Pesanan buat anak anak


Assalamualaikum.

Malam yang tenang. Bila suasana dah sunyi sepi macam ni , teringat pulak zaman anak anak sedang membesar dulu. Jerit pekik , hilai tawa mereka sering jadi amarah maq. Huhu maq suka suasana tenang kononnya. Ternyata maq silap , bila anak anak dah besar , dan sudah mula belajar bawa hala tuju kehidupan masing masing. Rumah semakin terasa kosong. Nasiblah rumah ni kecil jek . Taklah terasa sangat kekosongannya. Si Bongsu jelah dihadap 24jam. Dah lah orangnya pendiam.

Allah hu.. Sunyiii

Anak anak maq , dunia kita bermula dari kisah Cinta Adam dan Hawa. Cinta tanpa handphone dan internet, namun kedua mereka masih melakukan silap sehingga dihukum keluar dari syurga. Dan akhir zaman ini , dunia semakin rapuh maruahnya angkara handphone dan internet.

Jaga jaga ! Kerana maruah ,masa depan kalian sekarang ini sangat sangat bergantung dengan dua benda ini jika kalian tidak berwaspada.

   Ya , handphone  ,internet !  dua benda ini boleh mengakibatkan:

- suami isteri bercerai
-orang putus tunang
-orang kaya jadi miskin
-orang miskin jadi kaya
-orang baik jadi jahat
-orang jahat jadi macam macam
-anak soleh jadi durhaka
-isteri penyayang jadi curang
-suami setia jadi playboy
-doktor takda kerja
-cikgu jadi popular
-niat sering disalah anggap
-tujuan elok selalu diperlekehkan
-dosa pahala dianggap remeh
-susah nak faham maksud orang lain
-lain orang taip lain kita tafsir
-bazir duit pada benda tak penting

Banyak sangat nak taip ni. Nanti sambung lagi. Hehe sebenarnya ada 1001 jenis permasaalahan boleh dikesan diantara handphone dan internet. Kalian lebih layak menilaikannya.

Persoalannya sekarang,  jika alam maya boleh bawa kepada kemusnahan, sampai bila kita nak teruskannya? Sampai terputus ikatan? Sampai jumpa silap setiap orang sehingga kita lupa kesilapan dari kita ? Janganlah sampai buat detik gembira jadi derita. Janganlah buat orang sayang jadi jemu. Janganlah anggap kita tak buat dosa.

Anak anak maq, Kehidupan keluarga kita bermula dari bawah. Kalian bukan dilahirkan oleh seorang perempuan jutawan. Kalian datang dari seorang ibu bertaraf SPM . Yang gagal add math. Dan kepujian dalam B.M dan P.I. lain lain subjek hanya cukup makan tapi lulus hehe macam buka pekong sendiri jek maq ya.

Anak anak maq , lihat pak usu , beliau bermula dari tok abah yang hanya rajin pergi melanggai dipantai. Dan sekarang ? Kalian tahu hasilnya.

Lihat mak ngah, beliau bermula dari mak tok yang hanya jual epok epok dipekan , dan sekarang? Kalian tahu juga hasilnyakan?

Dua contoh itu cukuplah buat kalian ambil iktibar. Kerana dua insan bertuah pilihan maq ini tak pernah anggap internet dan handphone sebagai gelanggang lepas geram dan perli. Mereka fokus pada kerjaya dan kehidupan yang lebih realiti. Contohi mereka.



Nota maq : Nilai murni ini maq ambil sebab mereka lebih profesional selesaikan semua masaalah mereka. Mana ada orang hidup takda problem kan ? Tapi yang paling perlu diingatkan :

*kaki pancing orangnya penyabar.

*bukan kaki alam maya dia boleh bina empayar.

Alhamdulillah..




Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi