22.7.17

Majlis yang diundang


Assalamualaikum.

Salam syawal ke 28. Alhamdulillah jika hari ini kita masih menyayangi insan yang sama dan masih disayangi oleh insan yang sama .

Terima kasih Allah.

Harini maq ada 2 undangan rumah terbuka . Antaranya undangan majlis rumah terbuka dari


Dan dari ,


Tetapi  nasib tidak menyebelahi bila maq tidak dapat memenuhi undangan undangan diatas disebabkan urusan yg tidak dapat dielakkan.

" sesungguhnya ukhwah itu bukan dilihat pada tiap pertemuan tetapi ukhwah itu hadir dalam tiap doa sorang sahabat kepada sahabatnya yang lain "

Apa pun terima kasih kerana mengundang. Insha Allah , ada rezeki , ada umur panjang , kita akan berjumpa ya.

Doa maq , semoga semua urusan majlis berjalan lancar dan dipermudahkan , aamiin...

Terima kasih team UMNO cawangan Batu Pahat

Terima kasih group GBGS SMKS 68/69.

Maaf zahir dan Batin.

Nota maq : harini takda nota , sis  disini dilanda kemurungan . 😕

Hahaha acah jek lah !

20.7.17

Bila Encik Suami sembang pasal Syurga dunia

Assalamualaikum.

Idea ni lama dah maq simpan sebagai draf. Harini disebabkan ada masa terluang, draf dah boleh buat entri.

Tajuk atas ? Haa pertama kali bila encik suami beri pendapat berdasarkan "pandangan mata seorang lelaki" huhuhu memang dasyat. Selama ni maq memang tak terfikir beliau boleh nampak sejauh itu.

Soalan yang maq ajukan kat beliau ialah  :

Apa itu syurga dunia?

Jawapan encik suami : Anda ada anak anak , anda ada pasangan yang setia dan anda ada rumah yg bersih ? Dan walaupun anda berada dirumah buruk , atau rumah yang diperbuat dari kotak kotak atau bahan buangan sekali pun ,itulah "syurga dunia" anda yang sebenarnya.

Apa guna rumah besar jika anak anak menjauhkan diri ? susah nak balik jengok orangtuanya?

Apa guna rumah cantik dan mewah jika masing masing hanya uruskan hal masing masing dalam bilik masing masing? Kurang berinteraksi antara satu sama lain.

Apa guna penampilan diri cantik molek bak artis terkenal kalau rumah anda berbau pasar ikan?

Apa guna pakai barang barang branded lepastu post kat instagram tapi kain baju tak berlipat kat atas sofa berhari hari?

Adeh hahaha , statement yang buat maq terasa pedih disudut hati dan sanubari.  Tapi bila fikir balik, betul juga bila beliau kata rumah kita itulah syurga dunia kita.

Dalam rumah itulah kita didik anak anak, jaga makan pakai mereka, jaga kebersihan mereka ,jaga semua hal hal mereka. Gelak tangis manja mereka disamping kita amat beri makna.

Dalam rumah itulah kita doa yang baik baik untuk ahli keluarga. Supaya anak anak senantiasa ikut perintah Allah, menjadi anak soleh dan solehah. Berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ya hanya doa yang baik baik , yang indah indah.

Dalam rumah itulah juga kita mohon macam macam kat Allah , kita mohon limpahan rezeki yang halal, mohon mati dalam iman, mohon ampun kan dosa dosa yang sengaja atau pun tak sengaja .

Dan dalam rumah itu juga kita disambungkan sehari demi sehari dengan usia yang bermanfaat. Hari kesehari kita ditajamkan minda untuk berbuat baik sesama insan.

Kesimpulannya kenapa kita boleh berusaha untuk diri kita tetapi kita tak mampu nak berusaha untuk syurga dunia dirumah kita sendiri?

Ada orang anggap , alahai makcik, rumah sewa je kot kami duduk ni ,  lainlah rumah sendiri nanti, haa kalah rumah PM kat Puterajaya tu nanti saya jaga.

Hehehe sementara anda nak dapat rumah macam rumah PM tu , ada baik anda bersihkan dulu persekitaran rumah sewa anda yang anda duduk sekarang ,baik luar mahu pun dalam rumah. Ada macam macam kemungkinan boleh berlaku jika rumah tidak dijaga .

Lagi pun tidakkah kita sedari bahawa , rumah sewa itu ada pemiliknya , bagaimana anda rasa bila anda berada dalam situasi tuan rumah tersebut , dan tuan rumah pulak berperangai pengotor macam anda?

Dan yang paling maq ngeri , tempat kotor adalah kawasan kegemaran puak shaiton. Nauzubillahiminzaliq . Sama sama lah kita beringat akan hal itu ya. Maq pun bukan pembersih sangat orangnya. Maq ngaku kok.. Sebab tu maq sentap dengan statement encik suami tu.

Jadi , jika anda dapat tahu bahawa encik suami maq seorang yang memang suka mengemas rumah bila hari offday beliau , haa pasti anda dah ada jawapannya dalam entri kali ini. Beliau sebenarnya sedang berusaha menjaga " syurga dunia"  milik beliau ketika itu.

Alhamdulillah.

Pernah maq ajukan soalan : bukankah beristeri baru itu merupakan antara nikmat syurga didunia? Ini jawapan encik suami :

" tak payah nak peningkan kepala lagi ,nak berbini dua atau berbini muda. Mereka tu lebih nambah pening kat kepala dan poket adalah. Pening yang ada ni pun kejap kejap datang ,kejap kejap datang " . Aduhh..

Maq : hahahaha terkena lagi sebiji , Uishh terasa tau ai ! *sambil bangkit , cari minyak angin, yang  nak disapu kat kepala beliau*

bak kata kata dalam lagu Dato Sri Vida

"i am me "  ðŸ˜‚😂😂

i am me,
i am pretty,
i am biyutipul,
i aspire ur desire
aum cayam cayam cayam muahx
Meowww ~ 🙈




Nota maq : harap sangat dapat melihat dan merasai keindahan syurga diakhirat nanti bersama dengan anak anak , suami dan semua umat Muhamad , SubahAllah..

Hati hati sebab semuanya bersebab


Assalamualaikum.
Alhamdulillah ,ucapkan syukur jika anda masih ada semua yang dimiliki sejak semalam. Kesihatan yang baik , usia yang bermanfaat , ingatan yang masih kuat . Semua itu adalah rezeki yang tak semua orang dapat .Termasuk juga rezeki pada keluarga yang menyayangi serta anak anak yang mengikut kata.

Terima kasih Allah...

Anak anak merupakan satu satunya harta maq. Sejak lahir kedunia ini ,maq memang tak ada benda yang boleh dibuat harta. Rumah? Takda.. Kereta? Takda.. Wang simpanan berjuta? Takda.. Ya ,hanya ada anak anak . Mereka lah yang bakal maq bawa sampai akhirat nanti.

Terima kasih sekali lagi Allah...

Bila si anak sulong sudah berkahwin , lega dah hati orang tua ini . Amanah Allah untuk ayahnya sudah berganti tangan kepada hak suaminya.

Tapi jangan lupa , doa kedua orang tua masih sangat diperlukan selagi hayat masih ada , walaupun sudah berkahwin atau dah bercucu sekali pun , jika orang tua kita masih hidup, doa mereka masih berharga.

Dan bagi anak anak pula , surah Alfatihah yang 7ayat itu yang dibacakan setiap pagi lepas solat subuh , merupakan hadiah paling bermakna buat ibubapa kita yang tiada ternilai. Malahan mungkin lebih bernilai dari alaun bulanan rm700.00 atau rm7000.00 yang  anda beri tiap bulan kepada mereka.

Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Kata Dato Dr Fadzilah Kamsah , anak adalah duta ibubapa. Bila anak buat baik ,orang akan sebut " anak si polan tu dah buat baik " dan bila anak buat nakal , orang akan sebut juga "anak si polan tu nakalnya , ya ampun" .

Tapi biasanya buat baik 10 kali orang takkan cakap ,buat nakal sekali sudah dikata orang. Lagi lagi zaman canggih sekarang ni , 2minit berlaku , terus jadi viral , Allah hu ... Nak ubah macamana lagi kan , dah memang itu reality kehidupannya sejak dulu.

Sebagai seorang anak dan yang mempunyai anak. Didiklah minda anak sebaik mampu , supaya bila mereka besar nanti, dia tak menyusahkan orang lain. Dalam maksud maq kali ini ? Hmm entahlah naaak , faham faham sendiri sudahlah. Malas nak taip detail sebab nanti ada pulak yang terasa.

                    Gambar sebagai hiasan

Dengan erti lain, selain anak menjadi duta ibubapa , anak juga adalah cermin diri ibubapa. Jangan salahkan anak kalau dia lupa kat kita ( ibubapanya ) kalau kita sendiri pun berapakali je buat baik kat ibubapa kita. Janganlah kita tolong orangtua kita kerana terpaksa atau disebabkan hajat hajat tertentu. Biarpun orangtua tu tak perasan atas baik ada makna anda ,mungkin ada "orang tua" lain yang perasan. Tapi mereka buat buat tak perasan.  Bak kata lirik lagu legend ni :

🎶Ada mata pandang
🎶Ada telinga dengar
🎶Ada mulut diam

Nota maq :
Ada blog log in,
Ada data online ,
Ada idea menaip! 👍🎶






Kemalangan dipadang sekolah

Assalamualaikum

Harini Khamis, bersamaan 26syawal 1438H. Alhamdulillah masih berpeluang bernafas sehari lagi. Terima kasih Allah. Hari ini ada sedikit perkongsian pasal keluarga maq.

Petang Selasa lepas, dalam pukul 2petang , anak bongsu maq balik sekolah seperti biasa. Bila masuk ke dalam rumah , dia terus minta maq urutkan jari manis dia yang bengkak akibat tersangkut baju kawannya ketika melakukan aktiviti pendidikan jasmani dipadang sekolahnya pagi tu. Katanya mereka buat latihan berlari berganti ganti  sambil bawa "baten".



Maq tanya apa dia buat selepas kemalangan kecil tu ? Dia kata :

- kawan kawan tolong urutkan sebab  mereka fikir mungkin terseliuh.

- kemudian cikgu suruh rendam dalam ais dan lepas rendam tu , cikgu beri krim untuk disapu.

-akhir sekali aida nangis .

Haha yang last tu sebetulnya anak bongsu maq seorang yg susah nak nangis bila sakit tapi sejak dua menjak ini , dia merupakan seorang yang sangat berhati tisu. Allah hu..

Maq tanya lagi , sakit tak? Jawapan dia , " tak ". Ada rasa kebas kebas ? Jawapan dia masih " tak".

Maq cakap , buat masa ni maq tak boleh urut  sebab jari dia dah bengkak . Maq juga pesan ,lain kali jangan sesekali urut anggota yang cedera sebab kita tak tahu apa yang sedang berlaku dalam tu. Lagipun kawan kawan bukan pakar urat saraf . Dan maq cadangkan ,buat masa ni  , dia buat jek gerakkan perlahan lahan pada jari supaya pengaliran darah berjalan dengan sempurna.

Malam tu , lepas makan malam , maq periksa jari anak maq semula, nampaknya bengkak makin membesar dan jari makin lebam.




Bila dalam keadaan nak pegang sudu dan pakai baju pun dia dah tak mampu buat sendiri ,maq ambil keputusan bawa dia ke hospital. Walaupun bila ditanya , ada rasa sakit ? Dan jawapannya masih " tak" , Kami nekad ke Hospital Sultanah Nora lsmail ,BP. ( bahagian kecemasan ) untuk dapatkan rawatan lanjut.




Daftar lebih kurang pukul 8. 30 malam dan rawatan diberi dari satu bilik ke satu bilik rawatan. Dan proses rawatan berakhir pada pukul 10.00 malam.

Ini antara Proses nak dapatkan rawatan di bahagian kecemasan.

1-daftar dikaunter luar.
2-masuk bilik B untuk rawatan pertama.
3-daftar untuk dapatkan rawatan doktor.
4-masuk bilik doktor.
5-masuk bilik x-ray ( jika perlu )
6-tunggu semula didepan bilik doktor.
7-masuk bilik doktor kali kedua (ambil keputusan x-ray)
8- ambil ubat.

Jumlah keseluruhan masa yang diambil dalam tempoh 2 jam.

Keputusan x-ray?  "Tak ada pun tulang yang cedera  , cuma terseliuh. " kata doktor sambil batuk batuk .Allah hu , doktor pun tak sihat. Kesian..

Doktor bagi krim panas untuk disapu ,ubat paracetamol (ambil kalau demam) dan ubat untuk susutkan bengkak. Alhamdulillah...


Pagi ni pagi Khamis , maq tanya anak maq , sakit tak ? Dia jawab "tak" . Dan maq lihat jari dia memang dah susut bengkak tapi warna jari tu sepertinya lebih gelap dari malam haritu. Maksud maq ,makin  lebam. Timbul persoalan dibenak minda.

"Apakah urat jari cedera ?

Atau inikah antara proses nak pulih ? "

Maq cakap kat anak , pergi sekolah dulu , nanti kalau makin lebam, malam lepas ayah balik dari kerja ,kita jumpa doktor semula.



Masih menjadi tanda tanya. Apakah yang sedang berlaku pada jari anak bongsu maq ini. Ya Allah ya Tuhanku , sesungguhnya yang baik itu datangnya dariMu dan yang buruk itu datangnya dari kelalaian kami. Allah huakhbar..

Nota maq : kemalangan ada dimana mana. Kita elak macamana sekali pun ,jika benda nak berlaku ,ianya tetap akan berlaku. Cuma maq nak pesan kat anak anak sekolah, hati hati bila bermain dengan kawan kawan , bukan disebabkan benda keras sekali pun, anda mungkin cedera. Lihat kes anak bongsu maq , hanya tersangkut baju kawan ,jari dia terpaksa di x-ray.


Meja kaunter dibilik x-ray yang tenang. 

15.7.17

Sarang semut jadi samperit


Assalamualaikum.
Malam malam macam ni ,makan baki kuih raya sambil nonton tv pun enak jugak kan?

Maq sedang menjamu selera dengan kuih samperit coklat hasil kerja tangan anak anak tempohari. Kuih ini resepi asalnya dari resepi kuih sarang semut tapi disebabkan peralatan untuk buat sarang takda , dan idea kreatif punya pasal , makanya terhasil lah samperit coklat ini.


Dan hasilnya ? " not bad " ! Hahaha



Nota maq : Teringat  kata kata ibu kesayangan maq , "kita yang buat dia . Benda dah diadun , Teruskan jek !"   Hahaha ya ! Kita yang buat dia ,  dari sarang semut jadi samperit coklat ! Ko ade ? 😂



Maq buat drama

Assalamualaikum .
Alhamdulillah , sudah sampai ke syawal yang ke 21. Dan harini Allah masih lagi beri peluang untuk kita diami bumi ciptaanNya. Terima kasih Allah.

Apa yang diharapkan, umur yang dilanjutkan ini merupakan umur yang dilalui dengan keberokatan dan umur yang memberi manfaat. Nak tahu lebih detail pasal umur yang bermanfaat ? Cari di google , maq malas lah nak taip panjang panjang

Pagi tadikan , masa maq pergi ke kebun .

Apaaa? Maq ada "Kebun" ?

Ya! Maq sudah ada kebun. Dan dikebun maq terdapat sebiji pasu pokok limau purut , sebiji pasu pokok daun kesum dan sebiji lagi pasu semaian cili padi. Tadda ! Tu jelah kebun maq setakat ini huhu . Dan  sekali lagi , terima kasih Allah, and thanks for everything.

Apa yang belaku dikebun tadi? Ha maq dapat tangkap "pencuri" ! Percaya tak?

Apaaa ? Maq tangkap pencuri? Dikebun yang cuma ada 3biji pasu tu ?

Ya , betul .. ( buat muka kerek ) nak nengok wajah pencuri tu ? Lihat gambar bawah ini.

Dia buat muka minta simpati le tu
Hmm ..😒

Kalau anda nak tahu , dia dah makan hampir separuh daun limau maq , dah naik botak dahan pokok tu. Dah la maq beli dalam keadaan terjebak kat Pasar pagi kat BP tu. Nyonya tu kata" ini pokok banyak bagus , tak mahal lorh , saya bagi awak rm 9.00 " Maq pun cair ,bayar dan pergi sambil menjinjing pokok limau yang " banyak bagus " tu. Kemudian selang beberapa hari ,maq pergi ke pasar tani pulak di Jalan Omar,BP,  maq try tanya anak pokok limau  yang  sama besar macam maq beli sebelum. kata peladang tu , " rm 6.00 je kak. Nak ke?"

 Maq senyum dan geleng kepala . Dalam hati ... Apaaaa ? Rm 6.00 sahaja ??

Adeh 😰😰 ,rupanya ini pokok lagi banyak banyak bagus la ,  hahaha maq dah terjebak. Makanya ,maq anggap je rm 3.00 itu sebagai sedekah kat nyonya yang memang "banyak bagus" haritu .

" asoh , ini pertama dan terakhir tau , baki saya sedekah" - cakap dalam hati ,hahaha dan dan terus jadi sedekah kot.

Dan apa kisah dengan "pencuri " tadi? Okey maq dah ambil keputusan , disebabkan dia dah mencuri dan makan hasil kebun maq tanpa izin ,makanya maq akan beri hukuman!

Maq akan  kurung dia dalam balang , hari hari nanti dia akan dengar bebelan maq , padan muka dia ,nasib kaulah ulat.

Dan maq akan pastikan perbuatan menceroboh dia yang tak bagus  tu , akan digantikan dengan jelmaan seekor rerama yang cantik dalam masa terdekat ini. Maq tak sabar nak tunggu detik indah itu. Hai la ulat , jangan lah kau mati ya. Hehehe


Nota maq : bila orang buat tak elok kat kita , haa jangan bersifat kejam kat dia ,tak payah nak balas dendam ke apa , biarkan je dia , tapi dalam masa yang sama , hari harilah kita doakan dia ,mohon kat Tuhan , agar satu hari nanti dia akan memberi kebaikan pulak kat kita. Hari hari nak buat jahat pun tak boleh jugak kan. Hahahaha detail? Fikirlah sendiri ! Maq malas nak terangkan .

Okey , selamat hari raya . Maaf zahir dan batin.






6.7.17

Menjelang 07-07-17


Assalamualaikum

Malam jumaat penuh barokah. Bila malam jumaat , pasti orang akan cakap lepas maghrib baca yaseen , tengah malam pula reramai pakat pakat bunuh shaiton . Hehehe detail? Malas , fikirlah sendiri .

Kenapa tajuk post "menjelang 07-07-17 ?

Kalau anda selalu ikut luahan rasa maq , dalam blog peribadi ini , setiap tahun bila tiba 7julai , akan ada kenangan demi kenangan  indah yang berlaku pada kehidupan maq. Alhamdulillah , semua itu  tanda kasih sayang dari pihak ahli keluarga ,kawan kawan dan semua yang mengenali.

Bagaimana dengan 7julai 2017 kali ini?

Waallahu a'lam .

Apa tekad maq untuk penambahan kali ini?

Ya , sudah terfikir ada beberapa misi yang akan dilaksanakan. Tapi apa yang paling utama , penambahan kali ini akan dipenuhi dengan gaya hidup paling sederhana.

Senantiasa redha dengan apa juga yang menjadi hak milik. Sebab maq tahu , apa yang maq ada sekarang ni , semua itu rezeki maq yang Allah dah rencanakan sejak azali.


Gambar atas maq pinjam dari google.

Pada penambahan ke 48 :

Hidup tak perlu kaya raya tapi wajib ceria dan bahagia.

Belajar mencari silap sendiri dulu ,kemudian silap orang usah di rungkai sebab zon hidup manusia berbeza beza.

Selalu ingat mati ,bukan je ketika sedang sakit, malahan setiap sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. Kerana mati itu pasti datang tanpa kita tahu masa dan tempat.

Rilekskan minda , lebihkan rasa keinsafan. Fokus pada benda yang boleh dibawa mati nanti. Tempoh masa yang dipinjamkan dari Allah semakin berkurangan.

Buat je apa nak buat , asalkan tidak mendatangkan fitnah dan melanggar hukum Allah.

Kejar akhirat sama seperti waktu muda muda dulu yang begitu asyik nak kejar gelemer hehe perasanlah pulak.

Maafkan semua silap orang dan jangan lupa maafkan kesilapan sendiri ,mana ada manusia yang sempurna 100% hidupnya.

Buang perangai lama , kekalkan perangai murni.

Jadikan sikap mendoakan kebaikan untuk orang lain tu sebagai tabiat peribadi. You 'll got what you give !

Set kan minda usia 48 kali ini dengan  gaya hidup positif , positif dan positif !

Jaga pemakanan ! Musuhi gula dan bff dengan serat .

Last , Jangan lupa senyum walaupun sedang nangis. Mungkin nampak macam orang tak betul sikit kan tapi realitynya tangisan itu ikhlas , 😊



Gambar atasni pun dapat kat google.

Nota maq : Moga Allah perkenankan peluang menuju ambang 07-07-17 kali ini. Banyak jugak misi nak dilaksanakan . Mohon Allah permudahkannya , insha Allah , aamiin.


Apakah ini kali terakhir maq raikan 0707? Waallah hua'lam..

Kata kata maq

🍏🍎🍏🍎🍏🍎🍏🍎🍏🍎🍏🍎🍏🍎

Adab bila berkunjung ke rumah orang.

"Masuklah ke rumah itu sebagai orang buta dan bila mahu pulang,  keluarlah dari rumah itu sebagai orang bisu. Anda jaga aib tuan rumah , Allah jaga aib anda, insha Allah. "

🍏🍎🍏🍎🍏🍎🍏🍎🍏🍎🍏🍎🍏🍎

5.7.17

Peminat durian


Assalamualaikum.
Alhamdulillah , berita baik untuk peminat durian di Johor. Durian Fest and local fruits akan berlangsung selama 4hari ,di tapak parking plaza Angsana Johor Bharu .Untuk keterangan lanjut, sila hubungi nombor whatsapp di gambar.

Dengan masa yang terhad ,jangan lepaskan peluang kali ini , orang Johor , semua peminat durian dan peminat buah buahan tempatan diseluruh negara,jangan lepaskan peluang menarik ini . Jum serang Plaza Angsana ramai ramai !!



Nota maq :  Yok wak lungo Plaza Angsana kono , mangan duyan ney akeh !  Hahaha cakap jawa tu ! Lungo jangan tak lungo !


2.7.17

Syawal ke 8



Assalamualaikum .
Alhamdulillah wasyukurillah , syawal dah sampai ke hari ke lapan? Sangat pantas masa berlalu kan. Esok masing masing dah mula aktif seperti biasa. Dah mula melupakan kampung , ketupat dan semua aura raya.

Ha ? Takda maknanya ? Hehehe owh ya open house ! Malam kan masih boleh berraya . Puasa sebulan maq , takkan nak raya hanya seminggu .

Okey lah ,betul juga tu . Apa pun nasihat maq , raya tu raya juga , makan minum mohon dikawal . Perut kita saiznya tidak besar sangat. Salur darah pun dah letih nak buat pengaliran jika injapnya dah makin mengecil. Dan , ubat ubatan pun kos dah semakin tinggi sekarang ini. Jangan bazirkan duit gaji semata mata nak beli ubat.

Hehe nasihat ini khas buat diri sendiri sebetulnya , dan andai anda seorang yang mudah menerima nasihat ,ambil lah pesanan ini. Anggaplah ianya sebagainya,
"bebelan seorang ibu" buat anak anaknya.

Apa pun masih tidak terlalu lewat untuk maq mengucapkan selamat hari raya buat semua. Andai ada kata bicara yang menguris jiwa ,ampunkanlah diri ini. Maaf zahir dan batin , salam indah diaidil fitri..


Gambar raya 2017 , kongsi dari instagram maqnie nurseri.