Pokok pangkalnya kita


Assalamualaikum.
Semalam 14mei , esok 16mei. Yok kita mulakan dengan Kisah semalam dulu.

Rata rata kita lihat macam macam ayat sesuci lebaran yang direkakan khas dari seorang anak untuk ibunya. Untuk ibu yang masih ada tu dah pasti lah nampak sweet dan yang paling terharu , ada juga ucapan untuk ibu yang dah tak ada. Allah hu..

Namun ada dua sudut yang boleh kita lihat disini.

Pertama , sebetulnya meraikan ibu ni elok jadikan amalan harian kita. Bukan saja untuk tarikh yang semalam , tetapi amalkan hari hari. Doakan untuk ibu , syukuri jasa ibu , ucap sayang kat ibu. Ya ,seafdalnya ucapkanlah hari hari sampai ibu kita bosan. Haa mana tak bosan kalau asyiklah dok muji ibu dia kat timeline facebook atau instagram , atau twitter atau whatsapp atau pastinya diwechat barangkali ?  Haha silap gaya bukan ibu dia je yang bosan ,ibu orang lain pun sama bosan. Entah entah ibu dia tu ada internet ke tidak hehe . Aduhailah anak.

Kedua , apa yang dilarang dalam islam tentang sambutan hari ibu ? Ya , tarikh 14 mei tu ,ianya menyerupai sambutan agama lain! Tarikh itu merupakan sambutan  hari ibu gereja kristian. Makanya kenapa nak ucap i love you , ibu .. hanya pada 14mei ? kenapa tak 20mei ? 18jun? 15julai? Dan secara tak sengaja niat baik itu telah disalah tafsirlah oleh sesetengah pihak. Dikhuatiri lari dari akidah.

Maq sambut hari ibu ?

Jawapannya TIDAK lagi. Dulu adalah sekali dua kot , zaman sebelum tahu apa apa info pasal 14mei . Selepas tahu , takda dah potong kek ke ,  dapat hadiah ke , makan besar ke . Sungguh , semua dah takda. Tetapi , jika orang terdekat wish " selamat hari ibu ,maq " haruslah maq balas jugak kan? Okey, maq  pun balas je lah dengan " 😘 " πŸ‘ˆ  ( emoji ini kalau yang wish tu perempuanlah kan. Kalau bagi kat lelaki memang cari penyakit namanya ) huhu



Esok ? Ya , esok 16mei! Wah  hari Guru ! Nak komen apa tentang esok? Hehehe malas lah , nanti cikgu rotan.

Nota maq : setiap orang melakukan kesilapan. Kesilapan kita ialah apabila kita rajin sangat menilai kesilapan orang lain , tanpa kita sedari kesilapan yang diri kita sendiri pernah lakukan.

Waallah hua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi