30.8.17

Hikmah 10 terawal dan terakhir


Assalamualaikum.
Harini Rabu 30hb Ogos 2017 masihi bersamaan 7hb Zulhijjah 1438 Hijrah. Hujung bulan September nanti masuk sudah tahun baru Hijrah (bulan Muharam) 1439.

Dapatkah masa menunggu kita?

10 hari pertama pada bulan Zulhijjah adalah masa terbaik untuk tambah amalan? Ya Betul.

Kalau kita lihat pada bulan Ramadhan , 10 malam terakhir adalah malam malam dimana umat islam bersungguh sungguh mencari pahala kerana antara malam malam tersebut akan belakunya malam lailatul qadar, selain mereka meraih pahala dari berpuasa , sedekah ( bayar zakat fitrah) dan solat solat wajib dan solat sunat terawih.

Begitu juga dalam bulan Zulhijjah. Ditanah suci Mekah manusia berpusu pusu mengerjakan ibadah haji , di serata dunia , muslim dan muslimah berpuasa ,bersedekah daging qurban , bertakbir dan bertahmid ,zikir serta melakukan solat wajib dan juga solat solat sunat. Allah hu , dan apa yang lagi indah dengan adanya hari Arafah. Dimana tahun ini ianya jatuh pada 31 Ogos 2017 , lepas waktu Asar.



Muslim dan muslimah dinasihatkan agar memanjatkan doa , berdoalah bersungguh sungguh kepada Allah , mintalah yang baik baik demi kehidupan didunia dan diakhirat. Beruntunglah bagi mereka yang dapat melakuan semua amalan pada tarikh tersebut. Ya , sebagai hamba ,kita layaknya berusaha.

1439 Hijrah? Ya ,insha Allah bakal menyusul beberapa minggu lagi. Sudahkah kita sedar bahawa zaman umat Muhamad sudah pada zaman penghujungnya? Atau kita masih merasakan umur kita  akan diteruskan sehingga seribu tahun lagi?

Orang lain tak dapat ubah kita. Untuk satu peningkatan dalam hidup kearah lebih baik dan lebih barokah. Hanya kita yang layak mengubah diri kita sendiri.Sebab ?

Hanya kita je yang tahu berapa lama kita sudah lupakan AlQuran . Berapa lama kita dah leka dengan nikmat Allah kat atas dunia ini. Berapa kerap kita dengar muzik berbanding kita layan ceramah agama? Berapa kali dah kita mengumpat saudara muslim kita? Berapa banyak fitnah sudah kita reka? MasyaAllah ( bertanya juga maq pada diri sendiri ) ampunkan aku ya Allah , 😭

Ya ,hanya kita dan Allah sahaja yang tahu. Orang lain tak tahu . Kenapa ? Sebab Allah dah jaga aib kita. Sehingga kita sangka kita takda buat dosa dan orang lain pun sangka hal yang serupa. Astaghfirullah halazim.

SubhanAllah.
Alhamdulillah,
Laillahhaillallah ,
Allah huakhbar.

Nota maq : tua bukanlah tiket untuk mati..





Kek Zaman Dulu

Assalamualaikum.
Alhamdulillah untuk tiap nikmat Allah. Malaysia tewas dalam permainan bola sepak malam tadi. Kata kawan kawan digroup whatsapp , biarlah Thailand ambil emas ,Malaysia dapat perak. Kalau Thailand ambil perak , orang Perak nak duduk mana? Hehehe pandai diaorang bergurau ya . Semata mata nak legakan hati untuk kekalahan semalam.

Anda suka buat kek? Pernah tak masak kek tapi tak memuaskan hati anda? Contohnya kek maq masak haritu. Tengok gambar.


Kek naik tinggi ditengah dan merekah. Puncanya ialah tepung terlebih. Macamana cara nak sukat tepung untuk adunan kek?

Guna sudu , cedok satu persatu sudu untuk dimasukan dalam sukatan cawan. JANGAN tuang tepung masuk kedalam cawan , nanti tepung yang masuk tu terlalu padat. Dan hasilnya nanti macam kek kat atas tu.

Kek apa tu ? Itu kek resepi lama. Maq jumpa dalam buku resepi lama maq. Nak cuba ?

Bahan bahan :

Tepung kek 2cawan ( dah siap penaik )
Gula 1 cawan
Marjerin 1 cawan
Esen vanila 1 sudu makan
Telur 3 biji
Ovellet 1 sudu makan
Pewarna ikut suka

Cara : blend semua bahan kecuali pewarna dan tepung kek. Ayak tepung kek. Masukan bahan siap diblend kedalam mangkuk adunan dan masukan tepung kek sikit demi sedikit. Bila dah siap , bahagikan untuk beberapa warna yang anda kehendaki.  Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah disapu dengan marjerin berselang seli sampai habis. Okey , Sedia untuk dibakar.

Maq guna loyang 5"
Oven 160 darjah
Tempuhmasa 35minit




Makan dengan aiskrim sedap ,makan macam tu jek pun dah sedap. Resepi yang sangat senangkan? Cubalah buat !

26.8.17

Majlis Perkahwinan


Assalamualaikum,
Alhamdulillah , harini dah mula dah cuti sekolah penggal yang ke dua. Bila musim cuti sekolah ,musim juga orang buat majlis perkahwinan. Dan harini , Sabtu 26hb Ogos 2017 , maq dah pergi 3 undangan perkahwinan. Alhamdulillah walaupun pergi dengan kawan kawan , tanpa encik suami disisi ,maq selamat pergi dan sudah pun selamat sampai dirumah saat ini. Terima kasih Puan Aspalela dan suami kerana bawa maq dan kawan kawan lain ,Allah jek balas budi baik kalian berdua.


Pada pendapat maq majlis yang diuruskan oleh pihak katering sudah pun jadi trend di zaman sekarang ini. Emakbapak dan pengantin hanya perlu sediakan wang dan  buat pilihan untuk semua yang hendak dipersembahkan dimajlis bersejarah tersebut.

Apabila semua sudah tersusun rapi oleh orang katering, orang yang paling bertanggungjawab ialah Pihak pengurusan katering itu sendiri.  Dari sudut makanan , kebersihan ,layanan sehinggalah kelancaran pengurusan. Bila tiba hari yang dinantikan emakbapak pengantin dan ahli keluarga sudah terlalu sibuk dengan tetamu ,makanya khidmat budak budak katering disemua bahagian amat diperlukan.  Sebab hasil kerja mereka akan memberi impak kepada majlis tersebut , terutama kepada emakbapak pengantin ,pengantin dan ahli keluarga pangantin sekali. Kerana majlis yang dilangsungkan seumur hidup sekali itu akan dihadiri oleh berbagai jenis tetamu. Jadinya nama baik tuan rumah sangat sangat perlu dijaga. Kecuaian pihak katering bakal memburukan nama mereka sekeluarga.

Mungkin makanan tak sedap , tempat duduk bersepah , pinggan mangkok kotor , semua ini adalah tanggungjawab  budak katering bukan tugas ahli keluarga pengantin lagi. Apa guna anda dibayar  dengan harga yang tinggi tapi khidmat anda memalukan orang yang dah keluarkan modal besar itu?

Alhamdulillah , di ketiga tiga majlis yang maq pergi tadi memang hebat khidmatnya , tahniah! Makanan pun sedap sedap , dalam hujan dapat jugak minum cendol pak O , huhu sedap ,manis melekat air gula dia kat tekak maq sampai saat ni!  Nasib lah perut dah isi dengan nasi baryani kambing dimajlis sebelumnya ,kalau tidak memang penuh usus maq harini ,hehehe.

Nota maq : Tahniah emak pengantin ,bapak pengantin dan pasangan pasangan pengantin , semuga ikatan yang terjalin bahagia sampai kehalaman syurga , aamiin


Peewiiit .. Hehehe sempat lagi kami berselfie sementara tunggu pengantin tiba. Bersama Puan Aspalela.

22.8.17

Resepi mudah

Assalamualaikum.
Alhamdulillah masih mampu menaip ,walaupun masa sangat terhad sekarang ini. Masa itu emas. Harga emas pun dah nak RM200/gram . Eah betul ke bohong ni? Lebih kurang gitulah. Emas macam kehidupan kita juga,kadang naik ,kadang turun . Soalan bonus  : Apakah yang naik semadang  tanpa turun? Ya , hanya harga minyak sahaja yang semakin naik dan hanya hujan sahaja yang selalu turun. Keputusan muktamad !

Sekarang ni , bila musim hujan , musimlah perut lapar , kan? Kalau orang yang rajin keluar , yang pandai drive atau boleh bawa motorsikal , dah boleh cari lokasi menjual bahan penyedap usus , sebab sekarangni kedai jual makanan dah boleh jumpa disetiap sudut  kawasan.  Tapi bukan macam maq . Sebab maq tak pandai pandu kereta atau tunggang motorsikal , pengalaman kayuh basikal pun boleh jahanamkan dua biji tayar ! Hehe bahaya kan?

Jadinya bila hujan dan lapar , maq akan selongkar resepi resepi yang mudah yang ada dalam group Masak Apa Hari Ni yang ada difacebook. Cari lah bahan yang mudah dan ada dalam stock maq sahaja. Setakat ini maq baru cuba 2 resepi mudah dan sedap. Iaitu brownies Milo dan kuih bakar pandan. Nak cuba? Resepi ada kat bawah :

Kuih Bakar Pandan


Nota* kalau nak kulit kueh bakar rangup dan garing, tambah masa lagi 20minit. Memang yummy 😘

Kuih Milo Viral



Nota* masa masak nanti kuih akan gelembung pada sebelah pihak , anda kena adjust kedudukan loyang supaya semua bahagian menaikkan gelembung . Hati hati sebab loyang tu panas!



Nota maq : nak seribu daya ,taknak seribu dalih. Nanti anak anak cuti sekolah kan?buat lah untuk minum petang atau sarapan diaorang. Mesti mereka suka. Insha Allah ,😉

21.8.17

Daun Pegaga dari rumah Nenek


Assalamualaikum.
Selamat pagi . Semoga semua urusan anda hari ini berjalan dengan sempurna dan dipermudahkan olehNya. Aamiin.


Semalam , balik dari mengurut , tuan rumah bagi daun atas tu. Mesti anda kenal daun apakah ? Ya , pegaga . Antara daun yang menjadi kegemaran maq ketika menjamu selera. Tapi kali ini, pegaga yang maq dapat bukan jenis kecil , ianya lebih besar dan berdaun lebar . Baunya agak kurang sikit dari pegaga yang kecil tu. Apa pun ianya masih boleh menjadi makanan tambahan untuk kita.

DiMalaysia , pegaga amat popular dikalangan tiga kaum utama negara iaitu Melayu ,Cina dan lndia. Bagi kaum Melayu pegaga dimakan secara segar sebagai ulam. Kaum cinta guna pegaga sebagai minuman penyejuk badan dam bagi kaum India , mereka jadikan pegaga sebagai tonik kecergasan minda. Wah dasyat kan.

Apa pun jenis pegaga , ianya adalah ciptaan Allah yang bermanfaat. Jangan segan nak makan daun yang tumbuh melata ni kerana kesan khasiatnya akan anda lihat bila usia anda dah capai usia " tua " . Sekarang muda lagi ,boleh lah kerek kan , asyik lah nak makan fastfood memanjang huhu.


Untuk pengetahuan anda , bekas biru yang maq buat alas tu ,panjangnya satu kaki. Jadi anda dah boleh dapat agak bagaimana saiz daun pegaga yang maq dapat tu.

Nota maq  : Maq mengurut ? Hehehe taklah , maq saja belai belai nenek maq tu. Usia beliau hampir 84 tahun dan masih  aktif berjualan nasi lemak . Tabik hormat kat nenek ! Allah jagakan Nenek. Diberi usia yang bermanfaat pada diri sendiri dan semua orang. Alhamdulillah. 

16.8.17

Sembang kosong


Assalamualaikum.
Selamat Petang semua. Blog orang tua memang macam ni ya. Dua tiga hari baru update entri? Lain lain hanya bunyi cengkerik. Hehehe " i am me ! "

Sejak dua menjak kebelakangan ini , kita dapat lihat macam macam kes rumahtangga sudah terpapar dilaman social tanah air. Tak kira retis atau tidak semuanya melihatkan rumahtangga dan permasaalahan.

Kalau maq terbaca kisah rumahtangga yang bermasaalah , pertama kali maq akan lihat tempoh perkahwinan mereka. Dan rata rata masih baru lagi mendirikan rumahtangga . Ada yang setahun , ada dua tahun , ada yang belum setahun pun lagi dah bermasaalah.  Mesti orang keliling akan cari salahnya siapa . Suami dia kena kecam , isteri dia kena kecam ,orang ketiga dah pastilah kena hentam !

Sejujurnya maq katakan disini , penyesuaian itu bukan ambil masa 2/3 bulan , bukan juga 2/3 tahun ,malahan kadang kadang dah bermenantu pun masih takda kesefahaman.  Jadi kalau tak sefahaman kena berpisah lah ya? Hahaha silapnya disitu. Permasaalahan datang disebabkan oleh rasa tak mahu mengalah kedua belah pihak. Dua dua ego dan pentingkan diri masing masing.

Isteri tak pandai urus rumahtangga ?


Itukah masaalahnya? Okey , sebagai suami anda layak beri tunjuk ajar , atau buat contoh kat isteri anda bahawa rumah yang bersih akan buat penghuninya rasa selesa didalamnya. So nak tunggu apa lagi ? Anda suami dia kan , anda kemaskanlah , rumah isteri anda pun rumah anda jugak. Ajar dia susun atur rumah supaya tak macam pusat beli belah selepas buat diskaun. Buat kerja pembersihan hari hari , tak dapat hari hari , buat 3/4 hari seminggu atau mungkin seminggu sekali.  Ajak dia , ajak anak anak turun padang. Cakap kat dia , abaikan handfon sekejap . Sebab kawan dalam facebook atau dalam instagram bukan boleh datang tolong kemaskan rumah anda !
Hahaha itu pun susah sangat ke ? Janganlah bila isteri anda melengko atas sofa main handfon , anda pun layan drama melayu yang berepisod episod tu . Jawabnya anak terberak dalam pampers sampai kering najis pun anda berdua tak perasan . Ahha bukan tak boleh bersocial tapi pandai pandailah bahagi masa untuk reality dan maya tu.

Ada pulak kes dapat suami pemalas , pengotor . Dari badan, rambut, sampai kuku berbau rokok. Hahaha ni apa kes pulak? Okey bila dapat suami pemalas  ,isteri pulak kena ajak suami jadi 'perajin' hehehe contohnya ,

" bang , saya tak kesah abang tak belikan emas permata atau intan berlian untuk saya . Asalkan abang  jaga kebersihan diri abang , abang sihat hari hari , itu pun dah cukup buat saya happy dan bersyukur"

Hehe maq tak boleh complain banyak banyak ,nanti orang cakap ,

"sibok suruh orang buat , dia fikir dia tu betul lah sangat "

 Huhu maq #terasa #hatiorangtua #mudataklama #iamme

Eah ,berhastag lah pulak hehe

11.8.17

Kad kena telan mesin Atm


Assalamualaikum.

Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Awal pagi encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm.

Maq : apaaaa ? Mesin telan kad bank abang?

Encik suami : ha ah , mesin tu nakal.

Encik suami bersuara perlahan . Heeeee dia  nakal dia tak fikir pulak ya?

Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami ( maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah.



Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai.Hee kes wife over thinking kah ini ?


Maq : dapat ke  ambil kad dalam mesin tu, bang ?

Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu.

Maq : dah tu abang  nak buat apa?

Encik suami : buat kad baru ,kad dalam mesin tu bank dah block .

Maq : kena bayar ?

Encik suami : biasalah , kena bayar rm 12 .

Maq : wah , kalau 10 orang kena macam ni , dah rm 120 bank dapat ?

Haha maq sekali lagi ' over thinking' .

Encik suami : kena bayar sebab buat kad ,kalau nak tunggu minggu depan , tak payah bayar apa apa .

Maq : oh macam tu ya .. ( sambil jeling kaunter nombor 8 yang tak bersalah apa apa tu )

Lima minit tunggu , akhirnya encik suami dah boleh keluarkan duit beliau yang tersangkut tadi. Alhamdulillah . Tapi bukan dimesin yang rosak tu ya , dimesin lain lah hehehe .

Kalau anda perasan ,kat kaunter nombor 8 tu ,pelanggannya seorang perempuan yang juga senasib dengan encik suami. Dia lagi banyak nak kena buat sebab dia pengguna kad Maybank tetapi kad kena telan dimesin Ambank. Kesian tau , dia nak balik kampung ,urgent katanya. Nak bagi emak dia duit ,tapi kena pulak kes macam tu. Maq cuba tenangkan beliau, kata maq :

 " sabar ya ,mungkin ada hikmahnya apa yang berlaku pagi pagi Jumaat yang indah ini , insha Allah , duit awak kat dalam tu selamat..."


Dan dia tersenyum sambil pandang tepat ke muka maq. Tapi ,hati dia maq tak tahu ,mungkin saja dia terkilan sebab tak dapat balik kampung jumpa emaknya dan tak dapat nak bagikan duit belanja untuk emaknya pada hari Jumaat kali ini . Allah hu ..

"Rosak" dan telah telan banyak kad hari ini.

Maq cuba untuk bayangkan kalau orang yang sedang memerlukan duit sangat sangat masa tu , tapi kad kredit kena telan oleh mesin Atm yang rosak , dan dia cuma ada duit dalam Kad bank tu aja ! Bagaimanakah kesudahan nya kalau alasannya dia kena tunggu "orang yang uruskan mesin" tu datang, kemudian baru boleh dapat kad ? Adeh , takda cara lain kah?

Nota maq : Maha suci Allah yang mentadbirkan sekelian alam. Amalkan doa tiap awal pagi, sebelum mulakan tugas harian, mohon tiap urusan dipermudahkan.

Insha Allah dengan izinNya.



4.8.17

Fiesta yang menghampakan


Assalamualaikum.

Alhamdulillah , kejap ada kejap takda idea menaip maqnie ni kan? Allah hu , bila dah banyak sangat aktiviti rumahtangga , memang tak menyempat nak pegang keypad handphone atau notebook tu. Lahai pakkal blog peribadi ,kalau blog cari duit, memang keringlah pendapatan maq tiap bulan hehe.

Kalau anda masih ingat , bulan lepas maq ada promote Fiesta makan durian kat Angsana ,Johor  Bahru tu? Masihkah kau ingat? Okey kejap maq tunjuk iklan dia dibawah ini.


Dan sekali lagi soalannya "masihkah kau ingat?"

Untuk pengetahuan anda , rata rata pengunjung tidak berpuas hati dengan fiesta kali ini. Kata mereka :

" durian harganya MAHAL gila sey !"

" nak makan durian ada pulak kena peram dulu ek ! "

" tak tahu nak kata apa ek , sama ada fiesta durian atau fiesta tokey durian tu, ek ?"

"bukan durian tempatan, durian datang dari negara jiran di utara sey"

" tak puashati langsung ,doh , datang jauh jauh , bila macam ni ,hilang selera nak makan king fruit ni "

Allah hu , itu lah antara rungutan pengunjung. Apa ni penganjur ? Kami dah tolong promote dah , walaupun tak dapat buah durian ,tapi kami ikhlas nak tolong. Dengan harapan dapatlah peminat raja buah serata Johor dan serata tanahair  ini merasa kenikmatan buah pujaan mereka di fiesta tersebut. Rupanya hampa belaka.

Katanya lagi sekarang ini , fiesta durian tu sedang berlangsung di Negeri Nine ,pulak. Hehehe orang nogori ,ekau hati hati yo , ekau kalau dapek durian yang mudo kena jago jago ,takut mudo tak berguno , macam kawan kawan den dah terkena kat Angsana tu.  Cewah bila orang jawa cakap nogori, hancur lebur heheheh kena pelangkong jugak  eden ni nanti yo? Hehehe gurau jek..

Nota maq : bila kita jual sesuatu barang , jujurlah. Tak mintak lain. Anda jujur sekali ,orang akan percaya kat anda 10kali ! Insha Allah.