yang melekat dalam perangkap tu ada aturannya. Dan buka kertas tu , nanti bawahnya ada gam. Letaklah sedikit makanan atas gam tu ,maq guna keropok udang ( Jajan)  jek. Nak tahu kuat mana power gam tu , mari maq tunjuk hasil maq dapat selepas pasang perangkap itu selama 2hari 2malam.

Tu diaaaa.. Err.. Geli geleman sebenarnya masa maq nak ambil gambar ini hahaha. Tapi nak tunjuk bukti kenalah ambil juga kan? 4ekor sudah terjerat. Ini maq letak dikawasan bawah meja makan. Kat bawah meja di ruang tamu ada juga pasang perangkap dan baru dapat seekor.. Eeee

Nota maq : Kata otai otai , Cicak ni musuh nabi , bunuh cicak dapat pahala. Dulu kami (budak budak zaman dulu ) guna getah nangka untuk tangkap cicak , tapi sekarang , guna perangkap lipas untuk perangkap cicak . Mudahkan?  Lepasni takda dah peribahasa " orang lain yang makan nangka , orang lain yang kena getahnya " huhhu tapi ridsect tak boleh dimakan , haa jangan cari pasal pulak ya , naya pulak nanti ! Kini maq bangga dengan  keluaran dari brand ,  "Ridsect" ini kerana ianya telah membantu selesaikan masaalah maq dan keluarga .

Alhamdulillah..

Comments