Kemalangan dipadang sekolah

Assalamualaikum

Harini Khamis, bersamaan 26syawal 1438H. Alhamdulillah masih berpeluang bernafas sehari lagi. Terima kasih Allah. Hari ini ada sedikit perkongsian pasal keluarga maq.

Petang Selasa lepas, dalam pukul 2petang , anak bongsu maq balik sekolah seperti biasa. Bila masuk ke dalam rumah , dia terus minta maq urutkan jari manis dia yang bengkak akibat tersangkut baju kawannya ketika melakukan aktiviti pendidikan jasmani dipadang sekolahnya pagi tu. Katanya mereka buat latihan berlari berganti ganti  sambil bawa "baten".



Maq tanya apa dia buat selepas kemalangan kecil tu ? Dia kata :

- kawan kawan tolong urutkan sebab  mereka fikir mungkin terseliuh.

- kemudian cikgu suruh rendam dalam ais dan lepas rendam tu , cikgu beri krim untuk disapu.

-akhir sekali aida nangis .

Haha yang last tu sebetulnya anak bongsu maq seorang yg susah nak nangis bila sakit tapi sejak dua menjak ini , dia merupakan seorang yang sangat berhati tisu. Allah hu..

Maq tanya lagi , sakit tak? Jawapan dia , " tak ". Ada rasa kebas kebas ? Jawapan dia masih " tak".

Maq cakap , buat masa ni maq tak boleh urut  sebab jari dia dah bengkak . Maq juga pesan ,lain kali jangan sesekali urut anggota yang cedera sebab kita tak tahu apa yang sedang berlaku dalam tu. Lagipun kawan kawan bukan pakar urat saraf . Dan maq cadangkan ,buat masa ni  , dia buat jek gerakkan perlahan lahan pada jari supaya pengaliran darah berjalan dengan sempurna.

Malam tu , lepas makan malam , maq periksa jari anak maq semula, nampaknya bengkak makin membesar dan jari makin lebam.




Bila dalam keadaan nak pegang sudu dan pakai baju pun dia dah tak mampu buat sendiri ,maq ambil keputusan bawa dia ke hospital. Walaupun bila ditanya , ada rasa sakit ? Dan jawapannya masih " tak" , Kami nekad ke Hospital Sultanah Nora lsmail ,BP. ( bahagian kecemasan ) untuk dapatkan rawatan lanjut.




Daftar lebih kurang pukul 8. 30 malam dan rawatan diberi dari satu bilik ke satu bilik rawatan. Dan proses rawatan berakhir pada pukul 10.00 malam.

Ini antara Proses nak dapatkan rawatan di bahagian kecemasan.

1-daftar dikaunter luar.
2-masuk bilik B untuk rawatan pertama.
3-daftar untuk dapatkan rawatan doktor.
4-masuk bilik doktor.
5-masuk bilik x-ray ( jika perlu )
6-tunggu semula didepan bilik doktor.
7-masuk bilik doktor kali kedua (ambil keputusan x-ray)
8- ambil ubat.

Jumlah keseluruhan masa yang diambil dalam tempoh 2 jam.

Keputusan x-ray?  "Tak ada pun tulang yang cedera  , cuma terseliuh. " kata doktor sambil batuk batuk .Allah hu , doktor pun tak sihat. Kesian..

Doktor bagi krim panas untuk disapu ,ubat paracetamol (ambil kalau demam) dan ubat untuk susutkan bengkak. Alhamdulillah...


Pagi ni pagi Khamis , maq tanya anak maq , sakit tak ? Dia jawab "tak" . Dan maq lihat jari dia memang dah susut bengkak tapi warna jari tu sepertinya lebih gelap dari malam haritu. Maksud maq ,makin  lebam. Timbul persoalan dibenak minda.

"Apakah urat jari cedera ?

Atau inikah antara proses nak pulih ? "

Maq cakap kat anak , pergi sekolah dulu , nanti kalau makin lebam, malam lepas ayah balik dari kerja ,kita jumpa doktor semula.



Masih menjadi tanda tanya. Apakah yang sedang berlaku pada jari anak bongsu maq ini. Ya Allah ya Tuhanku , sesungguhnya yang baik itu datangnya dariMu dan yang buruk itu datangnya dari kelalaian kami. Allah huakhbar..

Nota maq : kemalangan ada dimana mana. Kita elak macamana sekali pun ,jika benda nak berlaku ,ianya tetap akan berlaku. Cuma maq nak pesan kat anak anak sekolah, hati hati bila bermain dengan kawan kawan , bukan disebabkan benda keras sekali pun, anda mungkin cedera. Lihat kes anak bongsu maq , hanya tersangkut baju kawan ,jari dia terpaksa di x-ray.


Meja kaunter dibilik x-ray yang tenang. 

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi