Berpesan pesan


Assalamualaikum.

Ramadhan ke 15. Masya Allah , pejam celik masa berjalan. Lagi dua minggu ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Pantasnya masa berlalu. Kehebatan ramadhan yang datang sebulan dalam setahun ini tak pernah nak tunggu kita. Siapa cepat manfaatinya , dialah yang akan dapat lebih. Semoga Allah terima semua amalan kita dibulan mulia ini. Aamiin ya Allah.

Baca tajuk entri kali ini ! Okey sebagai orang lama yang dah nikah hampir 24 tahun pada tahun ni. Maq nak pesan pesan lah sikit.

Pertama pasal isu nikah diusia muda. Ramai orang cakap , kahwin awal ( bernikah dalam usia muda ) adalah tidak wajar.  Kerana masing masing belum puas nak rasa enjoy. Masih punya citarasa dan naluri remaja di usia itu. Nanti keluarga terabai dan mereka lebih fokus kat kawan kawan , betul ke?

Pada maq , semuanya bergantung pada kebijaksanaan pasangan itu sendiri. Bila mereka rasa , selepas nikah mereka dah ada penambahan tanggungjawab baru , secara automatik mereka akan kurangkan naluri nak "enjoy" tu sedikit demi sedikit. Fokus mereka lebih pada anak  ,pasangan dan rumahtangga.

Kita tidak boleh kata masaalah yang timbul itu disebabkan kesilapan . Apakah salah pilih pasangan itu kesilapan ? Nahe ,nahe !!

Yang sebenarnya itu antara dugaan dalam rumahtangga dan mereka kena lebih tahan sabar. Setiap hambaNya memang akan diduga untuk jadi manusia yang lebih matang dan lebih rasa bersyukur. Sebab seawal usia tersebut ,mereka sudah dihalalkan oleh ikatan pernikahan . Serba serbi dah jadi halal oleh Allah s.w.t

SubhanAllah..

Kalau nak kata pasangan orang kahwin awal ni suka buat perangai , lihat je keliling kita , ada yang dah bercucu tu pun ada hati nak buat perangai. Ada yang dah bermenantu pun masih berani nak cari pasal.

Orang zaman dulu , mereka pun bernikah awal , umur 15 ,16 , 17 tahun dah dukung anak.  Umur 30 tahun dah bercucu. Tetapi rumahtangga mereka kekal bahagia. Sebabnya ? Ya ,sebabnya orang dulu kurang berinteraksi dengan dunia luar. Yang mereka kenal cuma jiran jiran dan saudara mara mereka. Risiko curang rendah. Bukan maknanya takda kes seperti itu tapi "kurang" .

Gaduh kecil itu adat lah kan. Mustahil orang suami isteri tak selisih faham. Sedang adik beradik yang duduk dalam perut ibu yang sama pun bergaduh. Inikan pulak anak orang yang serba serbinya berbeza dari kehidupan kita. Kenalah ambil masa untuk proses penyesuaian dan memahami nya.

Biasanya orang perempuan lebih cepat matang , sebab tu mereka boleh berfikir 20 tahun kehadapan. Sedangkan orang lelaki pick upnya  perlahan sedikit.

" Apa yang dah ada tu , sudahlah .."

Haaa  itu lah ayat yang mereka selalu guna. Orang perempuan ? Dah ada rumah nak perabut. Dah ada perabut nak kereta baru , dah ada kereta baru nak perhiasan baru ,barang kemas baru , baju baru , pokok bunga baru , langsir baru , pinggan mangkok baru , sehinggakan memaksa mereka terpaksa buat kerja lebih untuk dapatkan semuanya tu. Tu yang kadang , anak anak dan rumahtangga terabai sebab mereka lebih utama kan fokus cari duit lebih. Semuanya nak sama dengan orang lain , lagi dasyat , kalau boleh nak lebih dari orang lain. Haaa hebatkan orang perempuan ni . Lagi lagi nak tibanya hari raya. 4-5 bulan dah standby memfokusnya hahaha (ayat baru "memfokus" ).

Orang lelaki ? Sehelai baju boleh pakai 20 tahun ! Kereta selagi tak meragam , cukuplah sebuah , perabut selagi tak kopak , isilah apa jek barang dalam tu , asalkan muat dan tersusun. Hiasan tak payahlah banyak , nanti nyamok buat sarang pulak dalam rumah . Eah boleh kata , mereka ada jek alasan untuk elakkan pembaziran untuk beli dan beli . Hehehe pembaziran ? Pendekutan a.k.a kedekut adalah.

Makanya jadi seorang isteri jangan banyak minta itu ini. Nanti pembaziran berlaku. Kalau hajat ditunaikan mungkin hati lega tapi andai suami tak mampu? Kecik punya hal boleh jadi gaduh besar.

Pada maq , kalau tak mampu buatlah cara apa yang ada jek. Kalau kita nak 100% sama dengan orang lain , baik nikah je dengan suami orang tu ,haa habis cerita . Sebab bila dah nikah boleh lah kongsi semua yang dia ada , nanti dapatlah semua yang sama macam dia ada tu ,hahaha.

Sis , suami kita adalah suami kita. Jangan samakan dengan suami orang lain. Kebaikan suami orang memang boleh je kita nampak , tapi belum tentu dia sebaik suami kita yang setia dan sanggup layan karenah kita yang macam macam .

Kesimpulannya , nikah awal atau lambat , bukan punca titik perpisahan. Jika jumpa masaalah , selesaikan cepat ,jangan pulak cari punca . Silap gaya puncanya adalah diri kita sendiri haaa .. Mana nak letak muka? Malu dengan manusia kejap je , 2-3 tahun hilang dah diaorang ngata , tapi malu dengan Allah ? Sampai kiamat hidup tak tenang. Nanti kat akhirat bakal ditanya , apa kah yang sudah kamu lakukan terhadap pasangan kamu dan anak anak kamu kat dunia dulu ? Nak jawab apa ???



Nota maq : jangan hapuskan nikmat akhirat hanya untuk nikmat dunia yang sekejap je ni. Yok sama sama kita berusaha pertingkatkan diri dengan kehidupan yang positif dan diredhai Allah s.w.t. Banyakkan bersabar.

Selamat beramal. Selamat berpuasa.Dengan pertanyaan : baju raya berapa helai dah buat untuk aidil fitri kali ini ?  jangan membazir ,itu amalan shaiton .. Huhu


Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi