Adat berkongsi


Assalamualaikum.

Alhamdulillah , masih mampu berkongsi pada apa yang dah tahu . Sama ada berguna untuk diri sendiri ,anak anak atau pun orang lain, maq harap sangat ianya mampu beri manfaat setiap masa.

Insha Allah.

Pesanan dari seorang sahabat. Bila kita dihebahkan dengan satu satu cerita , atau kes , atau kejadian yang berlaku bukan didepan mata kita dan kita dapat tahu hanya dari baca dan dengar dari laman social atau group group whats app. Cuba "Elakkan berkongsi " , kerana  kes tersebut masih dalam siasatan lagi.

Ini disebabkan kes tersebut belum lagi sahih. Dan juga demi mengelakkan fitnah serta memberi impak negatif pada perjalanan proses siasatan.

Okey , lepas ini hati hatilah  bila berkongsi cerita viral atau apa juga berita dari laman social . Biar sahaja kita dapat tahu kisah sebenarnya selepas siasatan kerana maklumat itu ternyata lebih tepat dan sahih.




Nota maq : meneka dalam kesamaran itu rupanya salah.  Lepas ini lebihkan hati hati.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi